Monday, December 3, 2012

Tips Melancong Ke Korea 2

Salam..


Kotaraya Seoul merupakan tempat yang sesuai untuk bersiar-siar kerana bukan saja indah tetapi menggabungkan elemen moden, tradisional dan alam semula jadi. Bukan saja terdapat pelbagai pusat membeli belah moden, malah istana lama, hutan simpan dan gunung rekreasi juga terdapat di tengah2 kota Seoul...memang menarik. Oleh kerana Seoul memberikan variasi tema, adalah lebih baik pengembaraan dijalankan secara beg packers. Usah risau akan sesat kerana Kota Seoul merupakan bandar terancang dan mesra pelancong. Terdapat banyak tanda arah dan pusat infomasi pelancongan. Warga Seoul juga sentiasa sedia untuk membantu anda..

Jadi, apakah yang perlu ada di dalam beg jika melakukan pengembaraan di Seoul?




1. PETA

Bila dah sampai Korea, mesti perlukan peta rite? Nak2 yang pergi sendiri tanpa agent.. Penting tau, nak rujuk jalan, kawasan sekitar dan pelan landasan kereta api bawah tanah..Line subway ni byk tau, lagipun bertingkat2..huhu..Boleh dapat dekat kedai buku, or mane2..

2. KAMERA

Haaa, ini barang wajib ade dalam beg, terutamanya bagi si gila bergambar..habis lah kalau kamera ni tertinggal or hilang..Penting sgt sbb dapat abadikan kenangan..Pada musim sejuk, kamera perlu dijaga rapi kerana kamera boleh rosak pada suhu yang terlampau sejuk..

3. PASSPORT

Passport perlu dibawa kemana sahaja..Pastikan sentiasa bersama anda..Jagalah ia seperti nyawa anda..ihihi..

4. SUNGLASSES

Anda akan menyesal jika tidak membawa cermin mata gelap terutamanya ketika musim luruh. Keamatan sinaran matahari musim luruh memang terang walaupun pada cuaca sejuk. Jika terlupa membawa sun glasses dari Malaysia, berkunjunglah ke Pasar Namdaemun untuk membeli sun glasses berjenama pada harga yang berpatutan,

5. KOMPAS

Kompas penting untuk membaca arah kiblat dan membaca peta..

6. T-MONEY CARD

T-money card berfungsi seperti kad Touch n Go di Malaysia. T-Money card boleh digunakan untuk menaiki kenderaan awam seperti subway, bas da teksi. Kad ini boleh dibeli di 7 Eleven dengan harga 3000 Won (RM 10). 3000 Won tidak mencukupi, anda boleh Top-up semula di 7 Eleven atau di Stesen Subway.

7. Duit Korea
Duit bukanlah segalanya tapi segalanya perlukan duit, betul tak?...RM 1 bernilai lebih kurang 300 Won. Harga setin Coca Cola di Korea ialah 700 Won.



Photobucket

No comments:

Post a Comment