Monday, December 31, 2012

Bye-bye 2012, Hai-hai 2013.

Assalamualaikumm..

Dalam masa beberapa jam lagi kita akan menyambut Tahun Baru dan Ulang Tahun aku. Oh dah tua aku rupanya, dah 20tahun rupanya. Hihi. Setakat ni ada 2 orang wish ulang tahun aku iaitu sepupu aku Shera dan kawan aku Nurul. Aku sebenarnya menanti ucapan hari lahir daripada dia. Agaknya tercapai tak? huhu. Walaupun tak ada hadiah tak apa. Cukup sekadar ucapan sudah bermakna buat aku. Setiap tahun dia tidak lupa tarikh bermakna ini.

Ok, azam tahun 2012 ada ke tak? dah lupe lah. heee. dah tercapai ke belom . Azam aku tahun 2013 mungkin banyak . Tapi terlaksanakah azam itu ?

Azam Tahun 2013

1. Happykan mama dan ayah dengan keputusan yang aku akan buat. Insyaallah, lepas aku buat keputusan tu, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk berjaya dan bagi hadiah yang tidak ternilai utk mama dan ayah setelah aku kecewakan mereka.

2. Aku nak kerja dan kerja dan kerja. Nak buat lesen kereta, nak ada telefon sendiri sebab selama ni aku pakai telefon kakak aku. Heee. Agaknya nak beli kereta tak mampu lagi. heee.

Itu dulu azam aku untuk 2013. Banyak2 takk lunas pulak hutang azam. Heee..

Photobucket

Sunday, December 23, 2012

Lamanya

Salam..

Hihi, lame nye tak bukak Blogger.com..al maklum lah, merantau di negeri org seminggu lamanya..aku pon dah tak tahan, sbb rindu kat rumah..lagi pun aku macam terseksa..hahaha..kat sana bagaikan neraka bagi aku, kerana budak2 tu..bukan lah aku kena buli, tapi sakit hati, cakap sekali tak dengar, dua kali tak dengar, kan ade yang kena lempang ngn aku..hahaha..

Bile dah lame tak bukak, malas pulak nak blogwalking kt blog lain2..hahaha..macam byk sgt nak kena jalan2...Tujuan sebenar aku ke sana nak tanya pendapat makcik aku pasal satu bende..last2 aku duduk sane terus sampai seminggu..diorang ajak ke sane lagi, cam malas ah..hahhahaa...nak update ape eh...cam malas je..nanti2 lah bile aku rajin..aku update ape aku buat dari jumaat lepas sampai jumaat baru ni..hihihihi..detail kot..dari sebelum bertolak, sampai lah aku di terengganu semula...heeeee..oke bye..

Photobucket

Tuesday, December 4, 2012

Berangan lagi

Salam..

Apa nak jadi lah dengan aku ni..Angan-angan yang tak pernah habis..mula-mula nak pergi korea..ops, nak pegi konsert, pastu nak pergi korea, pastu berangan plak nk kawen..adoi..sape lah nak kat hang Meera oii..tak payah nak berangan lebih lah..duit nk kawen pon xde..huhu..

Tadi aku surprise kan dia yang aku kerja..wahaha, dia ckp "oo, kerja tak bagitau pun kan"..hihi, tacing jap dia..pastu dia ckp lak "ni surprise lah ea? oh, terkejutnya.."hihihi..senget lah Y** ni kan..nak je lempang laju2..

Eh, boleh plak dia ckp tak ready when I said that ILH..oh mak gad, yang sebelum2 ni tuh ape? tak reade pekebende nye, nak je aku pergi sane..ish, kan pergi sane dpt yg lain..huhu..duk sibuk nak kenen-kenenkan aku dengan kawan dia..sayang, buat apa lah I tunggu You 6tahun?? last-2 You nak bagi kawan You plak kat I..aku sepak jugak budak ni..

eh, mse dia kuar ngn *k*, bleh plak dia ckp, tak nampak yang aku ni cemburu dan marah...buat ape aku nak tunjuk,, lagipun bukan dia nmpk pon..and once, aku takde hak nak halang dia keluar dengan sape2..dah kalau takde jodoh, nak buat camne kan? hahaha..redho dengan ketentuan Allah SWT..

Salam..

Photobucket

Monday, December 3, 2012

Tips Melancong Ke Korea 2

Salam..


Kotaraya Seoul merupakan tempat yang sesuai untuk bersiar-siar kerana bukan saja indah tetapi menggabungkan elemen moden, tradisional dan alam semula jadi. Bukan saja terdapat pelbagai pusat membeli belah moden, malah istana lama, hutan simpan dan gunung rekreasi juga terdapat di tengah2 kota Seoul...memang menarik. Oleh kerana Seoul memberikan variasi tema, adalah lebih baik pengembaraan dijalankan secara beg packers. Usah risau akan sesat kerana Kota Seoul merupakan bandar terancang dan mesra pelancong. Terdapat banyak tanda arah dan pusat infomasi pelancongan. Warga Seoul juga sentiasa sedia untuk membantu anda..

Jadi, apakah yang perlu ada di dalam beg jika melakukan pengembaraan di Seoul?




1. PETA

Bila dah sampai Korea, mesti perlukan peta rite? Nak2 yang pergi sendiri tanpa agent.. Penting tau, nak rujuk jalan, kawasan sekitar dan pelan landasan kereta api bawah tanah..Line subway ni byk tau, lagipun bertingkat2..huhu..Boleh dapat dekat kedai buku, or mane2..

2. KAMERA

Haaa, ini barang wajib ade dalam beg, terutamanya bagi si gila bergambar..habis lah kalau kamera ni tertinggal or hilang..Penting sgt sbb dapat abadikan kenangan..Pada musim sejuk, kamera perlu dijaga rapi kerana kamera boleh rosak pada suhu yang terlampau sejuk..

3. PASSPORT

Passport perlu dibawa kemana sahaja..Pastikan sentiasa bersama anda..Jagalah ia seperti nyawa anda..ihihi..

4. SUNGLASSES

Anda akan menyesal jika tidak membawa cermin mata gelap terutamanya ketika musim luruh. Keamatan sinaran matahari musim luruh memang terang walaupun pada cuaca sejuk. Jika terlupa membawa sun glasses dari Malaysia, berkunjunglah ke Pasar Namdaemun untuk membeli sun glasses berjenama pada harga yang berpatutan,

5. KOMPAS

Kompas penting untuk membaca arah kiblat dan membaca peta..

6. T-MONEY CARD

T-money card berfungsi seperti kad Touch n Go di Malaysia. T-Money card boleh digunakan untuk menaiki kenderaan awam seperti subway, bas da teksi. Kad ini boleh dibeli di 7 Eleven dengan harga 3000 Won (RM 10). 3000 Won tidak mencukupi, anda boleh Top-up semula di 7 Eleven atau di Stesen Subway.

7. Duit Korea
Duit bukanlah segalanya tapi segalanya perlukan duit, betul tak?...RM 1 bernilai lebih kurang 300 Won. Harga setin Coca Cola di Korea ialah 700 Won.



Photobucket

Tips Melancong ke Korea 1

Salam..

Gebang je lebih kan..Macam dah sampai kt Korea tu, siap tips segala..hahaha..Duk bace org punya blog pasal pergi melancong ke Korea, aku bile lagi?? hihi..


Ohya, ni nak pergi melancong, Passport Antarabangsa ade ke tak ni?? Nk pegi jalan tapi passport takde..nanty2 lah buat..haha..duit pon takde lagi..kena buat perancangan yg teliti ni..Meh kite buat tips dulu..mane tau kot2 ade yang tercari2..heee

Berdasarkan bacaan saya semalam(ecehh), persediaan pertama ialah Passport Antarabangsa..Ape2 hal tanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)..hihi.. Then, nak naik flight mestilah perlukan Tiket kan, bukan tiket konsert tapi Tiket Penerbangan lah..Untuk memilih flight, sebaiknya Syarikat yang ade promosi, contoh AirAsia..Ade yang dpt tiket pergi balik hanya RM500..dan bawah RM1200..

Untuk penginapan, boleh tengok di sini.. harga pon berpatutan..lagipun dekat dengan destinasi yang kita nak pergi..saya baca kat sini, Jari Manis..jemput singgah..Dunia di hujung jari..cari je dalam internet..mudah dan senang..masa pon jimat..heee


Photobucket

Honeymoon?

Salam

Ah sudah lah, gile nak pergi Korea lak dah..agak2 bile aku akan sampai kat sane ea?? Honeymoon aku nnty ork? Jenjalan ngn kawan2 jep?? hihi.. Semalam duk asyik bace blog org yang pergi Korea.. Dengki habis..haha..Ops, mmg aku gile KPOP, tapi aku nak kesana bukan nak jumpa jejaka2 KPOP eh.. Aku nak pergi jenjalan.. Org cakap ape, "Jauh perjalanan, Luas pemandangan" , hek eleh bermadah pujangga plak.. bilakah waktu indah itu, tak kira lah dengan husband or kengkawan..nak  pergii...Tahun depan? atau Tahun depan lagi sekali???

Ohya, ni nak pergi melancong, Passport Antarabangsa ade ke tak ni?? Nk pegi jalan tapi passport takde..nanty2 lah buat..haha..duit pon takde lagi..kena buat perancangan yg teliti ni..Meh kite buat tips dulu..mane tau kot2 ade yang tercari2..heee

Berdasarkan bacaan saya semalam(ecehh), persediaan pertama ialah Passport Antarabangsa..Ape2 hal tanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)..hihi.. Then, nak naik flight mestilah perlukan Tiket kan, bukan tiket konsert tapi Tiket Penerbangan lah..Untuk memilih flight, sebaiknya Syarikat yang ade promosi, contoh AirAsia..Ade yang dpt tiket pergi balik hanya RM500..dan bawah RM1200..

Untuk penginapan, boleh tengok di sini.. harga pon berpatutan..lagipun dekat dengan destinasi yang kita nak pergi..saya baca kat sini, Jari Manis..jemput singgah..Dunia di hujung jari..cari je dalam internet..mudah dan senang..masa pon jimat..heee

Photobucket