Wednesday, October 10, 2012

Sah Ke Kahwin Lari

Assalamualaikum..

Kali ni nak sentuh bab perkahwinan. Ecece, hg da kawen ka? Duk sembang pasai kawen ni wt pa? Hee, mmg tak kawen lagi. Tapi nak kongsi dengan orang diluar.

Sah Ke Kahwin Lari?

Kahwin lari adalah kaedah berkahwin cara mudah. Jika pilihan tidak mendapat restu orang tua, kahwin saja di sempadan. Mudah bukan? Jika isteri tidak mengizinkan berkahwin satu lagi, bawa saja bakal isteri kahwin lari. Tidak perlu ikut prosedur mahkamah, tidak perlu ikuti syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan yang paling bagus tidak perlu susah-susah buat majlis besar-besaran dengan hantaran yang mahal-mahal. Ada juga yang bertindak untuk kahwin lari kerana calon isteri sudah 'termengandung'.

Kahwin lari sebenarnya adalah satu kesalahan dan undang-undang memperuntukkan hukuman denda atau penjara terhadap kesalahan ini. Walaupun ada hukuman terhadap kesalahan ini, tetapi fenomena ini tidak nampak kekurangan. Bahaya kahwin lari ini kerana status pernikahan  tidak jelas dan tidak didaftarkan. Akibatnya ia memberi implikasi yang buruk sama ada terhadap pasangan atau ibu bapa mereka. Pasangan yang kahwin lari ini selagi tidak didaftarkan pernikahan mereka di Malaysia, akan terus diselubungi rasa bimbang terhadap status ikatan mereka.

Secara luarannya perkahwinan mereka adalah sah mengikut syariat tetapi akan timbul persoalan; di mana pula sijil pernikahan yang diiktiraf kerajaan Malaysia? Yang ada hanyalah sijil bertulisan siam. Selagi tiada dokumen yang diakui oleh undang-undang negara, perkahwinan itu tidak akan diiktirah oleh undang-undang. Tapi, jika didaftarkan pastinya akan didenda beribu-ribu ringgit atau penjara. Apabila melahirkan anak, timbul masalah lain; tidak dapat daftar sekolah kerana tiada dokumen sah kelahiran. Sekali lagi kepala menjadi pusing memikirkan hal yang tiada sudahnya.

Kahwin lari biasanya disebabkan bapa si gadis tidak mahu menjadi wali pernikahan. Tetapi ada juga keadaan di mana ayah si gadis langsung tidak tahu tentang hasrat anaknya untuk berkahwin. Tahu-tahu saja sudah berkahwin di sempadan. Sebenarnya wali hakim hanya boleh memainkan peranan dalam keadaan bapa masih wujud dan sekiranya terdapat sebab-sebab yang dibenarkan, iaitu dalam keadaan yang memenuhi hukum syarak.

Sebaliknya, keengganan bapa menjadi wali kepada anaknya disebabkan alasan yang munasabah, maka tidak wujud ruang bagi mana-mana wali hakim untuk mengambil peranan. Contohnya, suatu kes yang pernah berlaku di Kelantan pada tahun 1997. Bapa gadis selaku wali mujbir membuat permohonan pembatalan pernikahan anaknya dengan seorang pesakit HIV dan juga seorang penagih dadah.

Permohonan ini dibuat atas alasan pernikahan tersebut dibuat tanpa pengetahuan dan keizinannya sebagai bapa merangkap wali, pasangan anaknya yang tidak sekufu keranan lelaki yang mengahwini anaknya ialah seorang pesakit HIV. Pernikahan kedua-duanya telah dibuat sebanyak dua kali, di mana yang pertama itu dilangsungkan di Pasir Puteh, Kelantan iaitu dalam negeri melalui wali hakim dan yang kedua ialah di Narathiwat, Thailand.

Permasalahan dalam pernikahan yang pertama timbul kerana dinikahkan dengan wali hakim sedangkan wali sebenar masih ada. Permasalah dalam pernikahan yang kedua pula timbul bukan disebabkan rukun nikah, tetapi disebabkan kedua-duanya dilihat sebagai tidak sekufu dari pihak calon suami yang berpenyakit HIV dan penagih dadah.

Dalam kes ini mahkamah telah memutuskan bahawa tindakan wali hakim menikahkan pasangan berkenaan, adalah bertentangan dengan kehendak hukum syarak kerana telah menyatukan dua pihak yang tidak sekufu(sepadan). Manakala perkahwinan yang dijalankan sama ada di Kelantan mahupun di Narathiwat adalah tidak sah menurut hukum syarak. Ini menunjukkan bahawa pernikahan yang dilaksanakan di luar lingkungan dua marhalah belum tentu sah walaupun menggunakan wali hakim(dalam keadaan wali asal masih hidup). Manakala wali asal perlu mempunyai alasan munasabah untuk menghalang pernikahan daripada berlaku. 

Jadi kepada pasangan yang berhasrat untuk berkahwin tetapi kehendak mereka tidak direstui oleh orang tua, sedangkan pada keseluruhannya mereka menanggap bahawa perhubungan tersebut tidak ada cacat celanya dari sudut hukum syarak dan adat serta undang-undang sebenarnya memberikan ruang yang selesa kepada mereka untuk meneruskan hasrat mulia tersebut tanpa berkahwin lari.

Tidak dapat dinafikan doa restu orang tua sangat penting dan menjadi batu asas sesebuah perkahwinan yang hendak didirikan. Akan tetapi garis panduan yang telah mengatasi segala-galanya. Seandainya hubungan tidak direstui disebabkan hal remeh-temeh yang dibangkitkan oleh ahli keluarga, kahwin lari bukanlah penyelesaian yang bijak kerana Mahkamah Syariah bersedia mendengar permohonan bagi kes umpama ini.

Menurut Seksyen 13(b) sebelum ini, sekiranya wali enggan memberi persetujuan tanpa alasan kukuh, mahkamah akan menentukan sama ada perkahwinan yang diniatkan itu perlu diteruskan melalui wali hakim ataupun tidak. Inilah jalan penyelesaian yang sebenar, iaitu membawa masalah ke muka pengadilan. Maka tidak timbul lagi soal menjadi anak derhaka atau membelakangi orang tua kerana undang-undang mengatasi semua orang dan setiap orang adalah tertakluk kepada undang-undang. Tanpa mengira siapa pun, seseorang itu perlu mematuhi undang-undang dan menerima keputusan yang telah diputuskan oleh mahkamah.


Photobucket

No comments:

Post a Comment