Monday, December 31, 2012

Bye-bye 2012, Hai-hai 2013.

Assalamualaikumm..

Dalam masa beberapa jam lagi kita akan menyambut Tahun Baru dan Ulang Tahun aku. Oh dah tua aku rupanya, dah 20tahun rupanya. Hihi. Setakat ni ada 2 orang wish ulang tahun aku iaitu sepupu aku Shera dan kawan aku Nurul. Aku sebenarnya menanti ucapan hari lahir daripada dia. Agaknya tercapai tak? huhu. Walaupun tak ada hadiah tak apa. Cukup sekadar ucapan sudah bermakna buat aku. Setiap tahun dia tidak lupa tarikh bermakna ini.

Ok, azam tahun 2012 ada ke tak? dah lupe lah. heee. dah tercapai ke belom . Azam aku tahun 2013 mungkin banyak . Tapi terlaksanakah azam itu ?

Azam Tahun 2013

1. Happykan mama dan ayah dengan keputusan yang aku akan buat. Insyaallah, lepas aku buat keputusan tu, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk berjaya dan bagi hadiah yang tidak ternilai utk mama dan ayah setelah aku kecewakan mereka.

2. Aku nak kerja dan kerja dan kerja. Nak buat lesen kereta, nak ada telefon sendiri sebab selama ni aku pakai telefon kakak aku. Heee. Agaknya nak beli kereta tak mampu lagi. heee.

Itu dulu azam aku untuk 2013. Banyak2 takk lunas pulak hutang azam. Heee..

Photobucket

Sunday, December 23, 2012

Lamanya

Salam..

Hihi, lame nye tak bukak Blogger.com..al maklum lah, merantau di negeri org seminggu lamanya..aku pon dah tak tahan, sbb rindu kat rumah..lagi pun aku macam terseksa..hahaha..kat sana bagaikan neraka bagi aku, kerana budak2 tu..bukan lah aku kena buli, tapi sakit hati, cakap sekali tak dengar, dua kali tak dengar, kan ade yang kena lempang ngn aku..hahaha..

Bile dah lame tak bukak, malas pulak nak blogwalking kt blog lain2..hahaha..macam byk sgt nak kena jalan2...Tujuan sebenar aku ke sana nak tanya pendapat makcik aku pasal satu bende..last2 aku duduk sane terus sampai seminggu..diorang ajak ke sane lagi, cam malas ah..hahhahaa...nak update ape eh...cam malas je..nanti2 lah bile aku rajin..aku update ape aku buat dari jumaat lepas sampai jumaat baru ni..hihihihi..detail kot..dari sebelum bertolak, sampai lah aku di terengganu semula...heeeee..oke bye..

Photobucket

Tuesday, December 4, 2012

Berangan lagi

Salam..

Apa nak jadi lah dengan aku ni..Angan-angan yang tak pernah habis..mula-mula nak pergi korea..ops, nak pegi konsert, pastu nak pergi korea, pastu berangan plak nk kawen..adoi..sape lah nak kat hang Meera oii..tak payah nak berangan lebih lah..duit nk kawen pon xde..huhu..

Tadi aku surprise kan dia yang aku kerja..wahaha, dia ckp "oo, kerja tak bagitau pun kan"..hihi, tacing jap dia..pastu dia ckp lak "ni surprise lah ea? oh, terkejutnya.."hihihi..senget lah Y** ni kan..nak je lempang laju2..

Eh, boleh plak dia ckp tak ready when I said that ILH..oh mak gad, yang sebelum2 ni tuh ape? tak reade pekebende nye, nak je aku pergi sane..ish, kan pergi sane dpt yg lain..huhu..duk sibuk nak kenen-kenenkan aku dengan kawan dia..sayang, buat apa lah I tunggu You 6tahun?? last-2 You nak bagi kawan You plak kat I..aku sepak jugak budak ni..

eh, mse dia kuar ngn *k*, bleh plak dia ckp, tak nampak yang aku ni cemburu dan marah...buat ape aku nak tunjuk,, lagipun bukan dia nmpk pon..and once, aku takde hak nak halang dia keluar dengan sape2..dah kalau takde jodoh, nak buat camne kan? hahaha..redho dengan ketentuan Allah SWT..

Salam..

Photobucket

Monday, December 3, 2012

Tips Melancong Ke Korea 2

Salam..


Kotaraya Seoul merupakan tempat yang sesuai untuk bersiar-siar kerana bukan saja indah tetapi menggabungkan elemen moden, tradisional dan alam semula jadi. Bukan saja terdapat pelbagai pusat membeli belah moden, malah istana lama, hutan simpan dan gunung rekreasi juga terdapat di tengah2 kota Seoul...memang menarik. Oleh kerana Seoul memberikan variasi tema, adalah lebih baik pengembaraan dijalankan secara beg packers. Usah risau akan sesat kerana Kota Seoul merupakan bandar terancang dan mesra pelancong. Terdapat banyak tanda arah dan pusat infomasi pelancongan. Warga Seoul juga sentiasa sedia untuk membantu anda..

Jadi, apakah yang perlu ada di dalam beg jika melakukan pengembaraan di Seoul?




1. PETA

Bila dah sampai Korea, mesti perlukan peta rite? Nak2 yang pergi sendiri tanpa agent.. Penting tau, nak rujuk jalan, kawasan sekitar dan pelan landasan kereta api bawah tanah..Line subway ni byk tau, lagipun bertingkat2..huhu..Boleh dapat dekat kedai buku, or mane2..

2. KAMERA

Haaa, ini barang wajib ade dalam beg, terutamanya bagi si gila bergambar..habis lah kalau kamera ni tertinggal or hilang..Penting sgt sbb dapat abadikan kenangan..Pada musim sejuk, kamera perlu dijaga rapi kerana kamera boleh rosak pada suhu yang terlampau sejuk..

3. PASSPORT

Passport perlu dibawa kemana sahaja..Pastikan sentiasa bersama anda..Jagalah ia seperti nyawa anda..ihihi..

4. SUNGLASSES

Anda akan menyesal jika tidak membawa cermin mata gelap terutamanya ketika musim luruh. Keamatan sinaran matahari musim luruh memang terang walaupun pada cuaca sejuk. Jika terlupa membawa sun glasses dari Malaysia, berkunjunglah ke Pasar Namdaemun untuk membeli sun glasses berjenama pada harga yang berpatutan,

5. KOMPAS

Kompas penting untuk membaca arah kiblat dan membaca peta..

6. T-MONEY CARD

T-money card berfungsi seperti kad Touch n Go di Malaysia. T-Money card boleh digunakan untuk menaiki kenderaan awam seperti subway, bas da teksi. Kad ini boleh dibeli di 7 Eleven dengan harga 3000 Won (RM 10). 3000 Won tidak mencukupi, anda boleh Top-up semula di 7 Eleven atau di Stesen Subway.

7. Duit Korea
Duit bukanlah segalanya tapi segalanya perlukan duit, betul tak?...RM 1 bernilai lebih kurang 300 Won. Harga setin Coca Cola di Korea ialah 700 Won.



Photobucket

Tips Melancong ke Korea 1

Salam..

Gebang je lebih kan..Macam dah sampai kt Korea tu, siap tips segala..hahaha..Duk bace org punya blog pasal pergi melancong ke Korea, aku bile lagi?? hihi..


Ohya, ni nak pergi melancong, Passport Antarabangsa ade ke tak ni?? Nk pegi jalan tapi passport takde..nanty2 lah buat..haha..duit pon takde lagi..kena buat perancangan yg teliti ni..Meh kite buat tips dulu..mane tau kot2 ade yang tercari2..heee

Berdasarkan bacaan saya semalam(ecehh), persediaan pertama ialah Passport Antarabangsa..Ape2 hal tanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)..hihi.. Then, nak naik flight mestilah perlukan Tiket kan, bukan tiket konsert tapi Tiket Penerbangan lah..Untuk memilih flight, sebaiknya Syarikat yang ade promosi, contoh AirAsia..Ade yang dpt tiket pergi balik hanya RM500..dan bawah RM1200..

Untuk penginapan, boleh tengok di sini.. harga pon berpatutan..lagipun dekat dengan destinasi yang kita nak pergi..saya baca kat sini, Jari Manis..jemput singgah..Dunia di hujung jari..cari je dalam internet..mudah dan senang..masa pon jimat..heee


Photobucket

Honeymoon?

Salam

Ah sudah lah, gile nak pergi Korea lak dah..agak2 bile aku akan sampai kat sane ea?? Honeymoon aku nnty ork? Jenjalan ngn kawan2 jep?? hihi.. Semalam duk asyik bace blog org yang pergi Korea.. Dengki habis..haha..Ops, mmg aku gile KPOP, tapi aku nak kesana bukan nak jumpa jejaka2 KPOP eh.. Aku nak pergi jenjalan.. Org cakap ape, "Jauh perjalanan, Luas pemandangan" , hek eleh bermadah pujangga plak.. bilakah waktu indah itu, tak kira lah dengan husband or kengkawan..nak  pergii...Tahun depan? atau Tahun depan lagi sekali???

Ohya, ni nak pergi melancong, Passport Antarabangsa ade ke tak ni?? Nk pegi jalan tapi passport takde..nanty2 lah buat..haha..duit pon takde lagi..kena buat perancangan yg teliti ni..Meh kite buat tips dulu..mane tau kot2 ade yang tercari2..heee

Berdasarkan bacaan saya semalam(ecehh), persediaan pertama ialah Passport Antarabangsa..Ape2 hal tanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)..hihi.. Then, nak naik flight mestilah perlukan Tiket kan, bukan tiket konsert tapi Tiket Penerbangan lah..Untuk memilih flight, sebaiknya Syarikat yang ade promosi, contoh AirAsia..Ade yang dpt tiket pergi balik hanya RM500..dan bawah RM1200..

Untuk penginapan, boleh tengok di sini.. harga pon berpatutan..lagipun dekat dengan destinasi yang kita nak pergi..saya baca kat sini, Jari Manis..jemput singgah..Dunia di hujung jari..cari je dalam internet..mudah dan senang..masa pon jimat..heee

Photobucket

Thursday, November 29, 2012

fuhhh, jumpa keluarga bakal mertua

Salam..


Sejak kebelakangan(wow, macam nak buat karangan) ni, tiap2 malam, aku asyik mimpi je..mimpi lak bende2 yang tak logik di akal..haha..ade lah beberapa mimpi yang aku ingat sket..

Mimpi 1

Time tuh dalam perjalanan nak ke Kelantan kalau tak silap aku lah..entah kenapa tiba2 aku mimpi pergi KEL, dah tu bawak moto, sorang2..itu yg aku ckp tak logik di akal..then, jalan2 entah sampai kat mana, ade lah beberapa moto besar ni potong dari belakang..sekali dia masuk celah dekat aku, mungkin tak sempat nak potong, ade kereta dari arah depan..MAYBE..hihihi..dia pergi depan moto aku, aku lak apa lagi, mmg xleh nak kawal lah kan, bila dah tayar belakang dia tu bergesel dengan tayar depan aku..rebah lah aku kat situ..yang aku ingat, dan2 aku marah dia suh angkat moto aku yang tebalik..hahaha..moto time tu baru lagi..haha..then, aku tak egt dah..hahahaha..

Mimpi 2

Mimpi ni mmg tak aku sendiri pon tak sangka..sebab aku terlalu fikirkan dia sangat, sampai terbawak-bawak dalam mimpi..time tuh aku kerja dekat kedai makan..time tuh, first day aku kerja..baru nak mulakan kerja, ade orang tarik aku keluar..aku xkenal siapa dia..dia bawak aku naik moto dia, aku tak egt moto ape..pastu, sampai dekat Pizza Hut..dia ajak aku masuk, aku ikut lah..aku tengok ade ramai org..dia perkenalkan umi, abah, dan adik beradik dia..masalah nya, dia buat kejutan tu dekat terengganu..fuh, gila ah..sanggup tuh..pastu sembang2, makan2, sakat2 lah..maklumlah baru kenal kan..pastu dah sampai mase nak balik, diorg hntr aku dekat tempat kerja aku..sayunye hati tgk diorg balik..huhuhu..masuk dalam kedai, muke gembira tapayah cakap lah..haha..semua tegur..lepas tu mama kejut aku bangun tidur..alaaa, tak sempat habiskan mimpi aku..TAPI semua tu hanya mimpi..dan masalahnya sekarang, aku xpernah kenal WAJAH@MUKA dia..huhuhu..tak pernah jumpa..

ade lagi yang aku mimpi, tapi aku tak egt lah..huhuhu..tu je lah..
Photobucket

Tuesday, November 27, 2012

Hilang !!

Salam..

External aku dah jahanam lahhhh...huhuhu..sekarang ni dia ade dekat klinik..hihihi..kena bedah or ganti yg baru..tapi semua yang dalam tu hilangggg...mane nak carii gambar2 aku, fmly, gmbr2 kawen, crite2 korea aku!!!!..huwaaaa..nk recover balik tu boleh je..kalau aku ade duit RM1000...hang cuba bayangkan, 1GB LIMAPLOHHENGGET...mane aku nak cari..dah lah aku ni penganggur..nampak gayanya, amek yang kosong lah kan..huhuhu..sedih tau, cite korea favourite aku..DreamHigh, Heartstring, BOF yang Gu Jun Pyo dan Gum Jan Di tuhh, palyfullkiss, banyak lagi lahh..huhuhuhu..

Photobucket

Tuesday, November 20, 2012

Dreaming - Kim Soo Hyun (Song Sam Dong)

Salam

Lagu ni aku suke dengar..fuhh, menusuk di kalbu betul..hihi..ni OST Dream High, Suzy Miss A(Go Hye Mi), Taecyoen 2PM(Hyun Si Hyuk), Wooyoung 2PM(Jason), Kim Soo Hyun(Song Sam Dong), IU(Kim Pil Suk), Eunjung(Yoen Baek Hea)..



Photobucket


Super Junior - Bittersweet

Salam

Tetiba plak minat lagu Super Junior..hihi..entah apa2 lah kau fatin..lepas satu2 kau minat..hihi..lagu ni cam tenang je dengar..tapi tak paham maksud..first time dengar dah jatuh hati..hihi..dengar kat blog adik Rima Dania heee..Rima Dania tu pon aku tak kenal..aku follow blog dia pon sebab aku bace pasal perkahwinan(laju je bab kawen) hihihi..layan lah lagu kat bawah ni...



Dalkomhan ne geu mal nal jugineun ne geu mal
Gamanhi kkaemulmyeon sseudisseun geu mal geumanhae
Miwohaji motae saranghajido motae
Gyeolguk domangchyeobeorindan geu mal jebal geuman geumanhae

Samkil su eobseotdeon mal, geutorok tteugeopgo dokhaetdeon ne geu mal
Geu janinhan ipsul, nameun nae miryeonmajeo chagapge jareugo gani
On gaseum eoreobuteun nae gyeoten sarajineun geot deul ppuniya
Charari uri cheoeumbuteo amu geotdo anieotdamyeon

Dalkomhan ne geu mal nal utge haetdeon geu mal
Gamanhi kkaemulmyeon sseudisseun geu mal geumanhae
Miwohaji motae saranghajido motae
Jinamyeon da ijeul georan geu mal jebal geuman geumanhae

Samkil su eobseotdeon mal, geutorok tteugeopgo dokhaetdeon ne geu mal
Geu janinhan ipsul, nameun nae miryeonmajeo chagapge jareugo gani
On gaseum eoreobuteun nae gyeoten sarajineun geotdeulppuniya
Charari uri cheoeumbuteo amu geotdo anieotgil

Doraga, nega itdeon jariro
Nega nal moreudeon deo yetnallo
Dasineun ireon sarang hajimalja

Samkil su eobseotdeon mal, geutorok tteugeopgo dokhaetdeon ne geu mal
Geu janinhan ipsul nameun nae miryeonmajeo chagapge jareugo gani
On gaseum eoreobuteun nae gyeoten sarajineun geot deul ppuniya
Charari uri cheoeumbuteo amugeotdo anieotdamyeon


Photobucket

Sunday, November 18, 2012

Hello Hello versi Melayu

Salam,

Ini melayu punya cover lagu FT.ISLAND..


Selamat tinggal Hello hello
Kini Goodbye goodbye

Hanya kau, Hanya kau ku cintakan
Tak bisa ku lupakan
Ku mahu kembali kau pulang

Oh tidak, bukan ini masanya tiba
Ku benar benar amat mencinta

Nobody nobody nobody no one seperti kamu
Walaupun sepuluh usia tiada seperti kamu
Bodohnya ku nampak kau saja
Dengarlah aku mahu berkata

Selamat tinggal Hello Hello
Kini Goodbye goodbye
Namun tak berdaya tuk cuba melupakanmu
Ku Hello Hello, Oh kau Goodbye Goodbye
Sehingga kini ku masih cinta dirimu

oke, bila dah ade lirik camne kan, best lah sbb paham ape yang nak disampaikan oleh lagu versi korean, original punyalah..

Photobucket

Wednesday, November 14, 2012

12/11/12

Salam, tarikh atas ni ialah tarikh yang hampir meragut nyawa kami sekeluarga. Ayah, mama, kakak, aku, adek 2 org. Abang kat U, adek sorang lagi tak ikut.

Pukul 9.00 mlm turun dari Berjaya Megamall Kuantan, mama pon dah taknak singgah mana2. On the way balik 3 gadis di belakang sedang menjamu mChiken McD. Time tu aku bru nak minum air, tiba2 mama jerit suruh ayah ke kiri, tapi ayah ke kanan dan rempuh pokok tumbang. Bukan rempuh batang pokok. Cuma ranting2 je. Semua jerit ayahh. Sumpah, time tu aku hanya ingat mati. Sebab kereta xbleh kawal. Kanan kiri kanan kiri. Alhamdulillah semua selamat, takde cedera semua. Macam dalam kepala time tu. Asyik2 sebut KALAU, kalau lahh ade kereta dari depan, mcm2 lah. Ayah hentikan kereta di tepi jalan. Kereta dari arah depan sgt laju. Aku agaklah, ramai yg rempuh. Tpi xde yg berhenti. Dari tempat kejadian sehingga kawasan rumah, sume duk tlg ayah perhati jln. Cermin kereta kelabu sbb kabus. Ini lah pengalaman pertama kemalangan.

Hello Hello FT.ISLAND


Salam..

Hihihi, pehal aku nih, xpernah2 buat entry lirik ni..hihi..tetibe jep..ni sebab aku mmg dah giler korea..opss, not at all..layan lah lagu bawah ni..





Hello Hello FT ISLAND


annyeongiran mal Hello hello ijen Goodbye goodbye


mariya saranghandan mariya
mot itneundan mariya dasi doraoran mariya

aniya ije waseo igeon aniya
neowa na jeongmal saranghaetjanha

Listen up I
Nobody nobody nobody no one neo bakken eobseo
sip nyeoni jinado gangsani byeonhaedo neo bakken eobseo

baboya nal boran mariya oneuldo neoreul hyanghae sorichyeo

annyeongiran mal Hello hello ijen Goodbye goodbye
ijeuryeogo jakku aereul sseodo geuge andwae
nan Hello hello Oh neon Goodbye goodbye
ajikkkaji neoreul saranghandan mariya

mariya bogo sipdan mariya
mot bonaendan mariya jebal gaji mallan mariya

aniya ibyeoriran mareun aniya
neowa na ajik saranghajanha

Listen up I
annyeongira malhamyeo dagawatda sarangiran mallo nal baboro mandeureotda
hamkkehan siganeun neol mot itge mandeureotda geurigo tteonagatda
neobakke eomneun naege neon tto dareun annyeongeul malhanda

geojitmal nal bogo malhaebwa jeongmal nal tteonal georan marini

annyeongiran mal Hello hello ijen Goodbye goodbye
ijeuryeogo jakku aereul sseodo geuge andwae

nan Hello hello Oh neon Goodbye goodbye ajikkkaji neoreul saranghandan mariya

Everybody say La la la
Everybody say Ha ha ha
Everybody say Ta ta ta
Everybody say Hello hello hello
naega neol bureul ttaen Hello
nega nal bureul ttaen Goodbye
uriseoro dareun seulpeun insamal
saranghanikka Hello hello
andwae Goodbye goodbye
jabeuryeogo hamyeon meoreojineun naui sarang
nan Hello hello Oh
neon Goodbye goodbye
oneuldo oechineun neol bureuneun insamal
Hello hello ijen
Goodbye goodbye
ijeuryeogo jakku aereul sseodo geuge andwae
nan Hello hello Oh
neon Goodbye goodbye
ajikkkaji neoreul saranghandan mariya

Sunday, November 11, 2012

Menyesal

Salam

Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tiada guna.

Haddoww, bukan main lagi siap pepatah lagi tuh. Menyesal punya pasal huhu. Memang menyesal lah. Huhu. Kalau aku tahu gini jadinya aku takkan ikut. Hurm. Sedih nanges.

Xreti doh aku

Salam  ..

Dop reti doh aku nok duk mne. Duk rumoh nu kurung dlm bilik, rumoh ni kurung jgk. Duk luor kena maroh hurm.

Akhirnya

Assalamualaikum...

Finally, sampai jugak akhirnya dekat rumah ayah. Opss, ni bukan rumah isteri kedua tau. Cuma rumah ayah kedua. Hee. Best dapat katil. Abis lenguh tubuh. Sial sengal2. Heee.

Saturday, November 10, 2012

Lambatnya....

Assalamualaikum.

Dari pukul 5 selepas asar tadi, aku duk tggu bile nk gerak g kemaman ni. Sampai tertidur2 aku haa. Sedar2 dah maghrib. Hahha. Skrg dah pukul 8mlm, masih xgerak. Apa yg ditunggunya tah. Ok, nk mkn. Lapar, grrr.

10/11/12

Assalamualaikum..

Cantik tarikh arini kan? Hee. Mesti ramai yang kawen arini. Arini rumah kawan mama ada satu, tapi bukan kawen. Kikiki. Dia naik rumah baru lah. Haha. Oh, semalam pegi jalan2, mama nak cari buku utk dia dan adik. Untuk aku xde ok. Haha.

Habis belek2 buku, adik request nak kek, ye lah birthday dia xde kek. Dah lama dh besday dia 24/10/12, dan2 je kan mtk kek. Sape lagi jadi mangsa pegi beli kalau bukan aku. Huhh, semua nak suruh aku.

Sebenarnya, xtdo lagi. And penat gile tubuh. Huhu. Kemas bilik sgt lah, japgy sepah balik. Ishh. Bilik dah mcm kandang kuda. Wakaka. Tpi, ade je jumpa duit. Duit syiling je. Haha. Satu bakul pakaian xdibasuh lagi.

Bilik pon dah ubahsuai, ini dh kli ketiga aku arrange brg2 ni. Haha. Tolak sensorg je almari yg berat tuh. Huhu. Hurm penatttt.



cacamarba !

Assalamualaikum..

Selamat malam semua..Lamanya tak update kan? hihi..lame ke? baru brape minggu..sebenarnya tak tahu nak update apa kat sini..otak blank gilerrr..oh ye, NOW gusi aku bengkak...BENGKAKKKK..bengang giler..entah kenapa tiba2 je..sakit ouh, tak selesa gile..nak buat camne ea??



mama, tolong !!! gigi, please be nice to me...

sejak dua menjak ni kan, banyak giler masalah melanda..sakit kepala..stress xpyh ckp lah..monyok je muka asyik duk pikir masalah tu..aku rasakan macam tsunami nak melanda..takut tu tak payah ckp lah..huhuhu..ni semua sebab hidup dan mati..huhuhu...dan aku harap semua pihak dapat bagi kerjasama, dan aku harap segalanya akan berjalan dengan lancar..


apa lagi eh..cacamarba punya entri..wahaha..ah, lantak lah..insyaallah, aku akan stay kat bandar cheneh for one week..mana lagi nak pergi cuti skolah cmni kan..ofkos may father place..arghh, aku dapat bygkan camne bosan aku kat sane..wifi xde..huhu..camne aku nak berhubung dgn org luar..wakaka, macam nk pergi duduk dalam hutan je...huhuhu..nak pergi or tak, if tak pergi sah2 lah mama ajak ayah pergi kontan kan? tapi kalau duk kat umah wan pon aku rasa same jgk kan..haahaha..so aku pergi lah kan? oke, muktamad, PERGI..

lagi2!!! xde dah kot..heeee...


Photobucket

Wednesday, October 24, 2012

Capital M.A.A

Assalamualaikummm....


Saje-2 je nim, bosan. Heee. Lagu ni ade maksud buat aku. Hee..

Pertama kali ku dengar suaramu,
sayunya hatiku merindui dirimu, 
walaupun belom kita bersua muka,
namun aku tetap jatuh cinta,

Rangkap pertama, yelah kan, aku mane pernah kenal wajah dan tubuh badan dia. Aku hanya kenal suara dia sahaje. Huhuhu. Memang sayu sangat bila dengar suara dia.Ye, tak semestinya kenal wajah atau tubuh badan je boleh jatuh cinta. Saya jatuh cinta dengan suara dia. Heee.

Pertama kali, ku bertemu denganmu,
sayunya hatiku melihat senyumanmu,
aku mengharap engkau menerimaku,
kerna aku bersedia menyintaimu,

Start rangkap kedua sampai rangkap ke 4, tak pernah berlaku. Tak dapat aku bayangkan kalau jumpa dia nanti. Bila agaknya?

Akan ku renang lautan yang berapi,
membuktikan kehebatannya cinta ini,
tetapi jikalau kau meninggalkan aku,
terhiris hati ini terguris jiwa ini,
menangis tak berlagu,

Sayangku pimpinkan tanganku,
menuju mahligai bahgia,
kita bersama nikmati kisah cinta,
hidup bagaikan di syurga, oh kasih.

Tu je lah, Salam.

Photobucket

Tak tahu nak letak tajuk ape

Assalamualaikumm..

Heee, rajin nak update arini. Macam banyak je nak bercerita nim. Malam Isnin kan, cakap kat dia nak call dia malam Selasa, sbb dia cakap dia balik kerja pkul 6.30. Then, dia suruh call dia petang. Aku malas ah call petang2 kan, sebab sibuk nak derakk. Heee. Dia cakap, sekali call terus angkat, gantung henpon kat leher, nak g tandas gantung, nak g makan gantung. Heee. Tak lawak lah yank. Pastu malam tadi aku call lah, sebab dah janji kan. Hee. Lewat aku call dia. Dia angkat terus, cakap kejap-2 dia ade kerja. Oke. Lepas 10 minit, aku mesej dia tnya dah siap ke? Dia cakap tengah kerja. Huuuuu. Sedih gile wookkk. Tunggu punya tunggu, takde pon sampai pagi ni. Takpelah, dia tidur da kot. Hurm kuciwa hati ku tak dapat sembang. Huhuhu.

Oke, topik seterusnyaaaa. Ni aku paling benci, paling tak suke, paling menyampah. Weyh, hang ingat aku ni hape haaa?? Hang nak clash ngn aku, hang clash suke-2 aty hang, now hang nak kawan pulak dengan aku? Wey bro-2 sekalian, luka lama masih berdarah oke. Aku takkan kawan dengan orang yang kecewakan aku. Blah ah weiii. Macam takde orang hang nak kawan. Bodo punye jantan. Ni bukan sorang, 2orang mai serentak. Seb baik aku tak de heart attack. Mau mati aku. Dah-2 lah ganggu aku, selepas hang buang aku, tapayah lah nak kutip balikkkk.

Oke, satu lagi. Heee, bajet orang bace blog hang pateng weii. Esok, besday adek aku. Sama ada aku nak beli kek or aku nak buat sendiri. Cam leceh lah buat sendiri. Huhu. Takk pun bagi hadiah je kan? Heee, dasar kakak pemalas. Oke, tu je. Papai.
Photobucket

Thursday, October 11, 2012

Jatuh motor??

Assalamualaikumm....

Kemain lagi hang nye tajuk yep. Saje-saje buat gimik sket. Haha. Padahal dah lame, tak engat tahun bile. Time tuh petang, mmg biasa lah petang-2 ni naik moto. Pulak moto banyak kan? Sekarang tambah banyak. Heee.

Pada suatu petang, sedang asyik menunggang skuter suzuki, warna biru, plat TJ3*, sesaje lah acah adik lelaki aku. Time tu jalan tak berturap just batu-2. Dia betul-2 berdiri tengah-2 jalan, acah lah mcm nak langgar dia. Sekali aku kacip brek sebelah kanan, ye lah kan moto skuter brek kat tangan, kat kaki mne nak ade. Dah aku kacip sebelah kanan, tayar depan pulak. Maka nya dengan itu terbalik lah aku dengan moto tersebut. Hihihi. Ade jiran aku tinguk. Digelaknye aku, bukan nak tolong. Tak guna punya jiran. Malu tahap ape pon aku tak tahu time tuh. Hahaha. So, sejak itu aku berhati-hati supaya tidak guna brek depan. Heee. Sekarang pon aku pakai skuter tapi Ego S. Takde lah pulak aku nak acah-2 lagi kan, bile aku dah kena dulu. Heeee. Bye.

Photobucket

Wednesday, October 10, 2012

Sah Ke Kahwin Lari

Assalamualaikum..

Kali ni nak sentuh bab perkahwinan. Ecece, hg da kawen ka? Duk sembang pasai kawen ni wt pa? Hee, mmg tak kawen lagi. Tapi nak kongsi dengan orang diluar.

Sah Ke Kahwin Lari?

Kahwin lari adalah kaedah berkahwin cara mudah. Jika pilihan tidak mendapat restu orang tua, kahwin saja di sempadan. Mudah bukan? Jika isteri tidak mengizinkan berkahwin satu lagi, bawa saja bakal isteri kahwin lari. Tidak perlu ikut prosedur mahkamah, tidak perlu ikuti syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan yang paling bagus tidak perlu susah-susah buat majlis besar-besaran dengan hantaran yang mahal-mahal. Ada juga yang bertindak untuk kahwin lari kerana calon isteri sudah 'termengandung'.

Kahwin lari sebenarnya adalah satu kesalahan dan undang-undang memperuntukkan hukuman denda atau penjara terhadap kesalahan ini. Walaupun ada hukuman terhadap kesalahan ini, tetapi fenomena ini tidak nampak kekurangan. Bahaya kahwin lari ini kerana status pernikahan  tidak jelas dan tidak didaftarkan. Akibatnya ia memberi implikasi yang buruk sama ada terhadap pasangan atau ibu bapa mereka. Pasangan yang kahwin lari ini selagi tidak didaftarkan pernikahan mereka di Malaysia, akan terus diselubungi rasa bimbang terhadap status ikatan mereka.

Secara luarannya perkahwinan mereka adalah sah mengikut syariat tetapi akan timbul persoalan; di mana pula sijil pernikahan yang diiktiraf kerajaan Malaysia? Yang ada hanyalah sijil bertulisan siam. Selagi tiada dokumen yang diakui oleh undang-undang negara, perkahwinan itu tidak akan diiktirah oleh undang-undang. Tapi, jika didaftarkan pastinya akan didenda beribu-ribu ringgit atau penjara. Apabila melahirkan anak, timbul masalah lain; tidak dapat daftar sekolah kerana tiada dokumen sah kelahiran. Sekali lagi kepala menjadi pusing memikirkan hal yang tiada sudahnya.

Kahwin lari biasanya disebabkan bapa si gadis tidak mahu menjadi wali pernikahan. Tetapi ada juga keadaan di mana ayah si gadis langsung tidak tahu tentang hasrat anaknya untuk berkahwin. Tahu-tahu saja sudah berkahwin di sempadan. Sebenarnya wali hakim hanya boleh memainkan peranan dalam keadaan bapa masih wujud dan sekiranya terdapat sebab-sebab yang dibenarkan, iaitu dalam keadaan yang memenuhi hukum syarak.

Sebaliknya, keengganan bapa menjadi wali kepada anaknya disebabkan alasan yang munasabah, maka tidak wujud ruang bagi mana-mana wali hakim untuk mengambil peranan. Contohnya, suatu kes yang pernah berlaku di Kelantan pada tahun 1997. Bapa gadis selaku wali mujbir membuat permohonan pembatalan pernikahan anaknya dengan seorang pesakit HIV dan juga seorang penagih dadah.

Permohonan ini dibuat atas alasan pernikahan tersebut dibuat tanpa pengetahuan dan keizinannya sebagai bapa merangkap wali, pasangan anaknya yang tidak sekufu keranan lelaki yang mengahwini anaknya ialah seorang pesakit HIV. Pernikahan kedua-duanya telah dibuat sebanyak dua kali, di mana yang pertama itu dilangsungkan di Pasir Puteh, Kelantan iaitu dalam negeri melalui wali hakim dan yang kedua ialah di Narathiwat, Thailand.

Permasalahan dalam pernikahan yang pertama timbul kerana dinikahkan dengan wali hakim sedangkan wali sebenar masih ada. Permasalah dalam pernikahan yang kedua pula timbul bukan disebabkan rukun nikah, tetapi disebabkan kedua-duanya dilihat sebagai tidak sekufu dari pihak calon suami yang berpenyakit HIV dan penagih dadah.

Dalam kes ini mahkamah telah memutuskan bahawa tindakan wali hakim menikahkan pasangan berkenaan, adalah bertentangan dengan kehendak hukum syarak kerana telah menyatukan dua pihak yang tidak sekufu(sepadan). Manakala perkahwinan yang dijalankan sama ada di Kelantan mahupun di Narathiwat adalah tidak sah menurut hukum syarak. Ini menunjukkan bahawa pernikahan yang dilaksanakan di luar lingkungan dua marhalah belum tentu sah walaupun menggunakan wali hakim(dalam keadaan wali asal masih hidup). Manakala wali asal perlu mempunyai alasan munasabah untuk menghalang pernikahan daripada berlaku. 

Jadi kepada pasangan yang berhasrat untuk berkahwin tetapi kehendak mereka tidak direstui oleh orang tua, sedangkan pada keseluruhannya mereka menanggap bahawa perhubungan tersebut tidak ada cacat celanya dari sudut hukum syarak dan adat serta undang-undang sebenarnya memberikan ruang yang selesa kepada mereka untuk meneruskan hasrat mulia tersebut tanpa berkahwin lari.

Tidak dapat dinafikan doa restu orang tua sangat penting dan menjadi batu asas sesebuah perkahwinan yang hendak didirikan. Akan tetapi garis panduan yang telah mengatasi segala-galanya. Seandainya hubungan tidak direstui disebabkan hal remeh-temeh yang dibangkitkan oleh ahli keluarga, kahwin lari bukanlah penyelesaian yang bijak kerana Mahkamah Syariah bersedia mendengar permohonan bagi kes umpama ini.

Menurut Seksyen 13(b) sebelum ini, sekiranya wali enggan memberi persetujuan tanpa alasan kukuh, mahkamah akan menentukan sama ada perkahwinan yang diniatkan itu perlu diteruskan melalui wali hakim ataupun tidak. Inilah jalan penyelesaian yang sebenar, iaitu membawa masalah ke muka pengadilan. Maka tidak timbul lagi soal menjadi anak derhaka atau membelakangi orang tua kerana undang-undang mengatasi semua orang dan setiap orang adalah tertakluk kepada undang-undang. Tanpa mengira siapa pun, seseorang itu perlu mematuhi undang-undang dan menerima keputusan yang telah diputuskan oleh mahkamah.


Photobucket

Double Novel


3 Kata 3 Hati - Norzailina Nordin



Rindu – Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat.

Kasih – Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.

Cinta – Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya?

Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?

*mula-2 tengok buku ni, xde pape berkenan dengan cover novel jep..haha..sekali bace cerita, ade sedikit mcm kisah hidup aku..tapi tidak lah semuanya sama..heee






Kejap Ada Kejap Tak Ada - Ebriza Aminnudin

Pemalas. Memperhabiskan beras emak bapak adalah kata-kata yang sering dilemparkan oleh Hawadah (Ibu) kepada Abzariq. Abzariq tidak suka bekerja di bawah orang lain, namun dia juga tidak berusaha mencari kerja dengan inisiatif sendiri sehingga kerap kali mengundang amarah Hawadah.

Pertemuannya dengan Adryssa si gadis impian telah merubah segala-galanya. Mahukah Abzariq menuruti segala kehendak Adryssa demi memperolehi cinta gadis itu? Berjayakah Adryssa menjadikan Abzariq dari seorang yang pemalas kepada seorang pemuda yang bertanggungjawab dan mempunyai kerjayanya sendiri?

“Ya. Kau betul. Kita wujud apabila mereka mahu dan kita akan lenyap sesudah mereka menemui apa yang mereka cari selama ini kerana itulah misi kita berada di samping mereka.– Adryssa

“Manalah si chipsmore ni pergi? Kata nak ke tandas saja, tapi kenapa masih tak muncul-muncul. Tak takut terlepas penerbangankah? Adryssa .... Adryssa ... janganlah buat aku tak keruan. Aku betul-betul akan jadi tengkorak hidup nanti.” - Abzariq

Sememangnya aku wanita lemah yang telah disumpah olehMu Ya Allah, akan berada di dalam jagaan keluargaku selagi sumpahan itu tidak berakhir dengan didatangi olehMu jodohku yang bakal melenyapkan segala sumpahan yang telah engkau palitkan pada diriku ini. Dengarkanlah permintaan hambamu ini Ya Allah ya tuhanku. Jagakanlah dia dari lena yang panjang hanya untukku. – Faradina


*novel ni pon berkenan sebab cover dia cantek..mula-2 bace cerita ni, bosan sangat..sebab Abzariq ni byk berilusi, tapi xtahu yang dia berilusi..taktahu siapa Adryssa..Paksa jugak bace, lastly baru tahu siapa Adryssa..kenapa Abzariq jadi mcm tu..
Photobucket

Review Double Novel

Assalamualaikumm..


Tak sampai 5minit entry sebelum ni, terus update lagi. Kasi muntah depan laptop dengan hapdet-hapdet entry nih. Haha. Oke, sekarang takde nak jiwe jiwang oke. Takde pasal kawen hokey. Review novel-2 yang haku beli. Banyak duit kan? Heee





Bukan Kerana Sayang - Amiza Anaz
Sinopsis

“Terimalah lelaki yang mencintai kita lebih dari–pada kita mencintai dia.” 

Bolehkah ungkapan ini digunakan oleh Qaireena Asyikin untuk menerima semula huluran kasih Johan?


Lelaki itu pernah dicintainya suatu waktu dahulu, namun dia terpaksa berkorban kasih apabila Johan memilih kakaknya, Qairun Annesa sebagai isteri tanpa sebab yang pasti.



Kini, Qairun Annesa telah kembali kepada-NYA. Kemelut membelenggu diri apabila Johan mula menagih kasihnya. Desakan daripada orang tuanya agar menerima Johan juga benar-benar membuatkan dia tersepit.



Bagi mengelakkan diri, Qaireena mengambil jalan mudah. Dia menggunakan nama ketuanya, Kamil Ihsan sebagai kekasih samaran tanpa pengetahuan empunya diri. Namun, masalah mula timbul apabila tembelangnya pecah.



Kamil Ihsan yang bersikap ‘bossy’ menambahkan lagi tekanan Qaireena. Kedua-dua lelaki itu benar-benar menghuru-harakan hidupnya yang selama ini tenang tidak berkocak. Siapa sangka, dalam kemelut rasa itu rahsia yang tersimpan bertahun-tahun lamanya, terungkai satu demi satu.

Mampukah Qaireena Asyikin memberi kata putus yang boleh menggembirakan semua pihak?






Tak Mungkin Dia - Rania Firdaus

Sinopsis

Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. 

Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya. 

Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. 

Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? 

Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya.




Photobucket

Langkah Bendul??

Assalamualaikumm..

Hambek, rajin bebeno update blog kan? Sehari dapat 3 entry. Mane nak dapat. Haha. Ye lah tengah rajin, update lah 10 entry sehari pon, tak heran. Kalau nak  suruh update hari-hari mau muntah hijau aku. Hahaha.

Ops, berbalik kepada tajuk kita yep. Eyh, jangan salah paham, aku belom langkah bendul. Mungkin bakal langkah bendul. Hahaha. Ye lah, tak nampak macam gatal nak kahwin pon. Tak cam adek dia ni, gatal bebeno. Pantang sebut pasal kahwin. Hee. Aku ade teringat pulak apa mama cakap hari tu. Yelah, aku ni pen******* lah katakan. Mama tanya lah tak nak ***** ke, kalau taknak, ******* lah lagi. Amek lah hape pon. Masalah bukan aku taknak, tapi aku dah tak ade perasaan. Semangat tu hilang. Aku cakap lah "tengah tunggu lah ni ma" , sekali mama cakap tunggu ape? Tunggu orang masuk minang ke? Jawab dalam hati, ye lah, tapi tak sampai-2 pulak rombongan. Heee. "tunggu lah apa-2 pon". Heeee.

Untung ade kakak sorang jep, kalau dia mintak persalinan tak lah susah. Lagipun bukan aku yang belikan, bakal laki aku beli. Hahaha. Kak, moga-2 jodoh ko cepatlah. Takperlu bakal laki aku belikan utk ko. Simpan duit tuk anak-2. Wahaha.

Adakah aku berpeluang untuk mendirikan rumah tangga diusia sebegini rupa?? Heeee

Photobucket
Assalamualaikumm..

Taklaratnya nak delete post2 yang lepas!!!! tak delete karang ade yang salah pahammm...xpasal2 aku yang kena nnty..fikir mase depan jep..kalau xfikir xde plak nak padamm..xpayah lah padammm..heeee

Photobucket
Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.
artikel dari iluvislam.com

draft