Sunday, September 28, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 21 : Tempat Yang FatenMeera Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi

Dua-dua tempat ini aku INGIN PERGI dan TAK PERNAH PERGI. Heeeee, Nak tau tak tempat tu?? 
LANGKAWI DAN KOREA SELATAN.
 Siyesly, aku belom pernah sampai Langkawi, kalau Korea tu logik lah kan aku tak sampai lagi. Heeee. 


LANGKAWI !!

Dataran Lang, Pulau Langkawi



Langkawi Cable Car



Underwater World Langkawi



Beras Terbakar


Makam Mahsuri


dan banyak lagi lahhh. 




KOREA SELATAN !!!


Banpo Moonlight Rainbow Bridge



63 Building




Bukchon Hanok Village



Hangang Cruise




Hello Kitty Cafe




Petite France




Yangpyeong English Village




Nami Island




N Seoul Tower




Cheongte Stream


Photobucket

Saturday, September 27, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 20 : Quote Kegemaran FatenMeera


My Favorite Quote. 

Cover FB
Photobucket

Cabaran 30 Hari : Hari 19 : 1 Resepi kegemaran FatenMeera

Salah satu resepi kegemaran aku ialah

IKAN SINGGANG @ SINGGANG IKAN TONGKOL






Gitu namanya, orang ganu mmg panggil lauk ni ikan singgang. Sebab terpulang pada selera memasing nak letak ikan apa. Ikan tongkol tu kat ganu ni panggil ikan aye. Tapi kalau aku masak, aku letak je ikan apa yang ada alam peti ais. Dan resepi ni sangat senang. hahahaha. Mula-mula letakkan air dalam periuk, lepastu masukkan ikan, bawang putih, bawang merah, asam keping, tomato, cili padi, garam, dan gula. Dah siap. Resepi di hari malas or bila takde bahan dalam peti ais. 



Photobucket

Cabaran 30 Hari : Hari 18 : Siri TV Kegemaran FatenMeera

Siri TV kegemaran aku ialah 

- Running Man

- Cool Kiz On The Block

- Let's Go Dream Team

- The Superman Return

- The Human Condition

- 2 Days 1 Night
Photobucket

Cabaran 30 Hari : Hari 17 : 5 Perkara Yang FatenMeera Rindukan


1- ZAMAN KANAK-KANAK. Jadi kanak-kanak ni best. Hidup bebas tanpa masalah. Tapi tak semua bebas dari segala masalah. Ada jugak yang dari kecil lagi mereka dah ditimpa pelbagai masalah. Aku tak reti nak huraikan. Sebab aku tak berapa nak ingat zaman kanak-kanak aku. Heee, tengok gambar pon tak ingat jugak. Sebab kebanyakkan gambar aku masa umur 2-3tahun je. huhuhu


2- KENANGAN DI SMTWT. Sekolah ini banyak sangat kenangan bagi aku. Aku pernah lompat pagar, hahaha. Setiap pelajar tingkatan 5 diwajibkan pergi KEM MUBAIYAAH. Lepas tu masuk kolam hijau, aku pon lemas. Haha. Kem BTN Antara Teknik-teknik Terengganu. Ada yang anggap budak-budak yang pergi Kem BTN ni, budak jahat. Hahaha, best apa. Masuk hutan. Kawad. Tdo reramai. Yang best, dorm aku sebelah padang. Bila budak-budak ragbi or bola ada training ataupun match, kami lah yg suka sangat tengok. Jadi penyokong dari atas dorm. Sampai nangis-nangis bila pasukan kami menang. Hahahaha. 


3- RINDU THE CRIME'S. Bila tah boleh kumpul semuanya. Langsung takde peluang nak berkumpul. Sorang di KL, sorang di Melaka, yang lain ade je dekat2. Tapi tak best jumpa sikit2. Kalau jumpa ramai2 sangat seronok. Bila ketawa boleh kecoh kedai orang. Hahha. Setakat ini takde lagi gmbr THE CRIME's all member. 


4- BERKUMPUL FAMILY BESAR. Aku sangat suka bila dapat kumpul reramai. Tak kira lah family ke, kawan-kawan ke. Pernah lah kumpul ramai-ramai, tapi tak cukup lengkap. Ade yang kerja, ade yang belajar. Ntah bila dapat kumpul ramai-2. 


5- GENG TATIUC. Walaupun kita dah tak kamcing macam dulu, tapi aku masih rindukan korang. Aku masih ingat kenangan kita dulu-dulu. Aku teringin nak kumpul balik geng-2 lama. Huhuhuh. 

Kennangan di SMTWT nak lepak dgn kawan2 zaman kanak-2 berkumpul family besar rindu geng lama




Photobucket

Friday, September 26, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 16 : Siapa, bagaimana FatenMeera 10 Tahun Lagi

Task 16. Siapa dan bagaimana aku 10 tahun akan datang !
Berkemungkinan dan INSYAALLAH, 10 tahun akan datang aku mungkin telah menjadi seorang isteri buat seorang suami. 
Mungkin juga aku sudah menjadi seorang ibu kepada 3-4orang anak 10 tahun akan datang? hahaha amboi ramai tu nak anak. 
Photobucket

Cabaran 30 Hari : Hari 15 : Surat Kepada Sahabat

Heeee, sebenarnya taktau nak bagi surat ni utk sape, last-2 buat utk sahabat je lah. 



NUR HATIN BINTI ABDUL RAHIM - Sayang, sudah hampir sepuluh tahun kita bersahabat, berhubungan, berkawan, berteman. Daripada teman sebelah meja dalam kelas masa Form1, Form2 & From 3 gaduh. Akhir tahun Form3 berbaik sebab nak PMR. Abg-2 fasi lah yang rapatkan kami semula. Form4 satu dorm di SMTWT. Katil sebelah. Form5 gaduh kejap, lagipun dia tukar dorm. Hahaha. Kelakarkan? Macam dah kita lalu selama perkenalan kita. Perit, pedih, manis, pahit, masam, tawar, dendam, sedih, geram. Eyh banyak lagi lah. Dan kita jugak selalu gaduh. Puncanya aku cuma cemburu. Cemburu dengan kasih sayang kau terhadap rakan-rakan yang lain. Bukan kekasih je boleh nak dicemburui. Seriously, bila kau mula rapat dengan orang lain, aku mula cemburu. Merasakan yang kau tak perlukan aku lagi dapat hidup kau. Alhamdulillah, walaupun selalu gaduh, merajuk, hubungan kita tetap bertahan sampai sekarang. 




SITI NOOR AKMAR BINTI MOHAMMED - Sayang, dah 6tahun kita berkawan. Kita mula kenal di SMTWT. Course lain, bilik lain, aras lain, cumanya Bilik study yang sama. Time tu tengah tunggu loceng habis study bunyi. Lepas tu berlari ke padang sebab nak berebut public phone. heee, kan duk asrama, nak call kekasih kena guna public phone. Start dari itu kita mula berkawan sampai sekarang. Dan sekarang kau pon dah jadi milik Muhammad Radzi sepenuhnya. 



Ada lagi yang lain. Ekceli lebih kurang macam group kami lah. Nama group kami The Crimes. Ada 7orang semunya. And ofkos semuanya GIRLS kan? heeee. Sori lah, bukan tanak cerita pasal yang lain. Cuma aku tak tahu nak cerita pasal ape. 



Apapun, aku harap kita semua kekal bersahabat hingga JANNAH ! Korang lah sahabat aku dunia akhir, gila-gila korang yang buatkan aku tersenyum bila sendirian. ILOVEU!!!!
Photobucket

Cabaran 30 Hari : Hari 14 : Cerita Kasut FatenMeera

Kasut ni aku mintak dari mama, so mama bagi duit dan aku beli. Memang kasut style macam ni aku sangat suke. Nak buat ni jadi hantaran boleh? hahahaha. Aku mintak kasut ni sebab masa ni aku nak buat lesen memandu. Dan aku memerlukan kasut yang sangat selesa. Kasut ni aku beli bulan Februari. Dan masih elok sampai sekarang. Tapi kasut tu dah nak jadi Albino. huhuhu sebab aku letak dekat panas. Tq ma sebab bagi duit nak beli kasut ni. 



Photobucket

Cabaran 30 Hari : Hari 13 : 5 Blog Kegemaran FatenMeera



Oke, Next Task. Day 13, aku tengah merempit ni nak kejar day 25??? huhuhu macam lambat lagi je nak boleh kejar ni. 5Blog kegemaran aku. Jom singgah blog diorang. 


Blog ni penuh dengan informasi dan nasihat mengenai parenting. Heee, Belajar dari sekarang. Nanti tak lah kelam kabut kan??? Lagipun blog dua ni banyak sangat resepi.
1- Saat Aku Kau Pilih 


2- The Kasihs 


Blog ni tiga banyak informasi mengenai pelancongan mengenai dalam Malaysia atau Luar Malaysia. Jangan lupa terjah diorang tau!!!


3- Jari Manis 


4- Biawak Goreng Nadey 


5- Backpacker Busuk 


Photobucket

Cabaran 30 Hari : Hari 12 : 5 Wishlist FatenMeera


Kalau nak diikutkan hati saya ni lah, banyak benda yang saya nak dan saya nak buat. Heee, selalunya duit lah yang menjadi penghalang disini. Sebab aku ni kan penganggur terhormat. 2bulan dah kot lepak, tidor, makan, pastu bina lemak. Antara Wishlist aku ialah? 

1. travel around the world. Sebenarnya MALAYSIA pon belom habis aku pusing. Heee ada hati nak round DUNIA. Cari lah DUIT banyak-banyak kalau nak pusing DUNIA kan?


Tempat yang aku nak sangat pergi. Hihihi, Seoul, Korea Selatan. 



2. KERETA IDAMAN. Kenapa aku nak kereta sendiri? heee sebabnya adalah aku ni style lumba sikit. Xde lah lumba dengan kereta sebelah. Cumanya aku suka bawak laju. Bila hampir2 nak accident, insaf kejap. Pastu lupe, laju balik. Satu lagi aku kan pakai kereta my mom. Sementara nak tggu vios mama tu siap. Tak best lah, bila bwk laju je kawan mama nampak, pastu report kat mama. Huhuhu. Langsung tak best !!!


Honda CRZ


3. KAHWIN. Ofkos lah aku nak kahwin, manusia mane taknak kawen kan? Heee, tapi tak tahu lagi bila. Calonnya pon Insyaallah. Heeee. 

Bilakah masanya?

4. Kamera. Aku teringin nak kamera yang style DSLR tuh. Tapi nak wat cane kamera compact gak lah yang mampu digunapakai. Heeee. 



Samsung NX1000


Nikon D40X


5. TELEFON. Dah berlambak-lambak telefon aku ada ni haa. Nak jenis ape? Flip? Slide? 3310? TouchScreen? Tapi masih belom dapat yang diidamkan. huhuhu. Aku nak yang jenis screen besar. Lenovo or samsung. IPHONE, iolsss tak minat derrrr ! 








Photobucket

Sunday, September 21, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak FatenMeera

Seingat akulah kan, aku takde kenangan lucu masa kecik2 dulu. Semua kenangan sedih2. Hahaha, melampau lah tu kan. Ada tu mungkinlah ada, tapi mane aku nak ingat kenangan lucu2 ni. Kalau kenangan manis tu boleh lah nak ingat. Hahaha, takkan aku nak buat kenangan manis pulak. Pelik daripada yang lain buat. 
Aku tak tahu lah yang ni kenangan lucu or kenangan pahit. Biasalah budak-budakkan, asal main sikit nak gaduh. Aku duduk kawasan kampung, tapi aku tak berapa nak kenal dengan orang kampung sini. Orang yang kenal pon duduk sekeliling rumah je. Contoh rumah sebelah kanan ni tok sedare aku, rumah depan ni Cikgu, rumah belakang orang sewa rumah ayah. Sebabnya aku tak sekolah kawasan sini, sekolah aku semua jauh2.Jarak dari rumah ke Sekolah Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah (form1-form3) dalam 3-4KM. Heeeee. 
Kecik2 dulu ada lah kenal jiran2 tapi rumah diorang ni jauh sikit. Diorang datang main dekat kawasan rumah aku. Kami main ting-ting, galah panjang, ala-ala besball, masuk bendang. Kalau kat terengganu ni ting-ting tu dia panggil GAME. Game sahaja. hahaha, aku pon tak tahu kenapa. Besball tu pulak panggil BOLA KATOK. Bukan katak yang melompat tu. Heeee. Dah main elok2, boleh pulak gaduh. Dia ejek aku, aku ejek dia. Gelar name pelik-2 lah. Hahaha, kadang-2 kelakar pon ade bila ingat balik. Perangai entah pape je. Sekarang pon masing2 dah besar, takde pulak berkawan. Heee, Kawan aku sume jauh2. 
Photobucket

Cabaran 30 Hari : Hari 10 : Ada apa di dalam beg FatenMeera?




Takdelah banyak sangat barang dalam handbag aku ni. Heee, bende2 penting je. Itu pon dah cukup memberatkan beg aku. Beg ni takde partition. Ade satu ruang je. So bila letak barang memang bersepah lah. Heeee, next beg lah beli yang ada partition. Sebab macam menyusahkan pulak nak mencari barang. Tapi aku suka beg yang besar. Bia nampak macam makcik-makcik.


Barang dalam beg FatenMeera : 
- Purse (wajib)
- Pen
- Kamera
- Henpon 
- Monopod
- Bekas Cermin Mata (incase aku taknak pakai spec)
- Rayban (sebab aku ada power silau yang tinggi)
- Kipas (wajib Muahahaha)
- Bateri kamera (Kalau kecemasan)
- Anti-Mist Cermin Mata
- Vicks( sebab selalu pening bila dalam kereta)



Photobucket

Thursday, September 18, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 9 : 5 Lelaki Menarik Perhatian FatenMeera

Konfius jap. 
Ni nak 5 Jenis Lelaki atau 5 Orang Lelaki. 
Hahaha. Kalau nak 5 Orang tu senang je. 
MALAYSIA
1 - Zul Arifin
2 - Fahrin Ahmad
3 - Nazim Othman
4 - Beto Khusairy
5 - Aeril Zafriel
KOREA
1 - Lee Minho
2 - Park Hyungsik
3 - Jang Geun Seuk
4 - Kim SooHyun
5 - Nam Woo Hyun
Eeeee, over lah tu nak berkorea-korea pulak kan. Hahaha. 
Masalahnya diorang tu betul-betul hensem. Huihuihui.
Tapi I suka yang jenis-jenis macam ni.
1 - SADO, ABS - Awwww, I LOVE ABS. hihihi. Tak caya? Meh tengok.




2 - Tak suke lelaki berkulit cerah atau putih. Putih nampak cam pondan(Jambu/aweks). Hahaha
Sebab aku ni hitam manis. Ececece, ye lah hitam manis. 


3 - Pandai buat aku ketawa. Hihihi. 


4 - Tak suka lelaki yang suka ulang bende yang sama. hahaha. 


5 - Mempunyai minat yang sama dengan aku. Taknak lah ada kimia lagi antara kita. Hahahhaa
Photobucket