Salam Merdeka 56 dari saya fatenmeera. Dalam kita menyambut kemerdekaan. Jangan lupa di Mesir sana.
Friday, August 30, 2013
Selepas ini
Salam.
Alhamdulillah, kakak aku dah selamat menjadi isteri orang. Ops. Bukan my kakak kandung. Tapi lebih kepada kakak angkat. Aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri.
Dia selalu dengar masalah aku. Dia selalu ada dengan aku saat aku sedih. Dialah sahabat gosip aku. Heeee. Tapi sekarang mungkin dah susah bagi aku nak bersama dengan dia.
P/s : kak, tin sayang kak. Tin dah anggap kak dan family kak mcm family tin sendiri. Tin akan rindu kak lepas ni. Mungkin dah susah untuk kita berjumpa selepas ni.
P/s : mokcik, tin akan g singgah mokcik lepas ni. Walaupun kak umu dan klom takdop.
Perkara biasa
Salam.
Sudah menjadi perkara biasa bila kita berada dirumah orang yg asing bagi kita. Kita hanya mengenali beberapa orang yang kita rapat.
Wednesday, August 28, 2013
Meroyan
Salam.
Senang skit bila ada apps dalam fon. Cepat je nk update cerita. Maksud aku cerita pendek2 je lah. Heee.
Back to the title.
Sebab ape meroyan?
Tetibe rindu dekat my pokcik.
Gatal tangan pergi terjah blog lama dia. Hurm. Mula lah duk ingat2 kat org tuh.
Padahal dah janji dengan diri sendiri. Buang jauh2 pasal dia.
Sunday, August 25, 2013
Family Day LRT 2013 di BGRC Part 2
Moh kita sambung part 2 pulak. Satu hari aku tido. Satu badan sengal-sengal. Heeee. Part kali ni nak cerita pasal sukaneka pada petang tu. Sepatutnya pukul 3 dah start main sukaneka. Biasalah janji melayu kan. Pukul 4 jugak mula main.
Family Day LRT 2013 di BGRC Part 1
Moh ler kite apdet cerita terkini sebelum kesibukan melanda aku. Sibuk lah sangat. Macam tajuk dekat atas tuh lah. Dah sah-sah aku nak bercerita pasal Family Day ofis ayah. Event tersebut berlangsung 2H1M sahaja di Bukit Gambang Resort City. Aku pon tak tahu berapa part yang akan muncul. Kita tunggu dan baca saja lah (ade ke org lain yg baca blog hang faten oi).
Adek aku yang paling bongsu orang paling riuh dan eksited. Macam lah tak pernah pergi. Ni dah kali kedua buat Family Day dekat Gambang tu haa. Sangat bising mulut dia. Keseluruhan family aku 8orang. 7 dewasa (termasuk mama dan ayah) dan seorang budak kecik. Kami pergi dengan dua buah kereta. Memang tak muat lah sebuah kereta nak sumbat 8orang. Haha. Satu kereta ayah bawak, satu lagi abang yang bawak. First time dia bawak kereta keluar Terengganu. Pengalaman tu penting kan.
Pagi Jumaat kami bertolak pukul 9.00 pagi, kami ke sana lalu Highway Jabor. Sebelum nak masuk Highway, ayah pergi collect duit sewa. Haha, buat belanja. Maklum lah pergi dengan 2buah kereta. Dua-dua kereta nak pakai minyak kan. Tak gitu. Sampai di BGRC dalam pukul 1 petang camtu.
Wednesday, August 14, 2013
Raya 2013
Seronok raya tahun ni? Tahun ni jugak lah ramai orang-orang yang aku kenal dah kahwin. Mesti best kan raya dengan husband dan baby. heee. gatal lah aku ni. Nanty sampai masa kahwin lah awak tuh.
Actually, aku tak tau nak cerita apa pasal raya. Yang pasti raya tahun ni duit raya aku meningkat berbanding tahun lepas. Dalam satu hari je aku dapat RM80. hahaha. Adik-adik aku semuanya dapat bawah RM80.
Entry Khas Buat Kak Jari Manis
Setelah sekian lama aku menyepi, now aku muncul kembali. Dan aku akan buat entry MARATHON. Oleh itu, akan ada berberapa entry menyusul selepas ini. Dalam satu hari. wahahaha. Mampus lah.
Back to the title. Ecewah speaking kot. Entry ni dah lama sebenarnya aku nak update. Akan tetapi ada masalah dengan internet. Bukan aku je. Kawasan aku ni pon 3-4 buah rumah.
Ambik masa 3bulan aku nak say thanks kepada pengirim. Thank kak Jari Manis sebab bagi souvenir from Hong Kong saya. I love it. Simpan leklok dalam laci. Tak guna pon. hahaha.