Tuesday, April 26, 2011

“Sedaplah makanan tadi tu! Boleh tahan juga harga dia ye.”
“Kalau kau suka, aku boleh bawa lagi.”
“Hmm, kita nak ke mana ni?”
“Rumah aku. Ibu aku nak jumpa kau.”
“Ish, kau biar betul? Dah pukul 10.30 malam ni! Tak mengganggu ke?”
“Taklah! Kau relek je….” Lelaki itu tersenyum penuh makna.
Apabila mereka tiba di depan pintu pagar rumah lelaki itu, si gadis itu mula berasa sangsi. Apatah lagi apabila melihat tiga buah motosikal berkuasa tinggi tersadai di laman rumah lelaki itu. Dia mula bising untuk pulang dan tidak mahu mengikut lelaki itu masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba, keluar dua orang lelaki dari rumah itu.
“Aku tak nak!!”
“Diam! Ikut kitorang masuk!!”
Kedua-dua lelaki it terus menyeret gadis itu ke dalam rumah sementara rakan lelakinya itu hanya tersenyum merenungnya. Di ruang tamu, lima orang lelaki lain sedang berborak. Tatkala menatap wajah gadis itu, mereka tersenyum-senyum. Lantas, gadis tadi terus diheret ke tingkat atas ke dalam sebuah bilik. Semalaman, dia dijadikan sebagai tempat lelaki-lelaki durjana itu melampiaskan nafsu binatang mereka….

Renea terjaga dari lenanya yang panjang apabila dia terdengar bunyi barang terjatuh. Kepalanya terasa pening dan berdenyut kuat. Dia cuba bangun namun tidak berdaya. Bahagian sulitnya terasa amat nyilu. Dia menyentuh dadanya. Eh, siapa yang pakaikan aku baju ni?! Matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang tekun mengemaskan bilik itu. Lantas hatinya berasa jengkel dan benci melihat lelaki berambut spiky itu. Sebuah jam kecil di sebelah katil itu dicapai lalu dibaling tepat mengenai bahu lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu menjerit kesakitan.
“Oh, kau dah bangun…” ujar lelaki itu.
Wajah lelaki itu direnung tajam oleh Renea. Benci. Meluat. Menyampah. Semuanya bercampur menjadi satu. Lelaki tadi tidak berkata apa-apa. Dia kelihatan serba salah.
“Aku benci kau!! Kurang ajar! Apa yang kau dah buat?!”
“Er….aku…aku tak tahu apa-apa! Aku baru balik pagi ni…”
“Diam!! Banyaklah alasan kau!” jerit Renea. Dia cuba berdiri namun dia jatuh terduduk apabila kesakitan menyucuk-nyucuk di bahagian pangkal pahanya. Lelaki itu segera mendekati dia, cuba untuk membantu. “Jangan sentuh aku, bodoh!!”
Lelaki itu terpana. Dia menelan air liurnya, cuba untuk tidak mengambil hati dengan kata-kata kasar si gadis itu. Wajah Renea berkerut-kerut menahan kesakitan.
“Kau kejam!! Kau jahanamkan aku. Sapa kau hah?!”
“Maafkan aku. Sebenarnya, aku baru balik pagi tadi. Masa aku masuk bilik ni, semuanya berselerak. Habis baju-baju bertaburan. Aku…aku tak sangka rakan serumah aku sanggup bertindak sejauh ini. Memang aku tahu dia liar tapi…ah, maafkan aku!”
“Pergi mampuslah dengan kata maaf kau!! Kau boleh ganti ke apa yang aku hilang dengan sekadar meminta maaf?! Nyawa kau pun belum tentu boleh ganti lagi!” Air mata Renea merembes keluar. Bahunya terhinggut-hinggut menahan esakan yang semakin menggila. Dia tidak tahu apa yang patut dibuat selepas ini. Matilah aku nak menjawab dengan mak bapak aku!! Hidup aku dah musnah!!
“Aku…aku nak minta maaf lagi sekali…sebab pakaikan kau baju….” Wajah kacak lelaki itu menjadi sedikit merah.
PANGG!!!
Lelaki itu tergamam. Renea mengetap bibirnya. Matanya mencerun geram. Lelaki itu meraba pipinya yang terasa sedikit panas. Jari jemari kasarnya terpalit sedikit darah. Dia menarik nafas. Renea mendengus. Padan muka kau s i a l !! Biar berparut muka kau tu!! Pergi mampuslah!!
“Padan muka!! Biar kau ingat sampai bila-bila, s i a l ….arghhh!!” Dia merengkot kesakitan. Lelaki itu sedikit panik apabila melihat darah yang mula membasahi lantai biliknya.
“Tahan!” Tubuh gadis itu segera didukungnya. Dengan pantas dia menuruni anak tangga rumah sewanya dengan berhati-hati. Pintu kereta Lexusnya dibuka dan gadis itu diletak di tempat duduk hadapan. Lalu dia terus membenamkan dirinya ke dalam perut kereta itu seraya memecut laju menuju ke hospital.

“Itulah kau! Yang kau pandai-pandai sangat nak pergi jumpa jantan tu kenapa? Dah gatal sangat nak berlaki? Malam-malam buta pulak tu! Bukannya kau tak tahu sekarang ni memang banyak kes yang macam ni! Apalah bodoh sangat kau pergi percaya jantan yang baru kau kenal tu!!” jerkah ayahnya, En. Fazril.
Renea hanya membatu.
“Huh! Aku betul-betul malu sebab bela anak macam kau ni! Patut aku kahwinkan aje kau, biar lepas tanggungjawab aku pada kau!”
“Ayah!” Wajah Renea terasa panas. Terasa sungguh kejam kata-kata yang dilemparkan oleh lelaki separuh abad itu. Dia cuba meraih simpati daripada ibunya yang berada di sisi ayah namun wanita itu langsung tidak memandangnya. Ah! Apa yang perlu aku lakukan? Peristiwa hitam itu terjadi di luar kehendakku!! Aku tidak terdaya untuk mempertahankan diriku!!
“Aku akan kahwinkan kau secepat mungkin! Tak kisahlah. Laki mana pun yang masuk meminang, aku terima je!”
“Ayah, Nia tak nak ayah!!” Gadis itu terus memeluk kaki ayahnya dengan erat. Air matanya mengalir membasahi pipi gebunya, yang pernah dicumbui oleh lelaki-lelaki durjana itu. “Ampunkan Nia ayah! Hukumlah Nia apa-apa pun, asalkan jangan buang Nia dari keluarga ini!!”
“Kau memang bukan darah daging aku pun!” Tubuhnya ditolak kasar oleh En. Fazril. Lelaki itu terus berlalu dari situ diikuti oleh isterinya. Renea hanya mampu menangis. Sampai hati ayah!! Mak…!

“Er…hai! Kau apa khabar?”
“Siapa ni?” Tanya Renea lemah. Dia menggosok matanya yang sembab dek menangis semalaman.
“Fauzan…”
“Aku tak kenal.”
“Em. Aku yang hantar kau gi hospital….” Jawab Fauzan lambat-lambat. Renea tersentak.
“Hoi, mana kau dapat phone number aku ni?! Kau tak habis-habis nak mengganggu hidup akulah!!” Spontan Renea menengking lelaki itu. Hatinya bengang apabila teringatkan peristiwa dia diperkosa oleh lelaki-lelaki berhati binatang dulu.
“Aku cuma nak tanya keadaan kau saja. Kau sihat?”
“Hei gila! Kalau kau nak tahu, masa depan aku dah hancur kerana kau!! Sebab kau jugak mak bapak aku singkirkan aku! Diorang nak kahwinkan aku tahu tak!! Diorang tak kisah dengan penagih dadah mana pun asalkan aku lenyap dari pandangan diorang!! Kau jahanam!! Jangan ganggu hidup aku lagi!!” KLIK! Handphonenya dimatikan terus. s i a l ! Mana dia dapat nombor aku!! Adakah daripada….shit!
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Renea keluar dari rumah. Dia malas untuk bertentang mata dengan kedua-dua ibu bapanya. Kini, perutnya berkeroncong. Sebelum dia menuju ke dewan kuliah, dia singgah sebentar di kafeteria. Dia perasan ada beberapa pasang mata sedang memandangnya sambil berbisik. Shit! Janganlah berita s i a l tu tersebar!
Sedang dia menjamu selera seorang diri, datang seorang rakannya. Selamba je minah tu duduk di sebelahnya dengan wajahnya yang simpati. Hati Renea sedikit cuak. Amende ni? Janganlah diorang tahu!!
“Kenapa kau datang?” Tanya Rozi.
“Belajarlah! Apa lagi.”
“Ek, bukan kau dah bagi surat berhenti ke? Nak quit study?”
“Sapa kata?” Hati Renea mula membengkak.
“Em…masa seminggu kau MC tu, bapak kau datang hantar surat berhenti belajar. Aku ingat kau nak tukar tempat belajar….er, apa yang dah berlaku ni, Nia?”soal Rozi lagi.
Selera Renea mati. Perutnya yang berkeroncong tadi mula terasa sebu, bagaikan hendak terkeluar semua makanan yang baru dihadamnya sebentar tadi. Dadanya macam nak meletup je. My future!! Impian aku nak jadi pereka fesyen!! Terkubur macam tu aje ke? Sampai hati ayah buat aku macam ni!
“Nia, kau okay?!” Rozi menyentuh bahu rakannya itu. Dia sendiri bingung. Apa cite ni? Cam serius je.
Gadis berambut lurus itu bangun. Tanpa menjawab pertanyaan kawannya, dia terus berlalu pergi. Kepalanya berserabut dengan pelbagai masalah. Dirinya…studi…. keluarga yang membencinya…kenapa? Kenapa semuanya datang serentak?! Aku mesti jumpa ayah! Dia tak patut buat aku macam ni.
Sampai je di rumah, kelihatan En. Fazril sedang berbincang sesuatu dengan ibunya, Pn. Kasmi. Wajah mereka kelihatan serius. En. Fazril berpaling apabila terdengar bunyi derapan kaki Renea. Gadis itu mengetap bibirnya.
“Kau ke mana?! Mimpi nak pergi kuliah?”
“Ayah! Kenapa ayah tak tanya Nia dulu? Ayah tak patut buat Nia macam ni!” ujar Renea sambil merenung tajam ke arah En. Fazril. Lelaki itu berdiri.
“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! Aku berhak nak buat apa saja! Lagi pun, kau dah calit arang kat muka kami berdua!”
“Ayah! Nia tak berdaya nak melindungi diri Nia! Ayah, tolonglah faham keadaan Nia. Nia pun tak nak semua ini terjadi! Mak..!” Renea segera memegang lengan Pn Kasmi. “Mak, Nia tak salah mak!”
“Hish! Jangan pegang tangan mak. Kau memang degil, Nia. Berani pulak kau pergi jumpa jantan tu! Sekarang, terima sajalah padahnya!”
“Mak…kenapa mak benci sangat pada Nia?” Air mata Renea terus mengalir.
“Sebenarnya, memang sejak dulu lagi mak tak sukakan Nia. Nia menyusahkan mak! Keluarga Nia pun sama!”
Renea terkedu.
“Tak payah risau! Minggu depan kau akan kahwin dengan sorang laki ni. Lepaslah tanggungjawab aku!” Pn. Kasmi terus beredar dari ruang tamu. Renea terkaku sendiri.

Dia duduk di penjuru bilik sambil memeluk kedua-dua belah kakinya. Bibirnya diketap kuat. Sakit. Hatinya sakit dan sedih mengenangkan sikap kedua-dua orang tuanya. Sanggup mereka serahkan aku kepada lelaki ini? Aku langsung tak kenal laki bangang ni! s i a l an! Dahlah jahat! Arghhh!! Renea menekup wajahnya. Dia tersentak apabila daun pintu bilik itu ditolak. Lelaki itu terus mengunci pintu lalu melucutkan bajunya. Mata Renea terbeliak. Boleh tahan gak! Eh, apa yang aku merepek ni! Dia jahat!!
“Hai….kat sini rupanya.” Fauzan tersenyum manis sambil mendekati gadis yang kini sudah sah menjadi isterinya, yang halal untuk berada di sisinya. “Hmm….Renea Anithzasya. Sweet name…macam orangnya.”
Renea mendengus kasar. Muka Fauzan dijeling. Namun, lelaki itu tidak mengambil hati dengan respon si gadis.
“Abang ngantuklah. Jom kita tidur, Nia?”
“Aku tak nak! Kau tidurlah sorang-sorang!” balas Renea kasar tanpa memandang wajah lelaki kacak itu.
“Laa, tak best la tidur sorang! Lagi pun, ni first night. Sedihnya kalau tidur sorang-sorang….”
“Yang kau kahwin dengan aku buat apa? Padanlah dengan muka kau! Kau tahu tak aku benci tengok kau! Kau pemusnah! Kau dah jahanamkan masa depan aku! Eiii, kalau boleh aku nak pukul je kau tahu tak! Kau pun satu. Kenapa kau kahwin dengan aku?? Kau tak de otak ke? Ambik sisa orang….”
“Renea.” Fauzan menekup bibir mungil gadis itu dengan tangannya. Dia tersenyum.
Renea terkesima. Dadanya berdebar-debar kerana wajah Fauzan berada sungguh hampir dengan wajahnya. Agaknya kalau lelaki itu bergerak seinci lagi boleh melekat la kot. Matanya langsung tidak berkedip merenung mata lelaki itu.
“Abang tak kisah semua itu. Kalau abang kisah, abang takkan kahwin dengan Nia. Jadi, jom kita tidur.”
“Nia tak nak…” balas Renea perlahan.
“Nia, abang ajak baik-baik. Abang tak suka paksa orang tau…” ujar Fauzan sedikit mengugut. Akhirnya, Renea akur.
Dia berbaring di atas tilam empuk katilnya. Fauzan tersenyum gembira. Renea terasa tubuhnya seram sejuk. Dia sedikit tersentak apabila pinggangnya dipeluk erat oleh Fauzan. Dia rasa macam nak menangis pada saat itu juga. Pelukan semakin dieratkan. Hembusan nafas lelaki itu terasa lembut menampar pangkal lehernya.
“Abang mengahwini Nia kerana abang cintakan Nia….” Bisik Fauzan. Renea mengetap bibir.

“Sayang!! Cepat bangun! Ish, semalam bukannya buat apa-apa pun tapi dia pulak yang lebih-lebih tidur.” Ujar Fauzan sambil mencubit lembut pipi Renea. Spontan Renea menepis tangannya.
“Jangan sentuh…” Sebiji bantal dicapainya lalu ditekup wajah sembabnya.
“Ek, Nia nangis ke semalam?”
Diam.
“Nia….” Bahu gadis itu disentuh.
“Eii! Jangan sentuhlah! Aku tak suka!”
Fauzan telan liur. Dia segera bangun. Dia masih marahkan aku? Ah! Untuk apa? Bukan aku yang rosakkan dia dulu! Aku tak bersalah. I’m innocent! Semalam pun aku tak buat apa-apa sebab dia memang langsung tak nak. Argh! Macam mana aku nak tackle dia balik? Dia betul-betul dah bencikan aku. Fauzan duduk termangu di meja makan. Scramble egg di depan langsung tidak disentuhnya.
Selera dia mati. Bosan, dia terus buka TV. Langsung tak de cerita yang menarik pada pagi-pagi buta ni. Hmm. Baru nak pukul 9 pagi! Tiba-tiba, Renea turun siap berpakaian lengkap. Nak ke mana dia tak tahu.
“Nia nak gi mana?”
“Nak jumpa mak.”
“Abang hantar?” Fauzan bangun.
“Tak pe. Nia boleh pergi dengan teksi.” Gadis itu segera menarik pintu kayu jati itu. Fauzan menarik lengannya.
“Abang tak izinkan Nia keluar kalau Nia nak pergi dengan teksi. Tahukan apa akibatnya isteri yang nusyuz?”
Renea mengetap bibirnya. Dia menarik tangannya dengan kasar.
“Cepatlah hantar!”
Gadis itu terus keluar. Senyuman terukir di bibir Fauzan. Kunci kereta dicapainya. Lalu dia memandu dengan tenang. Hatinya berasa tenang berada bersama Renea walaupun kebencian gadis itu terhadapnya meluap-luap. Tidak berapa lama kemudian, mereka tiba di rumah Renea. Gadis itu segera keluar dari kereta. Sebelum dia keluar, dia sempat berpesan kepada Fauzan agar jangan ikut sekali. Malas bertekak, Fauzan hanya mendiamkan dirinya.
“Emm, lamanya dia? Dah lima belas minit.” Getus hati kecil Fauzan.
Fauzan hampir terlelap tatkala mendengar bunyi pintu keretanya dibuka. Dia meraut wajahnya. Fauzan perasan bahu Renea yang terhinggut-hinggut itu. Ya Allah! Apa hal lagi ni? Nak tanya ke tak nak? Isteri kesayangannya sedang menangis teresak-esak. Enjin kereta dihidupkan. Hala tujunya selepas ini ialah tempat kediaman barunya. Sampai saja di depan rumah, Fauzan mematikan enjin keretanya. Dia memandang wajah Renea.
“Nia, kenapa ni? Mak Nia cakap apa??”
Diam.
“Kalau ada apa-apa, gitau abang.” Pada ketika itu, Fauzan teragak-agak untuk menyentuh tangan isterinya. Kang kena hamun pulak. Orang tengah benci. “Nia.”
Tanpa berkata apa-apa, gadis itu terus keluar dari kereta dan meluru masuk ke dalam rumah. Tinggallah Fauzan sendirian, memikirkan nasib hidupnya pada hari-hari yang akan datang. Kesian dia. Apa yang patut aku buat sekarang? Nampaknya, aku perlu banyak bersabar! Ya Allah, kuatlah imanku dan tingkatkanlah kesabaran dalam diriku ini. Lembutkanlah hati isteriku agar dia dapat menerima diriku. Biarlah dia sedar yang aku tidak bersalah!

Dia terasa bahunya disentuh oleh seseorang. Dia berpaling ke belakang untuk melihat tuan empunya badan. Serta-merta perutnya kecut. Wajahnya menjadi pucat. Peristiwa hitam pada malam itu menerjah ke benak fikirannya. Seluruh tubuhnya menggeletar. Lelaki itu kini berada di hadapannya dengan sebuah senyuman nakal. Renea kelu.
“Hai Renea. Tak sangka kita bertemu lagi. Memang hari bertuah aku…” Ezi mendekati Renea lalu tangannya mula gatal untuk menyentuh pipi gebu gadis itu. Tangannya ditepis kasar oleh gadis bertubuh ramping itu. “Heh. Marah nampak? Tapi, memang tak dinafikan selepas malam tu je aku dah jadi kaya. Thanks to you baby.” Tangan Renea digenggam kuat.
“Lepaskan tangan aku….”
“Kau dengar kata aku ni. Jangan cuba nak buat apa-apa. Aku tahu kau pergi report polis hari tu. Kalau kau nak tahu, aksi pada malam tu dah dirakam oleh aku. Gambar-gambar kau pun berlambak ada kat rumah aku tu. Aku boleh buat apa saja yang aku suka kalau kau tak ikut cakap aku!” bisik Ezi.
Ketakutan mula menyelubungi dirinya. Terasa sungguh lemah dan kerdil diri ini. Adakah aku di bawah penguasaannya? Dia mengugut aku!! Renea ditarik ke tempat yang agak terpencil, jauh dari manusia-manusia yang sedang sibuk membeli-belah.
“Aku nak tepat jam lapan malam esok kau datang ke Pub AllNite Café…seorang diri. Jangan cuba nak berlagak pandai. Pakai lawa-lawa.” Lelaki itu tersenyum sambil matanya liar menjilat seluruh tubuh gadis itu.
“Kenapa?”
“Datang sajalah! Jangan banyak tanya. Yang aku tahu, kau dah terpacak kat depan pub tu. Kalau tak…lepas malam ni kau akan jadi superstar. Paham maksud aku kan? Gambar-gambar kau tu…..ramai yang nak beli sebenarnya.”
“Kau binatang.” Mata Renea tajam memandang muka jahat Ezi. Lelaki itu hanya ketawa.
“Okay, see you tomorrow. Jangan lupa…..” Ezi terus beredar dari situ.
Apa perlu aku buat?? Perlu ke aku pergi esok? Kalau aku tak pergi, dia mesti sebarkan gambar-gambar aku tu. Malulah aku! Malu lagi Fauzan…ah! Buat apa aku fikir lelaki bodoh tu?! Mood Renea untuk window shopping hilang bagai angin lalu. Dia singgah di McDonald’s. Dirinya terasa kosong. Inikah takdir aku? Apa yang aku dah buat dulu? Kesalahan apa? Adakah kerana mak dan ayah aku dulu? Tak mungkin!! Itu bukan salah aku! Itu salah diorang! Aku tiada kena-mengena langsung!
Tutt! Tuttt!
Fauzan. Renea mendengus. Perlu ke aku jawab? Benci nak mampus dengar suara lelaki ni. Telefon bimbitnya dimatikan. Renea bangun dari duduknya. Aku bukan anak patung untuk digunakan sewenang-wenangnya!!
Di rumah, Fauzan mundar-mandir. Mana minah ni? Keluar langsung tak gitau. Orang call bukannya nak jawab. Ish! Sabar Jan, sabar! Nak sabar apa lagi?! Mangkuk ni memang degil, keras kepala. Fikir ego dia aje! Ego aku?! Dah tu, kau nak buat apa? Kau gak yang kutip dia kan? Gatal sangat! Dia bukannya nakkan kau pun, perasan hensem! Apa pulak! Aku kahwin dengan dia sebab aku cintakan dia. Kali kedua aku jumpa dia, aku dah jatuh cinta tahu tak! Cinta pandang kedua! Ahaks, suka hati kaulah mamat. Kau memang pak sanggup. Oi, diamlah!
BUMM!
Fauzan tersedar dari lamunannya. Kelihatan wajah mencuka Renea menghiasi pandangan retinanya. Dia lega kerana Renea balik dengan selamat. Dia ada terdengar desas-desus yang kawan serumahnya dulu itu cuba mencari Renea. Minta dijauhkanlah!!
“Nia ke mana sayang?” Tanya Fauzan lembut.
Diam. Gadis itu langsung tidak memandang wajahnya. Beg sandangnya dicampak ke atas sofa. Fauzan telan liur apabila melihat dressing isterinya. Cargo pants light brown dengan jersi merah bernombor 14. Macam bukan bini orang je! Tiba-tiba, terbit rasa cemburu di hatinya. Ada ke orang yang cuba mengorat dia? Ada ke yang usha dia tadi? Ish, merepeklah aku ni!
Renea mendengus. Dia menghala langkahnya ke dapur. Pintu peti sejuk dibuka dan sekotak susu diambil. Tanpa menggunakan gelas, dia meneguk susu itu terus dari kotaknya. Sesuatu yang pantang dilihat oleh Fauzan.
“Nia, minum tu sopanlah sikit.” Tegur Fauzan.
Hati Renea jengkel. Sengaja diteguk susu itu lagi. Dia tahu Fauzan marah. Lantaklah!! Dalam jangkaannya, Fauzan merampas kotak susu itu dari tangannya. Dia tersenyum sinis.
“Kenapa? Tak suka ke?” soal Renea.
“Nia ni. Kan tak sopan minum macam ni? Lagipun, nampak tak cermat.”
“Suka hati akulah! Yang kau tengok tu kenapa?” jerit Renea. Dia melangkah untuk pergi tetapi dihalang oleh Fauzan.
“Nia pergi mana tadi?” Tanya Fauzan lagi. Dia merenung wajah ayu isterinya yang kini dihiasi dengan kebencian.
“Buat apa kau nak tahu?”
“Lain kali kalau Nia nak keluar, gitaulah abang. Risau abang tahu tak? Lagipun, Nia kena minta izin abang dulu. Tak baik kalau keluar tanpa izin suami.”
“Ish, sudahlah!! Boleh tak kau jangan nak berlagak baik depan aku? Hah! Kalau kau tak suka, kenapa kahwin dengan aku? Selepas hidup aku kau musnahkan, kebebasan aku pun kau nak rampas! Sekarang, puaslah hati kau?” marah Renea. Kemarahannya meluap-luap. Dia jengkel dengan kesopanan lelaki itu ketika berbicara. Dia kekok dengan kelembutan renungan mata lelaki itu. Dia benci melihat senyumannya. Macam bagus sangat!!
Fauzan meraut wajahnya. Masya Allah! Dia ni betul-betul marah kat aku. Ah! Siapa yang takkan berkelakuan macam ni kalau dah ditimpa bencana seumpama itu. Bukan aku yang berada di tempatnya so aku tak boleh nak ringan mulut je bercakap. Jan, sabar!!
“Nia ada masalah ke? Gitaulah abang.” Tangan gadis itu digenggam erat. Renea kaku. “Cakaplah, Nia.”
Air mata Renea tumpah lagi. Dia menangis teresak-esak di depan Fauzan. Hendak diluah, rasanya tidak kena. Hendak disimpan, menyakitkan jiwa saja. Tubuh ramping isterinya dipeluk erat. Nia….Nia. Tak boleh ke kalau kau bersikap lebih terbuka dengan aku? Fauzan mengeluh kecil. Lama Renea menangis dan pelukan lelaki itu semakin erat melingkari tubuh gadis itu. 

“Aku nak ke rumah kawan.”
“Siapa kawan Nia tu?” Tanya Fauzan. Ketika itu dia sedang membersihkan kasutnya.
“Kalau cakap pun bukannya kenal.” Gadis itu terus menyarungkan kasutnya. Beg sandang di sauk pada tubuh. “Bye.”
“Nia, biar abang hantar!”
“Tak payah. Teksi dah sampai.”
Renea merenung hujung kasutnya dengan sayu. Dia teringatkan perbualannya dengan Fauzan. Lelaki itu sungguh mengambil berat terhadap dirinya. Betul ke perbuatan aku terhadapnya? Bercakap kasar dan bersikap dingin? Ah! Sudah terlalu banyak dosa aku dengan dia. Aku sudah boleh dianggap nusyuz!! Masya Allah. Ampunkan aku! Entah kenapa bila aku melihat wajahnya aku terasa benci. Peristiwa dulu pasti muncul kembali di kotak ingatanku. Ah…Fauzan….
“Honey…! Hmm, very good! Kau ikut kata aku!” Bahu Renea dipeluk oleh lelaki itu. Gadis itu tersentak dari lamunan. “Jom, kita ke sana. Sorrylah lama kau tunggu…” bisik Ezi sambil mencium tengkuk Renea.
“Jangan nak kurang ajarlah!” Renea menolak muka Ezi tetapi lelaki itu memegang kuat pergelangan tangannya.
“Kalau nak tunjuk ganas, bukan sekarang ye. Dalam bilik motel tu kau boleh buat apa saja.”
“Apa?” Muka Renea pucat lesi. “Ezi! Jangan buat aku macam ni. Dah cukuplah peristiwa dulu tu….tolong! Aku nak balik…”
“Baliklah kalau berani. Nanti aku jual gambar bogel kau tu!” ugut Ezi sambil merenung tajam anak mata Renea. Bibir Renea terketar-ketar. “Hah, laki tu la. Dia nak sangat jumpa kau bila aku tunjuk gambar kau kat dia.”
Air mata mula bergenang di kolam matanya. Ya Allah. Tolonglah aku!! Dia berasa takut tatkala memandang wajah lelaki yang sedang tersengih-sengih di depannya. Miang nak mampus!! Ezi ni kejam!! Sanggup dia buat aku ni macam pelacur! Guna aku untuk dapatkan duit!
“Wah, memang ayu dia ni. Ezi, you’re the best. Pandai kau pilih taste aku.” Lelaki yang bertubuh gempal dan perut sedikit boroi itu mendekati Renea. Tangannya gatal memegang dan mengusap-usap tangan mulus Renea. Gadis itu telan liur. “Sayang, jom kita ke bilik. I dah tak sabar ni. Ezi, duit kau boleh ambik dalam kereta aku!”
Renea ditarik naik ke bilik motel yang berada di sebelah pub itu. Gadis itu bagaikan kerbau dicucuk hidungnya, hanya menurut langkah lelaki bertubuh gempal itu. Dia tidak ingin membayangkan apa yang akan terjadi selepas ini. Tolonglah aku….ah! Fauzan!! Dia teringat telefon bimbit yang berada dalam beg sandangnya. Aku kena bertindak bijak kali ini. Mereka masuk ke dalam bilik bernombor 13. Pintu bilik dikunci.
“Baby!” Serentak dengan itu, tubuh gebu Renea dipeluk kemas. Lelaki itu mula mencumbui wajah dan tengkuk Renea dengan rakus. Renea menarik nafasnya.
“Ah…kejap! Biar I masuk tandas dulu….tak selesalah.”
“Nantilah…!”
“Ah…ek…sayang…kita ada banyak masa malam ni. Jangan terburu-buru. I nak ke tandas ni. Dah tak tahan nak buang air….” Pujuk Renea lagi. Geli s i a l !!
“Okaylah! Cepat sikit ya. I akan tunggu you.” Mata liar lelaki itu terus menelanjangi tubuh Renea yang disaluti pakaian casual.
Dalam tandas, Renea cepat-cepat menghubungi suaminya. Hanya Fauzan saja harapannya sekarang. Tut…Tut… Angkatlah cepat!! Ish! Tutttt………Tiada jawapan. Renea terasa air matanya hampir merembes keluar. SMS! SMS aje!!
TOK! TOK!
“Sayang, cepatlah sikit. I dah pesan orang suruh belikan minuman pada kita.”
“Kejap. Perut I sakit sangat! You pasanglah lagu…” jawab Renea. Ish, tolonglah! Janganlah dia syak aku cuba berbuat sesuatu.
Lebih kurang lima minit selepas itu, ketukan kedengaran. Kali ini lebih kuat.
“I’m coming! Kejap, kejap!” Shit! Fauzan, cepatlah datang!!
Renea keluar dari bilik air. Dia cuba berlagak selamba. Matanya bagaikan terbelalak keluar apabila melihat lelaki itu tanpa seurat benang di tubuhnya. Jijik benar! Lelaki gatal itu mula meluru ke arahnya.
“Wait, wait! Nama you siapa?”
“Zaki.”
“Okay, Zaki. Let’s play a game!”
“Ala, I dah tak tahan ni!” Tangannya meramas-ramas lengan Renea.
“Let’s play hard to get. Ni nak uji sama ada you tere tackle I ke tak. I cabar you?”
“Whatever! So, get ready! I’m coming after you!” Lelaki itu terus menerkam Renea tetapi gadis itu sempat mengelak. Dia cuba sedaya upaya untuk melengahkan masa. “Wow, this is fun!”
Tetapi, Renea tidak berjaya. Tubuhnya telah terperangkap dalam pelukan lelaki gendut itu. Dia lemas dengan ciuman yang bertubi-tubi. Dia jijik dengan tangan liar lelaki itu yang menyentuh seluruh lekuk tubuhnya. Matanya terpejam rapat, berdoa agar Fauzan cepat sampai.
TREEET!
Pada ketika ini, baju Renea sudah terkoyak sedikit. Nampaknya, Zaki tidak mengendahkan jeritan loceng itu.
“Sayang, pergilah tengok siapa.” Ujar Renea sambil berpura-pura mengusap pipi lelaki itu. Dia terasa hendak termuntah dengan lakonannya kini.
“Lantaklah. I nak you sekarang!” Tangan kasarnya segera menyentap seluar Renea. Gadis itu menjerit tiba-tiba. Dia terus meronta-ronta dan menendang tubuh Zaki. “Hoi! Apa you ni?!”
Renea segera berlari ke pintu utama. Selak pintu ditarik. Wajah Fauzan terpacul di depannya. Namun, dia terasa badannya terdorong ke belakang.
“Nia! Hoi, keparat! Apsal tak cari je pelacur kalau dah gian sangat?!” Tumbukan padu singgah di muka Zaki. Maka terjadilah pergelutan antara kedua-dua lelaki itu.
Renea mengesat air matanya. Dia hanya melihat adegan itu dari jauh. Matanya ternampak sebotol champagne yang dipesan oleh Zaki tadi. Lantas dia mencapai botol berat itu dan diketuk pada kepala Zaki. Lelaki itu menyeringai kesakitan.
“Nia, jom blah!” Fauzan menarik tangan isteri kesayangannya dan terus keluar dari perut motel durjana itu.
Dalam kereta, masing-masing kelu. Esakan Renea masih bersisa. Tiba-tiba, dia menjadi takut dan malu untuk berhadapan dengan lelaki di sebelahnya. Kedengaran ketukan jari jemari Fauzan pada cermin kereta. Lelaki itu mengetap bibir. Dia sedang mengawal kemarahannya yang sedang memuncak itu. Kemudian, dia melirik ke arah Renea yang sedang tunduk. Tangan gadis itu digenggamnya.
“Kenapa tak gitau abang nak ke sini?”
Diam.
“Nasib baik abang terjaga tau. Kalau tak memang sampai esok pagi abang takkan baca SMS Nia tu.” Ujar Fauzan. “Nia tahu apa perasaan abang di kala itu? Abang rasa betul-betul takut dan tak tentu arah jadinya. Tanpa fikir apa-apa, abang terus pecut kereta datang ke sini. Nasib baik sempat lagi. Nia tahu kenapa abang takut? Sebab….abang tak nak peristiwa dulu berulang kembali. Abang nak Nia lupakan peristiwa itu!”
“Minta maaf….” Pinta Renea.
“Nia, abang nak Nia cakap kenapa Nia pergi jumpa laki gemuk tu! Dahlah tak handsome, boroi pulak tu!” kata Fauzan dengan penuh rasa cemburu. Renea tersenyum sedikit. Kelakar betul kata-kata mamat ni.
“Ezi ugut….”
“Ezi? Dia yang….hmm.”
“Dia cakap, kalau aku tak datang dia nak sebar gambar aku. Siap ada video lagi. Tu yang aku terpaksa pergi! Aku betul-betul takut……….” Renea menarik nafas. “Terima kasih kerana menolong aku….”
“Nia….” Wajah gadis ayu itu ditenungnya. Ezi!! Shit! Tak sangka dia tu masih berkelakuan cam setan! Video dan gambar. Aset ugutan yang paling berharga. Aku mesti buat sesuatu.
“Hmm, jom kita gi makan somewhere. Nia nak makan apa?”
“Em…ais krim?”
“Okay. Kita gi Baskin Robbin. Em, Nia suka strawberry?”
“Coklat, raspberry, vanilla.” Jawab Renea perlahan.
Good respon. Fauzan tersenyum sendirian. Hmm, apa aku nak buat lepas ni….

“Hm, he’s really handsome! Cute.”
“Ya ke?”
“Laa, apa kau cakap ni? Dia kan husband kau. Boleh pulak respon cam taik!” kata Muskan. Dia tersenyum sambil menatap gambar Fauzan. Jealousnya aku!! Handsome siot mamat ni!! Mana entah minah ni kutip!!
“Sudahlah tu! Lama pulak kau tengok!” Gambar itu diambil dari tangan Muskan. Gadis berambut ikal itu ketawa melihat gelagat Renea. Tahu pun takut! Muskan tahu Renea dipaksa kahwin dengan lelaki itu. Ala, kalau aku tak kisah pun. Dahla handsome, berduit lak tu. Okay apa!
“Kau dah balik rumah mak dia?”
“Belum. Maybe next week kot dia bawa aku balik rumah mak dia.”
“Dia ada brothers lain?”
“Dia ada adik perempuan je. Itu pun baru form five.” kata Renea.
“Muda lagi. Ala, tak jauh beza dari kau. Kau baru 20! Hm, Fauzan berapa?”
“27 kalau tak silap.”
“Standard la tu.”
“Em, kejap aku nak gi tengok kek coklat yang aku buat tu.” Renea bangun dan beredar ke dapur. Mata Muskan meliar, menerokai seluruh ruang tamu yang dicat biru itu, warna kegemaran Fauzan. Sebenarnya, dia simpati dengan keadaan Renea. Inilah kali pertama dia datang melawat Renea selepas gadis itu berkahwin.
“Mus! Jom makan! Kek aku menjadi la!”
Tiba-tiba, kedengaran deruman enjin kereta di laman rumah. Renea mengagak Fauzan sudah pulang. Dia menyuruh Muskan supaya ke dapur. Pintu dibuka dan Fauzan sudah tercegat di hadapannya. Lelaki itu mengukir sebuah senyuman manis. Selamba saja dia mencium pipi isterinya. Gadis itu tergamam.
“Emm, bau kek coklat la! Nia buat ke?”
“Aa…em…kat dapur….” Habis! Bertabur ayat!
“Jom makan.” Tangan gadis itu ditariknya. Pada ketika itu Muskan sedang menuang jus oren ke dalam tiga biji gelas kaca. “Oh! So, we have company?”
Renea tersenyum.
“Kawan Nia…Muskan. Muskan, husband aku Fauzan.”
“Nice meeting you, Fauzan.”
Fauzan hanya sekadar menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Kemudian, dia terus mencapai sebilah pisau untuk memotong kek coklat di atas meja. Renea membisu.
“Sayang, jomlah makan. Mus, help yourself!” Sepotong kek diletakkan di atas pinggan lalu dihulurkan kepada isterinya. Renea menyambutnya dengan teragak-agak. Sepotong kek lagi diberikan kepada Muskan.
“Thanks!” Muskan tersenyum lebar. Ish, handsomenya!! “So, Fauzan. Camne life sekarang? Happy dengan Renea?”
“Mestilah happy! Dapat hidup dengan orang yang kita cintai. Kau macam mana?”
Muskan tersentak sedikit. Uiks, mamat ni panggil ‘kau’ dengan aku? Selamba gile. Renea tidak mengendahkan perbualan mereka. Muskan sudah dapat mengagak Fauzan ni lelaki yang macam mana.
“Aku biasa je. Hmm, Nia romantic tak?”
Fauzan ketawa kecil. Dia menjeling ke arah isterinya. Renea mencebik. Mangkuk ayun betul budak Mus ni! Soalan taik juga dia tanya.
“Pada aku, gaya dia memang selalu menggoda iman aku. Romantik tu….hmm…takkan nak cerita kot? Our secret!” jawab Fauzan sambil ketawa.
Muskan telan liur. Handsomenya…hish!! Apa aku ni? Aku dah ada balak ah! Lagi pun, Fauzan ni suami kawan aku! Siot je.
“Hmm, aku cemburu dengan Nia ni! Dapat suami cam kau.”
“Kenapa pulak? Apa yang bagus sangat tentang aku?” soal Fauzan sambil mengunyah kek coklat. Kini, sudah lima potong kek disumbat ke dalam perutnya.
“Hm, aku suka buat first expression dengan orang yang aku baru jumpa. Aku rasa kau sorang yang baik, loyal dan jenis tak minat perempuan selain Renea. Kau gak sorang yang penyabar. Am I right?” teka Muskan.
“Tak tahu! Kau tanyalah Nia. Nia, betul ke apa yang dia cakap?” Dia mencuit pipi Renea yang sedang meneguk jus oren. Gadis itu hampir-hampir tersedak. “Ops, sorry sayang!”
“So, Nia? Apa jawapan kau? Betul ke apa yang aku teka tadi?”
“Er…er….” Renea melirik ke arah Fauzan yang tersengih-sengih. “Betul la tu.”
Mereka bertiga berbual-bual sambil ketawa. Fauzan dan Muskan lebih banyak berbual sementara Renea kadang-kadang saja menyampuk. Dia tak tahu nak borak apa dengan Fauzan. Nak bergurau, rasa macam tak kena je. Tapi, lelaki itu sentiasa mencari kesempatan untuk memegang tangannya, mencuit pipinya dan macam-macam lagi. Muskan cool je. Selamba.
“Alamak! Dah nak pukul 4.30 petanglah! Habis balak aku marah…”
“Kenapa? Kau ada date ke?” Tanya Renea.
“Aha. Aku janji nak temankan dia pergi beli kasut sukan.”
“Ek eleh. Nak beli kasut pun kena berteman ke?” ejek Fauzan selamba. Muskan menjengilkan matanya.
“Nia! Kau marah sikit suami kau ni! Kerek je dengan aku.”
Renea angkat bahu sambil tersenyum. Fauzan menjelirkan lidahnya. He.He. Best betul kacau minah rambut maggi ni. Gadis itu terus mencapai beg tangannya dan mencium pipi rakannya.
“Bye minah rambut maggi!” perli Fauzan buat kali terakhir. Dia ketawa kecil.
“Happy aje ye masa borak dengan dia?” ujar Renea sambil menekan-nekan punat remote controlnya.
“Eh, kita kenalah layan tetamu dengan baik. Tetamu tu umpama rezeki kita tau.” Balas Fauzan lalu duduk di sebelah Renea. Tangannya melingkar pada bahu gadis itu. Renea mencebik. “Kenapa? Cemburu ke?”
“Ish! Tak kuasa aku!” Tangan Fauzan ditolak. Dia mengengsot menjauhi lelaki itu. Fauzan tersenyum riang.
“Sabtu ni kita ke rumah mak.”
“Mak?! Nia tak nak!”
“Sabarlah dulu! Kita ke rumah mak abang. Bukan mak Nia.”
Gadis itu menghembus nafas lega. Namun, dia tidak memberi apa-apa reaksi. Tiba-tiba, Fauzan menghulurkan sebuah beg plastik.
“Nah, hadiah untuk Nia. Cuba tengok apa kat dalam.”
“Em…” Gadis itu menyeluk tangannya ke dalam. Tiga buah album sederhana besar dikeluarkan beserta dengan negative filem dan dua buah pita video. Renea tergamam. Wajah Fauzan direnungnya.
“Demi Allah, abang tak bukak pun album tu! Abang cuma tengok sikit nak pastikan sama ada betul atau tidak! Janji…” ujar Fauzan tergesa-gesa.
Renea tersenyum melihat kekalutan suaminya. Dia membelek-belek muka surat album itu. Wajahnya merona merah. Dia termalu sendiri apabila melihat gambar-gambar jijiknya. Ada tu gambar dengan aksi yang keterlaluan. Air matanya bergenang. Hina benar aku dalam gambar ini.
“Terima kasih, Fauzan.” Selepas mengucapkan kata-kata itu, Renea terus naik ke tingkat atas. Dia mahu menangis sepuas-puasnya. Fauzan hanya membiarkan gadis itu menyendiri.

Wanita itu tersenyum manis merenung wajah Renea. Dia kelihatan sungguh ceria dalam baju kurung merah hatinya. Rambut hitamnya disanggul. Tampak sungguh menawan. Fauzan menarik tangan isterinya mendekati ibunya.
“Mama, Jan minta maaf sebab baru sekarang datang jumpa mak. Ni la menantu yang mama tunggu-tunggu tu!”
“Ayunya dia. Siapa nama dah…Rini…?”
“Renea, mama.” Balas Renea lembut. Hatinya berasa tenang menatap wajah wanita itu. Dia terasa sungguh mesra.
“Renea…ish. Susahnya nak sebut.”
“Panggil Nia aje mak.”
“Aha, Nia. Jom kita ke dapur. Mak baru siapkan kek raspberry, coklat dan vanilla kegemaran Nia.”
“Banyaknya?!”
“Bukan. Satu kek ada tiga perisa.” Wanita itu tersenyum manis.
Renea menjeling ke arah Fauzan. Lelaki itu tersengih sambil menunjukkan ibu jarinya. Ibu Fauzan memang bersikap sungguh mesra terhadap Renea. Dia selalu ketawa apabila berbual dengan menantunya itu.
“Hm! Sedapnya mama buat.”
“Kalau suka, habiskanlah. Nanti bawa balik ye.” Ujar Pn. Kamariah. “Nia, jom gi belakang rumah. Tengok orkid yang mama tanam.”
“Orkid? Nia pun suka orkid cuma tak mampu nak beli.”
“Hish! Apa yang tak mampunya? Suruh je Jan belikan. Kalau dia tak nak gitau mak! Mesti dia tak berani nak bantah!” Pn. Kamariah ketawa lagi.
Buat pertama kali, Renea berasa sungguh gembira di samping Pn. Kamariah. Wanita itu suka berceloteh dan sesekali ketawa. Dia juga cepat mesra walaupun pertama kali berjumpa dengan Renea.
“Em…abang Fauzan tu macam mana mama?”
“Nia tanya mama? Patut Nia pun tahulah!”
Renea geleng kepala.
“Jan ni seorang anak yang baik. Mama tau dia terpaksa bekerja keras sikit sebab dia anak sulung. Lebih-lebih lagi selepas ayah dia tinggalkan kami.”
“Kenapa?”
“Ada pompuan lain, Nia. Ah, biarlah. Tu cerita lampau. Mama pun dah tak kisah dan mama berbangga sebab dapat membesarkan Jan menjadi seorang anak yang baik dan berdikari. Dia tu memang penyabar terutama bila adik dia buat perangai. Hai, teringatkan si Fauziah tu pening kepala mama. Dia tu nakal betul walaupun rajin dan bijak. Selalu juga dia melawan kata-kata Jan tapi Jan tu kekadang diam aje lepas tu. Malas nak bertekak agaknya. Pendek kata, mama bahagia mempunyai seorang anak seperti Jan.” terang Pn. Kamariah panjang lebar.
Renea terpaku sendiri. Benarkah begitu? Jika demikian, aku dah salah anggap tentang perangai sebenar dia. Mungkin juga kerana peristiwa hitam tu, aku bersikap begitu terhadap dia kerana dialah orang yang pertama yang aku lihat selepas kejadian itu. Fauzan.
“Nia jaga dia baik-baik tau. Jan ni memang sorang yang open minded dan sporting. Tapi, kalau dia merajuk memang susah nak pujuk. Pernah sekali tu dia merajuk atas sebab si Jee rosakkan kaset kegemaran dia. Terus tak bertegur sapa adik-beradik tu. Dekat seminggu juga mama rasa. Apa-apa pun, layan dia baik-baik. Ada masalah boleh bawa berbincang. Jangan nak ikut sedap kita je bertindak.”
“Mama…” panggil Renea.
Wanita itu tersenyum sambil memandang Renea.
“Nia nak anggap mama sebagai mama kandung Nia, boleh tak?” Lengan wanita separuh abad itu dipeluk erat. “Nia nak mama.”
Pn. Kamariah diam. Dia dapat membaca gelodak yang sedang bermain di jiwa anak gadis itu. Rambut lurus Renea diusap lembut. Tiba-tiba, esakan kedengaran. Pn. Kamariah terkejut.
“Kenapa Nia? Sayang ada masalah ke?” Pipi gebu gadis itu diusap lembut.
“Nia sedih…mama!” Terhinggut-hinggut dia menahan esakan., agar tidak didengari oleh Fauzan.
“Nia ada masalah? Ceritalah dengan mama.” Tangan mulus gadis itu digenggam erat.
“Se…sebenarnya, Nia rasa Nia ni menyusahkan hidup semua orang. Bi…bila Nia ada…hidup orang tu mesti susah. Macam ayah dan mak!”
“Masya Allah. Kenapa cakap macam tu?” Tanya Pn. Kamariah lembut.
“Mak Nia cakap, Nia ni menyusahkan dia sebab dia terpaksa jaga Nia sejak kecil. Mak ayah kandung Nia tinggalkan Nia. Tak tahu kenapa. Mak kandung Nia tu kakak mak Nia sekarang. Tapi, Nia tak mintak semua tu. Kalau diorang tak nak jaga Nia, kenapa tak campak je Nia kat rumah anak angkat? Nia sedih mama. Selalu je diorang tengking Nia tapi Nia tak ambik hati sebab Nia tahu diorang susah payah jaga Nia. Mama, Nia sedih sangat….Nia malu…”
Pn. Kamariah tersenyum sedikit. Dia memeluk tubuh Renea dengan erat.
“Mama janganlah tinggalkan Nia….ya mama?” pinta Renea sungguh-sungguh. Dia tidak tahu kenapa dia boleh meluahkan segalanya kepada wanita itu. Wanita itu kelihatan sungguh terbuka dan berpandangan luas.
“Nia, mama sayangkan Nia. Mama anggap Nia macam anak mama sendiri…menantu mama…anak mama juga. Okay, dah. Kesat air mata tu. Karang kalau cik abang tengok gelabah tak sudah pulak dia.” Usik Pn. Kamariah sambil mengesat air mata Renea.
Renea tersenyum simpul. Dia mengesat air matanya dengan hujung bajunya. Pili air yang berada di depannya dibuka lalu dibasuh mukanya berulang kali. Pn. Kamariah sekadar memandang gelagat menantunya. Ya Allah. Tak sangka Renea….Fauzan…kau jagalah dia elok-elok.
Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Fauzan meraut wajahnya. Tak sangka itulah masalah isterinya selain peristiwa hitam itu. Hidup dia memang tersedia malang sejak dulu lagi. Ditambah pula dengan perbuatan khianat si Ezi. Jahanam laki tu. Renea, kalaulah kau boleh menerima diri aku seikhlas hatimu, sudah pasti aku adalah orang yang paling gembira di bumi Allah ini. Matanya tidak berkedip merenung wajah ayu isterinya. Renea….

Okay! Semuanya dah siap! Wah, susah betul nak masak semua ni. Tapi, mana la mamat ni tak balik-balik lagi. Dah nak pukul 9.30 malam! Biasanya pukul 8.15 dia dah terpacak kat depan pintu dah. Ish. Nombor telefon suaminya ditekan. Lama ia berdering tanpa jawapan. Dia mendengus. Fauzan! Cepatlah balik. Kalau aku tak masak sedap-sedap, awal je muncul. Ni orang saja buat special lambat la pulak balik.
TOK! TOK!
Renea tersenyum lebar. At last, you’re back! Dia memulas tombol pintunya dan jantungnya hampir berhenti berdegup. Ya Allah!! Aku mimpi ke? Dia menenyeh kedua-dua matanya. No! Ini bukan mimpi! Ya Allah, Fauzan…!
“Abang!” panggil Renea panik.
Seluruh tubuh Fauzan luka-luka dan berlumuran darah. Mukanya bengkak dan bibirnya pecah akibat dibelasah teruk. Bajunya koyak rabak dan badannya sungguh lemah. Nafasnya hampir tidak kedengaran. Renea cuba sedaya upaya mengangkat tubuh suaminya. Mujurlah Fauzan masih mampu untuk berdiri dan melangkah walaupun sesekali dia terjatuh. Akhirnya, Fauzan berjaya dibaringkan di atas sofa di ruang tamu. Renea menelan liur. Teruknya!! Dahsyatnya orang yang belasah dia.
“Abang! Abang dengar tak suara Nia?”
“Nia….” Tangan Fauzan mencari tangan Renea. Segera gadis itu menggenggam erat tangan suaminya. “Sakit sangat…” Fauzan terbatuk kuat.
Ish! Apa patut aku buat? Ah! Cool Nia. Jangan panik! Mula-mula, kau pergi ambik air suam dulu. Lap badan dia. Then, cari minyak gamat ke ubat sapu ke. Bagi dia minum susu. Er…okay! Okay! Renea bingkas bangun dan menuju ke dapur. Tidak berapa lama kemudian, dia datang sambil membawa sebesen air dan sehelai kain. Kain itu dicelup dan diperah lalu dilap pada muka Fauzan. Lelaki itu mengaduh kesakitan.
“Tahanlah. Nia nak bersihkan darah ni.” Pujuk Renea sambil terus mengelap muka Fauzan. Lelaki itu mengetap bibirnya.
Kini, tibalah masanya. Renea terpaksa melucutkan baju yang dipakai oleh Fauzan. Tangannya menggeletar sedikit ketika membuka butang baju kemeja lelaki itu. Apalah aku ni? Nak buka butang suami sendiri pun takut. Hampeh betul. Selesai saja membersihkan luka, Renea mencapai sebotol minyak gamat dan diusap pada luka-luka itu.
“Perlahanlah sikit, Nia. Sakit!” gumam Fauzan.
“Abang senyaplah sikit.” Renea terus tekun menyapu ubat.
“Hmm, Nia nak call mama.”
“Nia.” Tangan gadis itu ditarik. “Abang nak Nia aje yang teman.”
“Tapi…”
“Hmm, tak ikut arahan suami berdosa tau.”
Renea mencebik. Balik-balik alasan tu!!
“Nia, duduklah dekat abang…” Wajah lelaki itu kelihatan sedikit pucat. Seluruh tubuhnya lemah dan sakit-sakit. Renea akur. Dia duduk bersimpuh di sisi Fauzan. Mata lelaki itu sekejap tertutup sekejap terbuka, menahan kesakitan yang sedang menyucuk-nyucuk seluruh tubuhnya.
“Nia nak bawa abang jumpa doktor esok! Kalau abang degil, Nia tak nak temankan abang!”
“Yelah tuan puteri….” Fauzan tersenyum sambil merenung wajah Renea. Mengada-ngada. Ingat nak menang je!

Dia terjaga. Tangannya menggagau mencari badan suaminya. Aik?! Kosong? Aku mimpi ke? Renea menguap beberapa kali. Dia menggeliat. Mana Fauzan? Tiba-tiba, dia terdengar bunyi deruan air di dapur.
“Abang!”
Kelihatan Fauzan sedang mencuci tangannya. Dia tersenyum tatkala melihat wajah Renea.
“Kenapa bangun? Kan abang sakit?”
Lelaki itu tersenyum lagi. Dia merenung tajam ke arah isterinya dengan perasaan gembira. Renea kehairanan.
“Ucap sekali lagi?” katanya.
“Ucap apanya? Merepek je orang tua ni!”
“Ala, kan sayang panggil abang….abang?!”
Renea tersedar keterlanjurannya. Tetapi, dia berasa selesa menggunakan panggilan itu. Lantaklah mangkuk ni nak usik aku pun.
“Salah ke? Lagipun, awak tu tua dari saya!”
Fauzan ketawa kecil.
“Sedaplah Nia masak semalam. Rugi je tak makan awal-awal. Hmm.” Lelaki itu membuka peti ais dan mengeluarkan sekotak jus oren.
“Kenapa abang tak berehat? Abang kan sakit?”
“Ala, abang dah biasa dengan semua ni. Bagi abang, kesakitan semalam tu abang masih boleh tahan cuma abang tak tahu kenapa bila Renea ada sakit abang semakin menjadi-jadi. Maybe nak abang bermanja dengan Nia kot!” Fauzan ketawa sambil mencubit pipi Renea.
“Hish! Mengada!” Renea menepis tangan Fauzan.
“Aduh! Ish, sakitnya….apsal ganas sangat Nia ni?”
“Er…abang sakit ke? Er…sorry…sorry!” Tahu pulak nak gelabah!!
“Nia, tolonglah pegang abang. Abang nak gi ruang tamu….” Tangannya menarik lengan gadis itu. “Kaki abang sakit…”
Renea mencebik. Ewww, mengada betul dia ni. Nak tak nak dia memapah lelaki itu ke ruang tamu. Mereka duduk bersama di atas sofa dan bahu Renea dipeluk erat oleh Fauzan.
“Siapa yang belasah abang?”
Fauzan meneguk jus orennya. Pertanyaan isterinya dibiarkan tanpa jawapan. Apa aku nak jawab ni?
“Abang! Orang tanya ni….” Cebik Renea. “Gitau Nia. Jangan nak tipu.”
“Kalau Nia tau, Nia nak buat apa?” soal Fauzan sekadar mengusik, namun disalah tafsir oleh Renea.
“Abang cabar Nia?”
Fauzan telan liur. Whops!
“Taklah! Memain je….” Dia merangkul leher gadis itu namun tiada respon. “Okaylah! Tu…Ezi and the gang belasah abang. Tak aci betul diorang. Empat lawan satu. Mestilah abang kalah walaupun sebenarnya abang boleh menang.”
“Ezi? Anak gampang tu?”
“Ish…Nia. Control sikit kata-kata tu…”
“Memang dia gampang! Pantang betul aku dengar nama binatang tu! Suatu hari nanti dia akan kena dengan aku!!” jerit Renea tiba-tiba. Dia jadi tidak tentu arah. Fauzan mula gelabah. Oit, jangan buat perangai aku tengah sakit ni! “Aku nak bunuh dia nanti!”
“Nia sayang! Nia dah selamat sekarang. Dia takkan dapat mengugut Nia sebab gambar tu semua abang dah rampas dari dia. Ala, dia belasah abang sebab abang ambil barang tu je. Nia, jangan buat sesuatu tanpa pengetahuan abang!” Fauzan peluk Renea dengan kuat. “Okay sayang?
Renea diam. Dia menarik nafas. Dari perasaan gembira tadi bertukar menjadi benci. Dia benci Ezi. Dia benci dengar nama jantan s i a l tu!!! Dia dah tengok semua gambar yang ditangkap oleh lelaki itu. Pita video pun dia dah tengok! Semuanya melambangkan kehinaan dirinya! Dahsyatnya lelaki tu. Kejam betul!! Dan Renea tenggelam di dalam esakannya.

“Helo.”
Diam.
“Helo? Nak cakap dengan siapa?”
“Kau takkan terlepas, sayang…!” Kedengaran hilaian ketawa yang menakutkan menembusi gegendang telinga Renea. Gadis itu tersentak.
“Siapa ni?!”
“Akulah…takkan kau dah lupa, hmmm honey?” Lelaki itu ketawa lagi. “Bijak betul kau mempergunakan si Fauzan bodoh tu?! Kau suruh dia ambik semua gambar bogel kau tu! s i a l ! Kau takkan terlepas dari aku. Kerana kau polis sedang mencari aku sekarang. Nantilah kau…”
“Ezi!! Kau binatang!!”
“Oh…sebelum aku masuk penjara….aku nak rasa tubuh kau untuk kali terakhir…okay? Ha! Ha! Ha! Aku akan cari kau….” KLIK!
“Eiii! Jahat! Kurang asam!” Gagang telefon itu dihempas kuat. Seluruh tubuh gadis itu menggeletar. Shit! Apa perlu aku buat?
TOK! TOK! TOK! Renea tersentak. Kedengaran bunyi ketukan yang bertalu-talu. Dia jadi sangsi. Pasu bunga kecil yang berada di tepi telefon itu dicapainya. Selak pintu dibuka dan perlahan-lahan dia memulas tombol pintu rumahnya…
“Nia?! Ya Allah!!”
“Mama!” Pasu bunga kecil itu terlepas dari pegangannya. Pecah?! Matilah aku Fauzan marah!! “Mama….ke…kenapa tak cakap nak datang?”
“Pucatnya muka Nia? Kenapa ni? Kenapa Nia macam takut-takut je?” Tangan menantunya digenggam erat. Pipi Renea diusap.
“Tak…tak de apa-apa, ma.” Tubuh wanita itu dirangkulnya. Air matanya hampir-hampir mengalir keluar kerana terlalu takut. “Ada apa mama datang?”
“Saja je…surprise. Ni mama ada bawakan kek kegemaran Nia.”
“Terima kasih! Mama duduklah dulu. Abang Fauzan belum balik lagi. Mungkin dia balik lambat malam ni.”
“Nia…mama datang ni sebab nak jumpa Nia. Mama nak bincang sesuatu…”
Renea kehairanan. Dia meletakkan kek itu di dapur dan dia keluar kembali dengan menatang sedulang minuman. Wajah Pn. Kamariah direnungnya. Ada sedikit kegusaran pada wajah tenang itu.
“Jee…dia buat perangai lagi, Nia. Semalam dia tak balik rumah sebab merajuk. Dia ada minta mama daftarkan dia untuk kelas aerobic tapi mama tak nak sebab mama tahu dia masuk kelas aerobic tu semata-mata nak ikut kawan dia, Zeema kalau tak silap mama.”
“Kenapa dengan Zeema? Dia…budak nakal ke?” teka Renea.
“Itulah yang mama risaukan sekarang. Sejak Jee berkawan dengan dia, perangainya semakin menjadi-jadi. Dahlah nak ambil SPM tahun ni. Risaulah mama, Nia. Mama gitau Nia sebab mama tahu Nia lebih memahami perasaan remaja sekarang ni. Kalau nak gitau Fauzan, lainlah sikit cara pendekatan dia sebab dia lelaki dan umur mereka jauh berbeza. Tolonglah mama Nia. Camne mama nak pisahkan diorang tu. Camne mama nak ubah perangai adik Nia tu.” Pinta Pn. Kamariah sungguh-sungguh.
Jee....aku jumpa dia sekali je. Itu pun hanya berbalas senyuman sebab masa tu gadis tinggi lampai itu nak keluar. Hmm, dari gayanya saja aku dah tau dia sorang yang daring dan pantang dicabar. Degil dan berani. Renea menatap wajah sugul Pn. Kamariah. Gadis itu mengukir senyuman lalu memeluk lengan mentuanya dengan erat.
“Mama janganlah risau. Nantilah, kalau sempat Nia akan datang rumah mama cakap dengan dia.” Pujuk Renea. “Biasalah, umur macam ni….mudah memberontak.”
“Terima kasih, Nia.” Pipi Renea dicium lama oleh Pn. Kamariah. Hati gadis itu tersentuh. Terharu. “Jom, makan kek yang mama buatkan.”
KRINGG! KRINGGG! Renea tersentak lagi. Dadanya mula berdebar-debar. Dia berpandangan dengan Pn. Kamariah.
“Biar mama angkat.”
Dia hanya membiarkan saja wanita itu menjawab telefon yang sedang menjerit itu. Dalam hati dia berdoa agar bukan lelaki tadi yang memanggilnya.
“Hmm, siapa yang berani main-main telefon ni! Diletaknya pula bila mama tanya sapa dia.” Rungut Pn Kamariah.
“Perempuan ke?”
“Tak tahu pula. Dia diam aje.” Mata Pn. Kamariah merenung tajam ke arah Renea. Gadis itu mula serba salah. “Nia kalau ada masalah gitau mama. Tak pun, gitau Fauzan. Jangan simpan sorang nanti stress. Mama tau Nia ada sorokkan sesuatu…”
“Er…em..sedaplah kek ni! Nanti kalau mama free mama ajarlah Nia buatkan ye!”
“Mama selalu free tau! Nia tu je yang malas nak datang rumah mama!” Tukar topic nampak. Tak pe. Nanti aku suruh Fauzan tanya dia.
Dia tersenyum sambil mengunyah kek kegemarannya. Hatinya masih berasa gundah sejak mendapat panggilan telefon dari lelaki jahat itu. Patut ke aku gitau Fauzan? Patut ke?

Tatkala mereka berdua melangkah masuk ke kelab itu, maka banyaklah mata-mata yang mula merenung tajam dan ada antara mereka cuba menarik perhatian kedua-dua gadis itu tetapi tak dilayan. Tak cukup pakej! Mereka berdua agak popular di kalangan pengunjung kelab malam itu. Memang sudah menjadi kebiasaan dua orang gadis itu untuk melepak bersama dengan rakan-rakan yang lain pada hujung minggu.
“Fuiiyooo!! Makin daring siot kau!!” jerit salah seorang dari rakannya, Adiey.
“Ni biasa je ni. Belum lagi aku pakai baju yang baru aku beli! Knit top!” balasnya. Gadis di sebelahnya hanya tersenyum.
“Ish, tapi aku tak minat ah pompuan cam kau Zeema! Kau tu kecoh sangat. Aku suka gadis macam dia ni…” Tangan gadis berambut panjang itu ditarik oleh Zakuan.
“Hei, hormatlah sikit!” marah gadis itu.
“Hormat? Kita datang kelab nak lepas tension masing-masing. Hormat tu tak de dalam kamus kelab ni.” Lelaki itu ketawa kecil. “Buat apa kau datang ke sini?”
“Dia merajuk dengan mama dia.” Sampuk Zeema. Dia menyondolkan tubuh gebunya pada Adiey. Lelaki itu terus merangkul lehernya.
“Aku datang sini sebab nak menari aje. Tak lebih.” Jawab gadis itu kasar. Dia terus menyusupkan dirinya ke dalam berpuluh manusia yang sedang galak menari tanpa mengingati tikar sejadah. Zakuan mengekorinya.
Tubuh Fauziah ditatapnya lama. Gadis ini memang lawa! Lagi lawa dari Zeema tu yang sentiasa bertempek dengan make up tebalnya. Baju pulak sekadar menutup apa yang perlu saja. Tapi, Fauziah ni lain! Dia lawa….dan lawa. Jenis yang hard to get. Jinak-jinak merpati. Inilah yang aku suka. Pada malam itu, Fauziah mengenakan tube berwarna merah yang dipadankan dengan jaket hitam dan berseluar jeans. Dia memang sesuai dengan apa saja jenis pakaian kerana tubuhnya yang lampai itu.
“Aku suka tengok kau. Kau cantik.” Puji Zakuan lagi.
Fauziah sekadar tersenyum. Dia terus menggoyangkan tubuhnya, mengikut rentak lagu yang semakin rancak. Rambut hitamnya berayun lembut. Bau shampoo Herbal Essences yang dipakai oleh gadis itu menusuk ke lubang hidung lelaki di depannya. Zakuan telan liur.
“Jee, kau ada boyfriend?”
Gadis itu menggelengkan kepalanya. Dia mencebik. Jantan s i a l ni tak blah lagi ke? Aku tak mungkin mempercayai semua lelaki. Jahat! Penipu! Lidah bercabang! Mata bulatnya merenung Zakuan dari atas ke bawah. Lelaki itu tersengih-sengih. Mungkin suka ditenung begitu. Zakuan seorang pelajar dalam bidang IT yang berusia 20 tahun. Tubuhnya agak kurus dan sederhana tinggi. Berkulit cerah dan mempunyai sepasang mata yang menarik. Namun, semua kelebihan itu tidak dipandang oleh Fauziah yang sudah tawar hatinya terhadap lelaki. Bosan.
“Jom minum! Tak penat ke?” ujar Zakuan yang semakin mendekati Fauziah.
“Kau pergilah. Aku tak puas lagi.”
Ish! Dia tolak lagi! Camne nak tackle dia ni? Jual mahal sangat. Ah! Ikut ajelah rentak dia. Tiba-tiba, Fauziah berhenti menari dan melangkah keluar dari kelompok manusia itu. Saku seluarnya diseluk. Dia menjawab panggilan telefon.
“Jangan risaulah! Nanti Jee baliklah.”
Zakuan sekadar memerhati.
“Ala, abang ni…”
Zakuan sedikit tersentak apabila mendengar perkataan ‘abang’ yang terkeluar dari bibir merah jambu gadis itu. Hatinya dilanda rasa cemburu tiba-tiba. Tadi, kata takde pak we? Ni abang mana pulak? Suara manja pulak tu!
“Bye!” Telefon bimbit jenama Motorola itu disimpan dalam poket seluarnya. Dia kehairanan apabila melihat wajah berkerut Zakuan.
“Siapa tu?”
“Abang.”
“Hai, abang mana pulak ni? Tadi kata tak de pakwe?”
“Abang kandung akulah! Kau ni cemburu semacam je….” Balas Fauziah sinis. Zakuan telan liur. Aiya, malunya!! Dia ada abang ke? “Mana Zeema?”
“Pedulikanlah pompuan tu. Mesti tengah hanyut dengan Adiey.”
“Aku nak cari dia.” Tiba-tiba, lengannya ditarik kuat oleh Zakuan dan dia jatuh di atas ribaan lelaki itu. Pinggangnya dirangkul kemas. “Zakuan?!”
“Kenapa kau asyik nak elak dari aku? Aku cuma nak berkawan dengan kau je.”
“Baik kau lepaskan aku. Mood aku hari ni memang tak baik!” marah Fauziah.
“Bad mood? Kau datang bulan ke?” kata Zakuan cuba bergurau.
DUSH!! Pelukannya terlepas. Dia menekap hidungnya yang berdarah teruk akibat disiku oleh gadis itu. Belum cukup dengan itu, rusuknya ditendang bertubi-tubi oleh Fauziah. Rambutnya ditarik dan mukanya dihentak ke lantai simen. Zakuan mula lemah. Kesakitan dan kenyiluan yang menyucuk tubuhnya amatlah berbisa sekali. Gadis ni….
“Kau gi mampus!! Tak de sorang lelaki pun dibenarkan menyentuh tubuh aku! Kalau tak, matilah jawabnya!” tengking Fauziah dan terus beredar mencari Zeema. Ramai yang menyaksikan insiden itu namun tiada sorang pun yang berani masuk campur. Mujurlah bouncer tak de kat situ.
“Zeema! Zeema!” Bahu kawannya itu ditarik. Hatinya jengkel apabila melihat dada Zeema yang terdedah itu. Murahnya harga diri gadis ini….
“Apa kau nak? Kacaulah.” Zeema merenung tajam ke arah Fauziah sementara Adiey di sebelahnya meneruskan permainannya. Leher gadis itu diciumnya.
“Aku nak balik!”
“Baliklah. Aku tak habis lagi dengan Adiey…” Gadis itu ketawa.
s i a l ! Fauziah terus mencapai beg sandangnya dan dia keluar dari kelab itu. Jam tangannya dipandang sekilas. Hampir pukul 2.30 pagi! Gila aku kalau tiap minggu macam ni! Ahh!! Ni kali terakhir aku datang ke kelab bodoh ni! Tak sangka Zeema tunjuk belang dia malam ni! Memalukan! Murahnya dia. Zeema…Zeema…
Fauziah mempercepatkan langkahnya. Bunyi salakan anjing sayup-sayup kedengaran namun itu tidak memberi rasa getar di hatinya. Dia sudah lali dengan keadaan seperti ini. Dia sudah tawar hati! Kalau nak balik rumah sekarang jauhlah. Hm, balik rumah abanglah. Dekat sikit. Dia terus berlari-lari anak. Bibirnya mengukir sebuah senyuman apabila atap rumah teres abangnya kelihatan.
“Phewwwitt! Cik adik yang sorang tu!!”
“Marilah sini…enjoy dengan abang!!”
Perut Fauziah terasa kecut. Sapa kutu rayau tiga orang ni? Ah! Diorang halang jalan aku pulak!! Dia memandang rumah abangnya, tak jauh! Depan mata je!! Tapi, disekat oleh mangkuk tiga ekor ni. Jee, releks. Tenangkan diri.
“Sorrylah. Aku tak de masa ni.” Balas Fauziah dan cuba melepasi mereka bertiga. Salah seorang dari mereka merangkul pinggang Fauziah dengan erat. “Ehh!!”
“Janganlah macam tu, sayang. Kitorang boringlah sebab tak de sorang pun pompuan nak lepak dengan kitorang! Sedih tau!” Dia ketawa sambil tangannya liar meraba punggung Fauziah.
“Kurang ajar!!” Satu tumbukan padu tepat mengenai muka lelaki itu. Fauziah terus menendang anu lelaki yang menjerit kesakitan itu.
“Hei pompuan! Nak main kasar ye!” Kedua-dua orang rakannya datang menerkam Fauziah tetapi sempat dielak oleh gadis itu.
Fauziah terus memecut menuju ke rumah abangnya. Shit! Pintu pagar dikunci!! Matanya meliar mencari batu. Yeah! Ada pun! Sebiji batu yang besarnya segenggam penumbuk lelaki dicapainya lalu dibaling tepat mengenai cermin tingkap bilik tidur abangnya. Retak sikit. Ah, baling lagi satu….
POK!! Fauziah jatuh terjelepok. Dia meraba belakang kepalanya….darah!! Dua orang lelaki tadi cuba untuk memegang tubuhnya tetapi tidak berjaya apabila Fauziah membaling mereka dengan batu-bata yang berada di depan pintu pagar rumah abangnya. Habis pecah berderai.
“Korang memang hancurkan mood aku betul la!!” jerit Fauziah seraya melepaskan tumbukan yang bertubi-tubi ke arah salah seorang dari lelaki itu. Batu yang berada di tangan kanannya dibaling ke arah lelaki yang sorang lagi tetapi sempat dielak. Tubuhnya menjadi landasan tapak kaki lelaki itu.
“Abang!! Aahhh!! Abang!!!” Kini, dia pula dibelasah teruk oleh lelaki yang berambut cacak. Dua orang rakannya yang lain sudah tidak berdaya lagi akibat kesakitan yang ‘diberi’ oleh Fauziah.
Fauzan yang ketika itu sedang menjenguk melalui tingkap biliknya terkejut. Dia segera turun ke tingkat bawah dan membuka pintu rumahnya sambil membawa sebatang kayu yang sentiasa disimpan dibawah katilnya untuk tujuan sebegini. Apabila lelaki-lelaki itu melihat Fauzan, mereka terus membuka langkah seribu. Tinggallah Fauziah mengerang kesakitan.
“Ya Allah! Jee, apa dah jadi ni?”
“Abang…” Gadis itu memegang kepalanya yang berdarah. Perutnya terasa senak akibat ditendang oleh lelaki s i a l itu.
“Itulah! Lain kali merayau lagi sorang-sorang!” Tubuh adiknya didukung lalu dibawa masuk ke dalam ruang. Fauziah dibaringkan di atas sofa.
“Abang, kenapa ni?” Tiba-tiba, kedengaran suara Renea yang baru bangun dari tidurnya. Dia terkejut apabila melihat keadaan Fauziah. “Jee!”
“Kak! Sorry…kacau akak dengan abang pagi-pagi buta ni!” ujar Fauziah sambil tersengih.
“Abang, baik kita bawa dia ke klinik. Kan Klinik Raj tu 24 Jam?” cadang Renea.
“Hmm….” Fauzan merenung wajah adiknya. Melampau budak ni! Sampai jauh malam dia merayap. Sekarang, dah kena belasah! Nasib baik kena pukul je….Ya Allah. Ish, Nauzubillah!
Sekembalinya Fauziah dari klinik, Renea sudah pun menyediakan secawan susu untuk diberikan kepadanya. Gadis itu tersenyum lalu meneguk susu suam itu. Mereka bertiga duduk di ruang tamu. Jam sekarang menunjukkan pukul 4.15 pagi. Hati Fauzan sebal apabila melihat kepala adiknya yang berbalut dan lengan yang bertampal plaster. Pompuan ke hapa ni?!
“Jee buat apa merayap sampai pagi ni? Jee tahu tak yang Jee ni merisaukan mama dan abang?” Fauzan memulakan bicara. Fauziah ketap bibir. Ceh, kena bersiap sedia membidas hujah orang tua ni. Renea sekadar memeluk tubuh. Matanya sudah tidak mengantuk lagi.
“Saja, Jee bosan.”
“Bosan? Nasib baik Jee kena belasah aje! Kalau diorang buat lebih macam mana? Jee ni memang tak pernah takutlah! Keluar malam-malam buta entah dengan sapa-sapa! Ni last warning dari abang. Kalau Jee keluar malam lagi, tahulah apa abang nak buat. Masa tu jangan nak menyesal atau nak salahkan abang!” tegas Fauzan. Dada Renea berdebar-debar apabila mendengar kata-kata Fauzan tadi. Dia tahu Fauzan risaukan adiknya jadi mangsa rogol…tapi, dirinya?! Dirinya adalah mangsa rogol! Renea menghela nafas panjang. “Tengok kepala tu, berbalut bukan main! Kejap lagi satu badan pun berbalut! Nasib baik tak de yang patah.”
“Ala, abang ni. Releklah! Laki tu yang raba Jee. Apa lagi, Jee belasahlah dia. Kurang ajar sangat. Nasib baik Jee tak bunuh je.”
“Jee….” Hish, budak ni! Tak sedar tadi dia la yang nyawa-nyawa ikan!! “Bukan abang nak kata apa, tapi sekuat mana Jee pun Jee tak mungkin dapat melawan kekuatan seorang lelaki. Jee faham tak?”
“Tahulah. Tapi, asalkan tepat aimnya, senak tak bergerak jugakkan. Tak gitu, abang?” balas Fauziah sedikit sinis. Dia geram dan bosan mendengar ceramah free abangnya itu. Wajah Fauzan sedikit berubah kerana dia tau apa ‘benda’ yang diaim itu. “Nak buat macam mana, mungkin perangai Jee macam ni sebab terikut abang gak. Masa secondary school dulu pun abang banyak bergaduh jugakkan? Abanglah juara otai kat sekolah abang. Em, jangan ingat Jee tak tahu….”
“Jangan nak merepeklah!”
“Ha! Ha! Habis, rahsia terbongkar. Kak Nia dah tau! Ho! Ho!” Fauziah ketawa kecil. Belum sempat dia melarikan diri, Fauzan sudah merangkul lehernya dengan kuat. “Eh, eh apa ni!! Sakitlah!!”
“Kau bongkar rahsia aku lagi kenalah!” ugut Fauzan sambil tersengih. Padan muka! Sedap je buka pekung orang. Ni la mulut manusia…
“Ala abang! Sorrylah! Kak Nia!! Ouch…sakitlah kepala!!” Perut Fauzan dicubit kuat. Lelaki itu menjerit seraya melepaskan pelukannya. “Padan muka!” Fauziah bingkas bangun dan terus mendapatkan Renea. Gadis itu tersenyum sambil memeluk lengan kakak iparnya. Renea ketawa kecil. “Yek! Abang kacau, kita suruh kak Nia marah!”
“Mengada Jee ni. Tak pe, kita tunggu.”
Fauziah ketawa kecil. Renea sekadar tersenyum. Ala, memang sejak dia kena belasah dengan Ezi tu aku dah tahu dia ni jenis yang pernah bergaduh jugak. Kalau tak, takkan la dia boleh tahan kena pukul macam tu. Hmmm. Tetapi, sedikit sebanyak perbincangan dua beranak itu tadi memberi kesan kepadanya. Dia terasa juga dengan kata-kata Fauzan walaupun Fauzan sekadar memberi ceramah kepada adiknya. Kata-kata itu seolah-olah ditujukan kepada dirinya….yang sepatutnya dikatakan oleh ibu bapanya. Renea meminta diri untuk masuk ke dalam bilik apabila dilihat kedua beradik itu leka berbual. Dia terasa hendak menangis. Bantal tidurnya dipeluk kuat. Nak buat macam mana, benda dah terjadi Nia. Kau kena pasrah.
“Nia.”
“Hm?” Sibuk je! Orang baru nak layan blues dia dah datang. “Jee dah tidur ke?”
“Aah. Lepas Nia naik je dia pun nak tidur….” Dalih Fauzan. Sebenarnya, dia yang terus memutuskan perbualan mereka beradik kerana ingin bersama Renea. Kelentong je la. Kang nampak sangat aku ni….hehe. “Nia tak ngantuk ke?”
“Tak…” Gadis itu mengetap bibirnya. Tak nak nangis! Tak nak nangis! “Pukul berapa ni….”
“5.00 pagi. Lambat lagi nak Subuh tu. Nia tidur je la dulu. Abang nak gi mandi ni….”
“Abang nak ke mana? Awal mandi?” Tanya Renea kehairanan.
Fauzan sekadar menjungkit bahunya. Dia terus mencapai tuala mandinya dan berlalu ke dalam bilik air. Renea membaringkan tubuhnya. Dia terfikirkan lelaki itu. Baik betul dia. Hmm, aku pun…tak patut menyembunyikan perasaan aku lagi. Tapi, macam mana aku nak gitau dia? Fauzan. Akhirnya, dia terlena.

“Kak!”
“Kak! Kak!! Bangun Kak.”
“Eh…ada apa ni…Jee? Emm…” Renea menggeliat beberapa kali. Tak tahu kenapa dia terasa sangat penat pagi ini. “Pukul berapa ni?”
“8 pagi.”
“Kenapa?”
“Saja kejutkan akak. Lagi pun, Jee dah sediakan breakfast dan lepas ni Jee nak balik rumah. Er….boleh akak temankan Jee balik?” pinta Fauziah sambil merenung lama ke dalam anak mata kakak iparnya.
“Boleh. Mana Fauzan?”
“Dia pagi-pagi lagi dah keluar. Tak cakap lak nak ke mana. Peliklah abang tu….cuti Ahad pun nak keluar rumah gak. Biarlah dia. Penat orang kena sound dengan dia semalam. Jom makan!” Tangan Renea ditarik.
“Jee pergi dulu la. Akak nak mandi kejap. Melekitlah rasanya….”
“Okay. Cepat sikit!” Fauziah terus keluar dari bilik Renea. Hm, minah ni sakit-sakit pun nak bersemangat jugak. Aku yang tak sakit ni la yang lemah rasanya.
Selesai saja mandi, Renea pergi ke meja makan. Fauziah tersenyum sambil menghabiskan kunyahannya. Dia menghulurkan segelas jus epal kepada Renea. Renea menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Fauziah. Kepalanya ligat memikirkan ke mana perginya si Fauzan. Pelik. Biasanya dia mesti cakap kat aku nak gi mana. Ish!!
“Kak! Tak makan ke?”
“Hmm, entah tak selera la…”
“Tak selera ke sebab abang tak de? Ala, kakak ni ada-ada je la. Nak suruh dia dok depan mata jugak!” perli Fauziah. Sebenarnya, dia juga tahu yang Renea dipaksa kahwin dengan abangnya. Ish, bersyukur ko dapat abang aku tu! One in a billion!
“Jangan nak mengada, Jee. Dah habis ke? Jom akak hantarkan.”
“Bunyi macam menghalau je!” Fauziah ketawa kecil. Renea mencebik. Kerek betul adik dia ni!

Ni dah pukul berapa ni! Dah nak dekat pukul 10.30 malam tapi dia tak balik-balik lagi! Risaunya aku! Laaa, nape nak risau lak? Kan lagi baik kalau dia tak de kan? Hmm, tapi aku takut dok sorang. Lagi pun, satu hari ni dia langsung tak balik. Call pun tak de. Mengadalah orang tua ni!
Renea menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Dahinya dipicit berulang-kali. Sejak pagi tadi, dia terasa badannya tidak sihat. Janganlah nak buat hal. Aku rasa aku tak de buat kerja-kerja yang berat. Bosannya! Baik aku pergi melukis. Reka design yang terbaru. Sebaik saja dia cuba bangun, keadaan sekeliling terasa seakan-akan berputar. Dia terduduk kembali. Aduh! Ni mesti nak demam ni! Baringlah kejap. Dan dia terlelap.
KRINGGG!! KRINGGG!!
Ya Allah! Sapa yang call ni? Ish. Beratnya badan aku nak bergerak. Dia menyentuh leher dan dahinya. Panas! Minta-minta biarlah Fauzan yang telefon. Dia paksakan dirinya untuk bangun untuk menjawab panggilan telefon itu.
“Helo….”
“Hai, honey.”
Renea tersentak. Tangan yang memegang gagang telefon itu terasa lembik. Bibirnya terketar-ketar. Dadanya berombak kencang. Kenapa dia telefon?!
“Diam je? Terkejut ke aku call? Hmm, susah betul nak cari rumah kau ye. Agaknya kat mana kau tinggal sekarang ni? Tapi tak pe. Geng aku cakap diorang ada ternampak kau keluar hari tu. Kereta….Kelisa merah ye? Hah! Kejap lagi kita akan berjumpa, Renea.”
“Ezi, tolonglah jangan ganggu hidup aku lagi!”
“Tidak! Aku suka tengok kau dalam ketakutan. Makin….ayu! Kan? Macam malam tu!” Dia ketawa lagi. Renea mengetap bibir.
“s i a l ! Kau akan terima balasannya! Jangan call aku lagi!” Gagang telefon dihempas kasar. Renea meraut wajahnya. Aku tak nak nangis! Aku tak nak jadi lembik! Aku mesti lawan dia balik, jahanam! Aduh! Pening kepala….
Renea mendial nombor telefon mak mentuanya. Dia sudah tiada sesiapa selain wanita itu. Semalam, dia cuba untuk menelefon Fauzan berkali-kali namun lelaki itu tidak mengangkatnya. Mana dia pergi?!
“Helo.”
“Mama…”
“Nia? Aik, kenapa dengan suara Nia ni? Lemah je bunyi….”
“Nia demam, mama. Boleh tak kalau Nia nak cakap dengan Jee kejap? Nak minta dia tolong temankan Nia ke klinik.”
“Jee….kejap!”
Tidak berapa lama kemudian, kedengaran suara gadis cilik itu di corong telefon.
“Jee, tolong datang ke rumah akak. Teman akak gi klinik…”
“Akak demam ke? Mana abang?”
“Tak tahulah Jee. Dia tak balik sejak semalam lagi. Jangan gitau mama ye.”
“Kesian akak! Abang ni pun satu. Hm, apa kata kalau Jee tinggal kat rumah akak sampai akak sembuh?”
“Macam mana dengan mama?”
“Ala, tak pe. Mama dah biasa tinggal sorang. Jee ada pun macam Jee tak de gak sebab Jee selalu berkurung dalam bilik. Sekali-sekala lepak dengan akak apa salahnya!”
“Tanya mama dululah. Kalau mama bagi, akak no problem.”
“Okay! Tunggu Jee!”
KLIK! Renea duduk di tepi meja telefon. Kenapalah demam masa dia tak de? Hm, aku memang jarang demam tapi kalau sekali kena memang teruk betul! Lebih kurang setengah jam kemudian, Fauziah terpacul di muka pintu rumahnya sambil membimbit sebuah beg kecil. Dia tersengih-sengih, cam biasa.
“Biar saya pandu kereta?”
Renea serba salah. Minah ni tak de lesen kang kalau jadi apa-apa mampus masuk lokap. Tapi, aku nak drive sekarang memang tak larat. Membahayakan nyawa je. Dan…Renea setuju dengan cadangan Fauziah. Melompat-lompat gadis berkaki panjang itu. Mereka berdua pergi ke klinik.
“Peliklah abang ni. Dia pun tak de call kitorang.”
“Geramlah akak dengan dia ni. Kalau nak gi mana-mana pun, cakap je la. Ini tak, pagi tu dia angkat bahu je bila akak tanya dia.” Rungut Renea lalu meneguk air putih.
“Akak risau ke?”
“Mestilah.”
“Akak sayangkan abang saya?” Tanya Fauziah sambil tersenyum. Renea terkedu.
“Em…sayang…”
“Macam tak yakin je?”
“Kenapa tanya akak macam tu?!” Renea mula tak sedap hati.
“Em….lepas akak sembuhlah Jee cakap kat akak. Kalau cakap sekarang kang menjejaskan kesihatan akak. Akak rehatlah. Jee gi masak.”
“Kejap.”
Fauziah berpaling.
“Esok macam mana Jee nak ke sekolah?”
Sebuah senyuman terukir di bibir gadis itu. Dengan gembira dia menggawangkan tangannya dengan gaya memutar stereng. Fahamlah Renea yang gadis itu sedang suka hati untuk memandu kereta. Hmm, Insya Allah okay kot. Jangan Fauzan tau dahlah. Mampus aku!

Sudah tiga hari Renea demam. Demamnya kebah sedikit pada hari keempat. Dia sudah boleh memasak dan mengemas rumah. Fauziah pula bercadang untuk terus tinggal di rumah kakak iparnya sehingga hari Ahad. Dalam masa dia tinggal bersama Renea, ada juga dia balik menjenguk mama kesayangannya itu.
“Kak, Jee nak ke tandas kejap. Kalau ada apa-apa, panggil Jee.”
“Tak pe Jee. Take your time. Akak dah boleh gerak ni.”
Fauziah tersenyum dan terus berlalu. Tiba-tiba, ketukan pintu yang bertalu-talu kedengaran. Tanpa berasa syak wasangka, Renea terus membuka pintu rumahnya dan kepala lututnya hampir tercabut tatkala menatap wajah lelaki yang tersengih di hadapannya. Masya Allah!! Dia sampai akhirnya!!
“Honey!” Ezi terus menolak tubuh Renea sehingga jatuh terlentang. Pintu kayu ditutup. “He. He. Tak nak congrate aku ke? Tak sangkakan aku berjaya gak cari kau. Dunia ni sungguh kecil. Pusing-pusing kat situ jugak. Dahlah. Aku malas nak berborak dengan kau. Aku nak settle dengan kau hari ni gak!!”
“Ezi!!” Renea bingkas bangun tetapi Ezi sempat merentap kasar lengannya. “Ah! Sakit!!”
“Nak buat kat mana? Hmm, sofa okay gak!” Dia terus mengheret Renea yang meronta-ronta meminta dilepaskan. Tubuh gadis itu ditolak ke atas sofa. Ezi terus menindih Renea yang sudah mula menangis.
“Jee!!! Jee!!!!”
“Kau jeritlah nama sapa pun. Takkan ada orang dengar punya. Jiran sebelah kau pun takkan nak masuk campurkan?” Blouse putih Renea direntap kasar lalu dadanya terdedah luas. Nafsu Ezi memuncak. Dia terus membenamkan wajahnya pada leher jinjang Renea. “Jee!! Tolong….! Jee!!”
“Kakak!!” jerit Fauziah. Dia panik seketika. Apabila dia ternampak gelas kaca di atas meja, terus saja dicapai benda tu. Dia benar-benar takut melihat scene di depannya kini! Sesuatu yang paling ditakuti oleh semua gadis! “Orang jahat!!!” Gelas kaca tadi dihentak pada kepala Ezi. Lelaki itu menyeringai kesakitan. Fauziah terus menendang perut lelaki itu. Muka kerek Ezi ditumbuk bertalu-talu. Serangannya yang bertubi-tubi langsung tidak memberi peluang kepada Ezi untuk bertindak balas. Apabila ada je peluang, lelaki itu terus menolak Fauziah dan membuka langkah seribu. Fauziah menghembus nafas lega. Segera dia mengunci pintu rumah dan terus mendapatkan Renea.
“Akak okay?”
“Jee…nasib baik Jee ada dengan akak!! Jee…thanks a lot!” Renea terus merangkul erat tubuh Fauziah. Dia ketakutan. Dia benar-benar terlupa kepada lelaki jahat itu sejak demam empat hari yang lalu.
“Kak. Kalau Jee cakap ni akak jangan marah.”
“Hmm.”
“Sebenarnya, Jee tau banyak tentang akak. Sebelum abang kahwin dengan akak lagi sebab masa Jee tau abang nak kahwin dengan akak, Jee terus selidik siapa akak. Camne akak and so on. Dan….erm….Jee pun tau yang Ezi tu pernah buat jahat pada akak. Jee tau semua ni dari….apa yang abang tulis.”
“Hah?”
“Kalau akak nak tau, diary abang tu kertas kosong je. Lepas dia luah perasaan dia atas kertas tu dia akan bakar kertas tu. Tapi, hari tu mungkin dia belum habis tulis lagi atau terlupa….dia tertinggal atas meja dalam bilik dia. Jee saja masuk sebab nak letak balik gitar abang. Bila Jee nampak aje ‘diary’ abang, Jee terus baca. First time. Tak tahulah kenapa tergerak hati Jee nak baca sebab biasanya Jee tak berani baca. So, dari situ Jee tahu siapa akak. Tapi, kalau Jee tak baca pun Jee maybe boleh agak….dari lenggok akak…Er…sorry to say all this. Jee tau akak terseksa sebab dahlah kena macam tu…dipaksa kahwin dengan abang lak. Tapi, akak bertuah sebab dapat abang Jee. Dia memang loyal kalau dia suka someone. Dia pun baik. Akak….cubalah cintakan dia…”
“Akak tahu dia baik…Cuma akak je yang tak baik. Akak tak tahu kenapa dia nak kahwin dengan akak gak. Akak ni…tak suci.” Kata Renea sambil memegang tangan adiknya.
“Dia kahwin dengan akak kerana dia cintakan akak.” Jawab Fauziah sambil tersenyum. Renea ketap bibir.
“Kalau akak nak tahu lebih pasal abang, tanyalah dia sendiri. Mesti dia happy nak bercerita dengan akak. Tanya dia pasal first love dia.”
“Hm?”
Fauziah kenyit matanya.
“Oh, ye. Jee nak gi mandi ni. Kalau ada orang ketuk pintu, jangan buka. Tengok dulu sapa!”
Renea tersengih. Terkena batang hidung kau!

DUM! Mata Renea terbuka luas. Dia tarik nafas. Siapa? Dia bangun dari tempat tidurnya. Dengan hanya memakai baby T dan berkain batik, dia turun ke tingkat bawah. Abang ke? Macam dengar bunyi dari dapur. Nak kejutkan Jee tak sampai hati. Hati Renea berbunga ceria apabila menatap belakang lelaki itu. Fauzan! It’s him! Tapi, kenapa dia baru balik hari ni? Seminggu dia hilang tanpa khabar! Renea sekadar berdiri sambil merenung tajam ke arah Fauzan yang masih tidak sedar akan kehadirannya.
“Ish!!” Fauzan meraut wajahnya apabila terpandang Renea yang sedang merenungnya. Dia benar-benar terkejut. Dahlah pukul 1 pagi!! Nauzubillah! “Nia.”
“Baru balik bang?”
“Aha. Nia tak tidur lagi ke? Sorry kejutkan Nia.” Fauzan cuba tersenyum. Dia meneguk jus oren.
“Abang kisah ke kalau Nia tidur ke tak?! Abang ni memang teruklah! Ke mana abang pergi selama seminggu ni? Dahlah tak call orang! At least cakap je la nak gi mana. Ni buat orang tertanya-tanya. Nia tak sukalah bang! Abang buat Nia ni macam apa je!” marah Renea. Sebenarnya, dia amat merindui lelaki itu. Dia sudah mula untuk menerima kehadiran Fauzan dalam hidupnya.
“Er…emm…”
“Abang tahu tak! Kalau Nia mati pun, agaknya abang takkan tahu. Abang kalau tak sukakan Nia cakaplah. Tak payah nak bagi hint macam ni ke apa. Kalau merajuk cakap ajelah! Sebab Nia tak reti pujuk-pujuk orang ni. Tak kuasa! Nia….” Renea menekup mukanya. Dia berasa sedih tiba-tiba. Tak tahu kenapa.
“Nia. Abang minta maaf kalau sakitkan hati Nia….” Tangan Nia dipegangnya. “Nia, kenapa Nia marah-marah ni?”
“Abang ni boleh tanya lagi kenapa! Bosanlah cakap dengan abang ni! Dahlah, Nia nak tidur!!” Tangannya ditarik kuat dan dia terus masuk ke dalam bilik tidurnya. Fauzan termangu-mangu. Lambat-lambat dia naik ke tingkat atas.
“Nia.” Fauzan duduk di atas katil. Renea menutup mukanya dengan bantal. Ler, cepatnya tidur minah ni? Memang kaki tidur betul la. Hmm. Marah benar dia dengan aku? Memang salah aku pun tapi ada sebab aku buat macam ni. Tiba-tiba, dia terpandang secebis kertas di atas bantal tidurnya. Hmmm.

SAYANG, I LOVE YOU VERY MUCH. PLEASE STAY WITH ME FOREVER!
I REALLY NEED YOU.

Uik! Biar betul? Mata aku tak rabun lagi! Aku tahu tak rabun lagi! Dia membaca kertas itu berulang-kali. Hatinya berbunga riang. Dia tersenyum lebar. Lantas dia memeluk Renea yang sedang berpura-pura tidur itu. Gadis itu menjerit kecil. Pipi Renea dicium bertalu-talu.
“Abang! Lemaslah!!” Renea menolak muka Fauzan. Lelaki itu ketawa kecil. Pelukannya semakin erat. “Apsal abang pandang Nia macam tu?”
“Thanks, Nia. I love you too.” Bibir isterinya dicium lama. Dan pada malam itu Renea merelakan segalanya.

“Abang! Hah! Baru hari ni balik!!” jerkah Fauziah dari belakang sambil memeluk abangnya.
“Jangan jerit kat telinga abanglah!” Pipi Fauziah dicubit.
“Mana kak Nia?”
“Em….tidur lagi. Dia kata pening.” Fauzan tidak dapat menyembunyikan senyumannya. Dia berasa sungguh gembira semalam.
“Hm lama betul demam dia. Nasib baik abang balik, at least terubat sikit.”
“Nia demam?”
“Haah! Abang punya pasal la. Tinggalkan kak Nia macam tu je. Teruk jugak demam kak Nia. Empat hari. Tapi, sekarang dah kebah kot.”
Laa! Dia tu bukannya nak cakap. Kalau ye aku takkan buat lagi! Em….
“Abang tahu tak, semalam Ezi datang nak cabul kak Nia. Nasib baik Jee ada. Kesian kak Nia tu….”
“Ezi?!” s i a l ! Laki tu memang tak serik lagi!! “Nia okay?”
“Okay! Jee sempat selamatkan dia. s i a l betul laki tu. Sampai ke rumah dia cari?!” Fauziah mengepalkan penumbuknya. “Hah! Abang tu pesal tak balik seminggu? Menyusahkan orang je.”
“Adalah…nanti Jee tanya kak Nia sendiri. Bila Nia bangun baru abang gitau dia kenapa.”
Tiba-tiba suasana menjadi senyap seketika. Berkerut-kerut dahi Fauziah cuma mengamati bunyi itu. Bagaikan suara yang memanggil-manggil. Fauzan meneruskan sarapannya.
“Abang! Akak panggil la. Boleh pulak tak dengar!” Bahu Fauzan ditepuk kuat. Hampir tersedak lelaki itu.
“Hish! Kau ni kalau tak pukul aku tak boleh? Ganas betul.” Fauzan mencebik.
“Cepatlah bawa breakfast untuk Kak Nia.”
Sambil merengus kasar, Fauzan mengangkat semangkuk bijirin dan segelas susu untuk diberi kepada Renea. Hmm, dah bangun akhirnya? Lama gak dia ni tidur. Janganlah demam dia datang balik dah le. Fauzan masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu biliknya rapat. Dia menghampiri Renea yang sedang merengkot diselubungi selimut. Sarapan tadi diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil. Dia duduk di sebelah isterinya sambil menarik selimut yang menutupi wajah isterinya perlahan-lahan. Wajah Renea kemerah-merahan.
“Nia demam ke?” Tanya Fauzan sambil mengusap rambut panjang gadis itu.
“Tak tahu. Kepala pening sangat….”gumam Renea antara dengar dan tidak.
Fauzan sekadar tersenyum. Dia mendekatkan wajah pada wajah Renea. Renea mengerutkan dahinya tanda tidak senang dengan kelakuan Fauzan. Aku sakitlah! Panas pulak tu! Kau menyendeng kat sini buat apa! Pipi gadis itu dikucup lama.
“Sorry. Kalau Nia cakap Nia sakit….em….tak payahlah abang mula lagi.” Pipi itu diusap lembut, penuh dengan kasih sayang.
“Hee, abang ni….” Renea menarik selimut untuk menutupi mukanya tetapi dihalang oleh Fauzan.
“Jom makan. Biar abang tolong suap.” Ajak Fauzan seraya mengambil mangkuk bijirin itu. Renea hanya menurut.
“Abang….” Renea merenung wajah Fauzan, lemah sekali. “Nia nak minta ampun dengan abang sebab berkasar dengan abang….tak layan abang sebelum ni….Ampunkan Nia…”
“Abang ampunkan. Hmm, abang faham perasan Nia dulu. Tapi, abang harap Nia dapat lupakan apa yang berlaku. Okay? Mula hidup baru dengan abang! Kalau ada masalah, gitau abang.” Balas Fauzan sambil tersenyum. Renea membalas senyumannya. “Em….”
“Ada apa?”
“Abang pun nak minta maaf sebab menghilangkan diri selama seminggu. Abang kesal sebab Ezi datang ganggu Nia. Mujur ada Jee. Abang….kesal…”Akui Fauzan.
“Biarlah….ke mana abang pergi?”
“Abang….em…tidur kat hotel. Sorang aje! Sebab….nak uji perasaan Nia pada abang je. Sebenarnya, abang cuba tanya kawan abang, camne nak pikat Nia. Dia suggest suruh tinggalkan Nia seminggu. So, abang buat….walaupun serba salah. Abang minta maaf sebab tak sangka Nia demam pulak. Ditambah si Ezi tu….”Jari jemari isterinya digenggam erat.
Gadis itu cuma menggelengkan kepalanya. Ada la pulak idea mamat ni nak buat camtu. Yang teruknya aku! Hmm, biarlah. Memang berkesan jugak. At least, aku rasa bersyukur dengan kehadiran dia dalam hidup aku. Renea memejam matanya. Rasa pening tak juga hilang-hilang. Semalam cam dah kebah sikit. Hmm…
Fauzan telan liur. Dia merenung wajah Renea yang ayu itu. Rasa bersalah menerpa ke dalam dirinya. Ish, kesiannya dia ni. Baik aku bawa gi klinik je. Fauzan segera bangun untuk menukar pakaiannya. Dia mengambil jaket hitamnya untuk disarungkan ke tubuh Renea.
“Jom ke klinik.” Ujar Fauzan seraya membangunkan isterinya.
“Tak payahlah. Ubat demam dulu tu ada lagi….” Sengaja dipeluk pinggang Fauzan, tanda memprotes. “Peninglah…tak boleh nak jalan pun. Ubat dulu tu ada dalam laci meja solek Nia….”
“Mengada-ngada.” Cebik Fauzan. Dia segera bangun dan menuju ke meja solek isterinya. Laci dibuka dan ubat demam serta antibiotic diambil. Ubat-ubat itu dihulurkan kepada Renea. “Makanlah. Kalau tak kebah gak, abang angkut Nia ke klinik.”
“Ala, pasal dia jugak orang demam balik ni.” Gerutu Renea sambil menjeling manja ke arah Fauzan.
“Eh, kalau Nia cakap…”
“Nah! Dah makan! Mm, Nia nak tidurlah bang. Penat.” Gadis itu menutup mukanya dengan selimut sambil ketawa kecil. Membebel je mamat ni!

Renea menyanyi-nyanyi kecil. Baru sebentar tadi dia bercakap dengan Fauziah. Gadis cilik itu memang cukup bersemangat apabila bercakap dengannya. Peramahnya terlebih. Kadang-kadang, Renea langsung tidak dapat mencelah. Memang keturunan kot….macam abang dia….membebel.
Pada petang itu, Renea mengenakan seluar jeans dan tshirt hitam lengan panjang dengan stripe putih di sepanjang lengan bajunya. Rambutnya diikat ke belakang, kemas. Sementara menunggu Fauzan, dia mengemas rumahnya. Apa-apa yang patut dibuang, dicampak ke dalam bakul sampah. Pinggan mangkuk yang kotor dicuci. Pakaian yang siap dibasuh disidai di belakang rumah. Phew! Berpeluh la pulak aku! Hmm, Fauzan ni lembab benar. Gadis itu melangkah ke ruang tamu lalu berbaring di atas sofa. Entah bila dia terlelap di situ.
“Nia….Nia!”
“Emmm….” Renea merengus, tidak senang kerana tidurnya diganggu. Ish, rasanya cam baru kejap je aku tidur?
“Bangunlah sayang! Sorry sangat abang terlambat….jalan sesak la. Hei, bangunlah.” Pipi gadis itu ditarik kuat.
“Ahah! Sakitt…..”
“Jom bangun. Nanti lambat lak nak tengok wayang.” Tubuh Renea ditarik dan dipeluk. “Camne boleh tertidur ni?”
“Abang tu lambat sangat… bosanlah!”
Fauzan ketawa. Mereka berdua segera masuk ke dalam kereta dan menuju ke Sunway Pyramid. Hati Fauzan berasa senang tatkala menatap wajah ceria Renea. Pertama kali!! Akhirnya aku berjaya menggembirakan hatinya, tackle dia. Bahu si gadis diraihnya. Renea tersenyum.
“Handsome kan Hugh Jackman tu?” puji Renea sambil merenung pelakon utama filem Van Helsing. Fauzan mencebik.
“Eh, abang lagi handsome tau! Apa la yang ada kat dia? Dah tua.” Bisik Fauzan sambil mencubit pipi isterinya.
“Perasan! Abang pun dah tua la.” Renea ketawa kecil. Dia menjelirkan lidahnya. Kepalanya disandarkan pada bahu lelaki itu. Bestnya kalau selalu macam ni. Minta jauhlah semua malapetaka. Semoga jodoh aku dengan Fauzan berkekalan. Jari jemari lelaki itu digenggam erat. Fauzan mengerling ke arahnya, hairan. “Nia cintakan abang.”
Fauzan tersenyum lebar. Selamba dia mencium bibir isterinya kejap.
“Abang lebih lagi….sangat mencintai Nia….”

Dua ulas bibir mungilnya mengepit batang rokok jenama Dunhill itu. Debu-debu nikotina dihisap dengan penuh nikmat. Selepas habis dihisap, dibuang batang rokok itu ke lantai dan dipijak dengan kasutnya. Jam tangan Nikenya dikerling lama. Mana mangkuk ni! Buang masa aku betul!
Tidak berapa lama kemudian, kelihatan dua orang pemuda termengah-mengah berlari ke arahnya. Si gadis itu tersengih sambil menumbukkan penumbuknya yang tidak sebesar mana tetapi berbisa. Sapa yang pernah rasa tu tahulah.
“Sorry ah aku lambat. Maklumat yang kau nak tu ada….” Ujar lelaki berjaket putih itu, Zainal. Pemuda di sebelahnya tersengih-sengih.
“Korang tahu tak, sepatutnya korang yang tunggu aku. Ada ke patut pompuan yang kena tunggu laki? Cepat ah bagi benda tu.” Kata gadis itu.
“Hmm, kau nak buat Jee? Baik kau berhati-hati. Dah ramai perempuan yang kena tipu dengan dia ni. Aku tak nak kau kena.” Tiba-tiba, Ariff mencelah. Dia merenung wajah ayu Fauziah lama.
“Aku tahulah apa nak buat. Dia ni dah lama mengganggu hidup kakak ipar aku. Aku kesian kat dia. Sekarang, dia dah terima abang aku. So, aku tak nak hidupnya terganggu dek laki jahanam ni. Korang jangan risau, aku dah ada plan sendiri.” Jelas Fauziah sambil tersenyum manis. “Aku harap korang tak bocor rahsia ni. Jom, aku belanja korang minum.”
“Ni yang best ni. Aku sanggup buat kerja camni asalkan kau belanja kitorang.” Kata Zainal ceria. Ariff hanya membisu.
Mereka berdua pergi ke Gazebo. Fauziah memang agak loaded kerana setiap bulan abangnya akan memberi RM500 kepadanya. Dia membelikan dua mangkuk mi bandung dan jus oren kepada rakan-rakannya. Memang Fauziah lebih rapat dengan lelaki berbanding perempuan. Mungkin kerana sikapnya yang agak kasar, dia lebih selesa berdampingan dengan lelaki kerana baginya lelaki lebih open minded jika hendak dibandingkan dengan perempuan yang agak sensitive. Salah cakap, bergaduh. Membebel dan merajuk. Bosan!
“Jee, biarlah kitorang tolong kau. Aku tak suka kau bertindak sorang macam ni.” Ujar Ariff dengan serius. Fauziah tersenyum.
“Thanks. Tapi aku tak nak libatkan korang dalam hal ni. Biarlah aku selesaikan sendiri. Hal famili aku.”
“Jee! Kalau terjadi apa-apa kat kau macam mana? Dia tu jahat gila. Kejam! Biar aku teman kau pergi. Jee!” pujuk Ariff. Tidak semena-mena dia menggenggam tangan Fauziah.
“Wei, apa ni?” Fauziah segera menepis. Zainal diam. Arif terkedu. Lantas dia meminta maaf di atas keterlanjurannya. “Sudahlah. Kalau ramai yang terlibat leceh juga. Cuma, aku minta tolong korang agar rahsiakan hal ni. Jangan gitau sesiapa. Okay?”
“Aku okay je.” Zainal menjeling ke arah Ariff. Dia tahu kenapa Ariff begitu bimbangkan Fauziah. Ariff mencintai Fauziah, walaupun tidak pernah diluahkan. Hmm, kesian kau Ariff. Dah le Jee ni tak percayakan lelaki. Kesian.
“Kau, Arep?” Mata Fauziah bersinar galak.
“Aku nak gi tandas kejap….” Ariff segera bangun tanpa memandang wajah Fauziah. Aku takkan rahsiakan hal ni!! Terlalu bahaya!

“Nia nak tidur! Tak nak tengok cite ni….” Bisik Renea sambil memejamkan matanya.
“Ala pengecut. Abang kan ada. Dah lama abang tak tengok horror movie. Temanlah abang!” Fauzan ketawa kecil.
Pada ketika itu mereka sedang menonton movie The Phone. Walaupun bagi Fauzan ianya tidak menakutkan, tetapi tidak bagi Renea yang sememangnya benci horror movie. Dia merapati Fauzan sambil menyelubungi tubuhnya dengan selimut. Kadang-kadang dia menjerit. Agaknya apalah yang jiran diorang fikir. Dah le tutup lampu.
Tuttt!! Tuttt!!!
“Aaaahhhhhhhh!” Renea menjerit dengan sungguh kuat pada kali ini. Dia menutup mukanya dengan selimut. Fauzan pun sedikit terperanjat.
“Nia….hei sayang….handphone abang la…dah la tu….” Pujuk Fauzan seraya merangkul leher isterinya erat. Dia menjawab panggil telefonnya. Renea memejamkan mata sambil memeluk erat Fauzan.
“Abang Fauzan?”
“Hmm, siapa ni.”
“Saya Ariff, kawan Fauziah. Maafkan saya kalau mengganggu.” Balas Ariff sambil memandang ke arah jam dindingnya. Tepat 10.30 malam. “Sebenarnya, saya nak gitau abang ni….Jee tu.”
“Kenapa dengan dia?” soal Fauzan, tidak sabar. Renea di sebelah mendongakkan kepala, merenung muka suaminya.
“Saya tak tahu plan sebenarnya dia. Tapi, dia nak jumpa Ezi. Saya tak berani nak kata. Cuma gaya dia tu macam nak membunuh orang je. Abang tolonglah tengok dia. Ni saya bagi alamat Ezi sekarang.”
“Okay.” Fauzan mengetap bibirnya. Ish, pompuan ni!! Memang menyusahkan aku betul laa! Dia ingat dia tu sapa?

Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Harap-harap mangkuk-mangkuk yang tidak berkenaan tak de kat sini. Dia merenung ke arah rumah teres satu tingkat di depannya. Keadaan laman rumah itu memang tidak terurus. Kereta Fiat Punto biru metalik ini sengaja dipinjam daripada Ariff. Lelaki itu tidak bercakap banyak, terus bagi. Hm, mungkin dia marah dengan aku kot? Buat kerja tak betul. Tapi, kenapa aku nak buat? Untuk apa? Untuk abang ke? Kak Nia? Atau sebagai alasan untuk melepaskan dendam kesumat di hati? Fauziah termenung lama. Tiba-tiba, peristiwa setahun lalu yang ingin dilupainya menerjah ke benak fikirannya tanpa rela…

“Awalnya?”
“Mak aku suruh aku jaga adik.” Lelaki itu tersenyum.
“Em? Bibik tak de ke?” Fauziah kehairanan.
“Er….dah lari.”
“Ala, Muz…. Kejap lagi la?” rengek Fauziah.
“Jee, sorry la. Bukan aku tak nak tapi dah lambat ni. Okay? Please sayang? Esok kita boleh keluar lagi…hm?” Muzzaffar mengusap lembut rambut Fauziah.
“Okaylah. Janji esok keluar!”
Muzzaffar mengangguk.
“Jee, boleh tak kalau kau balik sendiri? Sebab aku takut tak sempat. Lagi pun, rumah kita tak sehaluan.”
“Tak pe! Lagi pun, Jee nak jalan-jalan lagi. Okay, bye! Esok janji tau!” Fauziah melemparkan senyuman manis untuk kekasih yang tersayang. Dia bergegas entah ke mana. Muzzaffar sekadar merenung jauh sehingga kelibat Fauziah hilang.
Selepas setengah jam berpusing di Mid Valley sendirian, Fauziah mengambil keputusan untuk pulang. Dia menaiki bas dan turun di LRT Bangsar dan terus ke KL Central untuk menaiki komuter train pulang ke Subang Jaya. Sebelum itu, dia berkira-kira untuk ke rumah best friendnya, Aliyah.
Sampai saja di depan rumah kawannya, dia cuba untuk memanggil Aliyah namun tiada sahutan. Loceng pula rosak. Dilihat pintu terbuka, selamba saja Fauziah masuk. Hm, tak de orang ke? Mana semua orang? Patutlah Pajero tak de. Saja nak buat kejutan, Fauziah naik ke tingkat atas, memandangkan hari ini adalah birthday Aliyah.
“Aliyah! Happy….” Pintu bilik dikuak dan….Fauziah benar-benar tergamam. Terasa kaku seluruh tubuhnya.
Aliyah dan Muzzaffar yang sedang bercengkerama tanpa seurat benang terkejut. Gadis itu menolak tubuh Muzzaffar dan menarik selimut menutupi tubuhnya yang terdedah. Muzzaffar telan liur, langsung tidak berani menentang mata Fauziah. Fauziah tidak berkata apa-apa. Hadiah di tangannya terlepas begitu saja, dan bunyi deraian kaca memenuhi ruang bilik Aliyah. Masing-masing terkedu.
“Muz….Liya….” Bibirnya diketap kuat. Mata Fauziah tidak berkedip merenung kedua-dua wajah.
“Jee…. Jee….” Panggil Aliyah, ragu-ragu.
“Heh..heh…” Gadis lampai itu mengukir sebuah senyuman. Matanya langsung tidak berkedip. “Sejak bila … korang mengkhianati aku?”
“Jee…maafkan aku!” ucap Muzzaffar.
“Aku minta maaf!” sampuk Aliyah sambil memejamkan matanya.
“Kenapa nak minta maaf dengan aku? Baik korang minta ampun dengan Allah. Dahlah jalang, busuk hati pula tu. Dua-dua pun sama. Setan….” Mendatar saja suara Fauziah. Senyuman masih terpapar di wajahnya. Entah apa maknanya. “Muz….”
“Ha?” Muzzaffar telan liur.
“Kalau kau dah tak sukakan aku, tak payahlah buat macam ni. Dahlah kau buat dengan bestfriend aku. Jijik betul. Tak boleh ke kalau kau cari pelacur lain je? Kenapa kau tak clash je dengan aku? Tak payah nak sakitkan aku sampai macam ni sekali. Kenapa…Muz?” Fauziah merenung tajam ke arah lelaki itu.
“Aku takut kau tertekan. Sebab tu…aku….aku rahsiakan hal ni….” Tergagap-gagap lelaki itu menyusun kata.
“Heh! Alasan! Atau kau frust sebab tak dapat tubuh aku? Dapat tubuh bestfriend aku pun jadilah kan? Huh! Dasar jantan gampang! Anyway….” Fauziah ketawa kecil. “Liya, thanks a lot. Kau dah buka mata aku supaya tinggalkan jantan tak berguna ni. Orang macam ni tak layak untuk hidup. Liya… Liya…Kalau kau dah desperate tak de lelaki nakkan kau, tak payahlah goda balak aku. Tak rasa hina ke?”
“Jee! Kau…jangan hina aku!” Suara Aliyah meninggi. Wajahnya kemerah-merahan.
“Betul la apa yang aku cakap kan? Hmmm….” Fauziah melangkah ke arah Muzzaffar yang tidak disaluti pakaian itu. Dia merenung setiap inci tubuh lelaki itu. “Boleh tahan juga kau ni….”
Muzzaffar diam. Tanpa amaran, Fauziah terus menumbuk muka lelaki itu. Belum sempat Muzzaffar menahan, kaki Fauziah hinggap pada dadanya. Terbatuk-batuk lelaki itu menahan kesakitan. Tak puas dengan itu, dia menendang anu Muzzaffar sehingga melolong.
“Jee, dahlah tu!!” jerit Aliyah. Mata Fauziah mencerun geram. Dia menarik rambut Aliyah. Gadis itu menjerit.
“Aku rasa….kau paling hina, dahsyat dan jijik berbanding Muz. Kau….sanggup khianati aku…” Pipi gebu itu ditampar kuat. Aliyah terkedu. “Muz, baik kau hati-hati dengan betina ni. Dia berani khianati aku….for sure dia akan khianati kau. Okay, berbahagialah korang!”
Aliyah dan Muzzaffar kaku. Masing-masing menahan kesakitan di dada. Malu, hina, dan perasaan bersalah berbaur menjadi satu. Fauziah terus keluar dari rumah jahanam itu. Tatkala itu, dia terasa jiwanya kosong. Dia tak mungkin akan menangis untuk seorang insan bernama lelaki. s i a l !! Pada petang itu juga, dia meluahkan segalanya kepada Ariff, tanpa perasaan dan tangisan.

Fauziah tersentak dari lamunan yang panjang. Cis, bangang je. Agaknya dah mampus kot dua ekor jalang tu. Hmm, dia mengerling ke arah rumah teres tadi. Kelihatan sebuah kereta Wira Aeroback berhenti di depan rumah itu, seorang lelaki keluar dari kereta itu. Hah! Jumpa kau, Ezi!! Bibir gadis itu mengukir sebuah senyuman penuh makna.
Sementara itu pula, Fauzan dan Ariff sedang mencari alamat Ezi itu. Ceh, dah silap masuk lorong. Kena patah balik tadi! Bengang je!
“Risaulah Jee tu. Gila ke apa sampai sanggup gi cari laki tu.” Ujar Ariff sambil menguakkan rambutnya ke belakang. Fauzan tersenyum.
“Kau suka adik aku ke?”
“Hah?! Er… tak de la. Kitorang memang bestfriend.” Ariff telan liur. Malu.
“Jangan nak tipulah! Aku tau kau memang suka dia.” Fauzan ketawa kecil. Ariff ikut ketawa.
“Hmm, tapi saya tahu saya tak mungkin dapat tackle dia. Dia dah tawar hati sangat kat lelaki. Itu saya boleh nampak dari mata dia…kelakuan dia.” Ariff menyandarkan kepalanya. “Entah bila akan terbuka pintu hati dia…..”
“Takkan belum mula dah ngaku kalah kot?” kata Fauzan sambil menjeling ke arah Ariff. “Kalau kau ikhlas sukakan Jee, kau tunjukkan keikhlasan kau melalui persahabatan dulu. Hmm, aku tahu pasal ex dia dulu. Memang sakit hati jugak. Tapi, hati perempuan ni senang cair….susah nak diduga juga. Asalkan kau tak tersilap langkah dah la. Jangan terburu-buru. Belajar dulu. Mantapkan career…lepas tu terus masuk meminang. Tak payah tackle.”
“Emm….bagus juga plan tu. Macam mana kalau dia tolak pinangan saya?”
“Aku rasa, masa tu dia dah tak kisah sangat kot. Hey, belajar dulu! Tak payah mimpi lagi. Kalau kau tak de kerja tetap, aku sendiri tak bagi kau kahwin dengan adik aku.”
“Er….iyelah!” Ariff menggaru lehernya. Kelakar betul! Sporting gila abang dia.
Di tempat lain pula….
GEDEGUNGGG!!! Ezi jatuh terjelepok. Habis buku-buku dari rak jatuh menimpa tubuhnya. Serentak dengan itu, Fauziah terus menarik rak buku itu menghempap tubuh Ezi. Ezi menyeringai kesakitan. Ish! Gila apa pompuan ni?! Masuk-masuk je rumah aku terus belasah aku! Signal pun tak bagi!
“Cepat bangunlah! Aku nak belasah ko sampai mampus! Jantan s i a l !!” Muka Ezi ditendang kuat. Belakang lelaki itu dipijak-pijak tanpa belas kasihan. “Geram aku tahu tak!! Orang cam kau ni baik mati cepat!!”
Ezi mengumpul seluruh kekuatannya untuk bangun. Serangan gadis ayu itu ditepis dengan sepenuh tenaga. Fauziah tersenyum sinis. Bangun pun kau. Ezi cuba untuk berdiri dengan berpaut pada kerusi besinya.
“Aku tak kenal kau sapa tapi biar kau kenal sapa aku sebenarnya!!!!” Kerusi besi yang dipegangnya terus dihayunkan ke muka Fauziah namun gadis itu menahan dengan kedua-dua belah tangannya.
“Wow, sakit! Ha! Ha! Ha!” Fauziah menarik kerusi besi dari tangan Ezi. “Biar aku hempap kat kau pulakk!!!” Kepala Ezi dihentak dengan kerusi besi tadi lalu lelaki itu jatuh tertiarap.
“s i a l ….” Gumam Ezi.
“Ha! Ha! Ha! Bunuh kau! Bunuh kau!!” Fauziah duduk di atas dada Ezi dan menumbuk muka lelaki itu berkali-kali. Serentak dengan itu, bayangan wajah Muz dan Aliyah menerjah ke pandangan retinanya. Makinlah berang. Dia teringat kata-kata Aliyah kepadanya…
“Aku tak kisah kau nak fikir aku apa! Yang aku tahu aku gembira sebab dapat rampas Muz dari kau. Kau tak guna. Sebab tu Muz cari aku. Huh! Sebab dia tahu aku lebih cun dari kau! Dan….sudah pasti kau pengecut sebab tak sanggup tidur dengan dia. Atau kau ni jenis yang kaku? Tunggul kayu?!”
Fauziah mengetap bibirnya. Kali ini dia menumbuk muka Ezi dengan lebih kuat lagi.
“Aku benci kau!!! Benci kau!!! Muz s i a l !! Liya, kau gampang!!! Ahhh!!!”
“Ya Allah!! Jee….” Tubuh ramping adiknya segera ditarik kuat. Namun, gadis itu masih meronta-ronta. Tubuh Ezi ditendangnya pula. Kuatnya tenaga dia! Fauzan ketap bibir. “Jee!!”
Fauziah ditolaknya ke dinding. Mata gadis itu penuh dengan kebencian. Mukanya berkerut-kerut, merah. Bibirnya berdarah sedikit, mungkin kerana diketap terlalu kuat. Fauzan menekan kedua-dua bahu adiknya namun tiada reaksi. Matanya masih terarah ke arah Ezi. Dadanya turun naik menahan amarah, mungkin?
Sementara Ariff pula, terkedu melihat Ezi yang cedera teruk di muka akibat ditumbuk oleh Fauziah. Gadis ini…. Nampaknya dia benar-benar melampiaskan segala dendamnya kepada lelaki s i a l ni! Ezi kaku tidak bergerak. Ariff memeriksa nadi Ezi. Masih hidup! Syukur. Dia segera menelefon polis.
“s i a l ! Biar mampus kau!!” jerit Fauziah. Bibirnya mengukir sebuah senyuman yang sukar ditafsirkan. “Ha! Ha! Jantan s i a l ! Perosak!! Mati ahh!”
“Jee!! Jee!! Relek laa. Jangan nak jadi gila!!” tengking Fauzan.
Tidak membalas, Fauziah sekadar merenung tajam ke arah abangnya. Kali ini, matanya kelihatan kosong….sesepi jiwanya kini.
“Abang faham ke apa yang Jee rasa? Lelaki semuanya sama!!” ucap Fauziah sambil menundukkan kepalanya. “Aku benci Muz……”
“Jee…. Lupakan hal tu! Mampuslah dia nak jadi apa. Jee cubalah lupakan hal tu….” Pujuk Fauzan seraya memeluk adiknya dengan erat. Fauziah tidak memberi respon. “Jom balik. Kak Nia risaukan Jee….”
“Abang, saya dah call polis. Kejap lagi sampai kot.” Beritahu Ariff. Dia memandang ke arah Fauziah tetapi gadis itu tidak mengendahkannya. Jee….

Dia terasa pinggangnya dipeluk dari belakang. Dia menoleh lalu bibirnya dikucup kuat oleh seseorang. Muz!! Dia menolak lelaki itu tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya. Tubuhnya ditekan kuat pada dinding. Sehinggalah dia menampar wajah Muzzaffar.
“Eh, apa hal ni? Kau tak suka ke?” Muzzaffar tersenyum sinis.
“Memang aku tak suka! Aku bukan that type of girl…okay!” marah Fauziah sambil mengesat bibirnya. Yucks!!
“Come on la. Normal la macam ni. Kalau kau sayangkan aku….em…bagilah.” pujuk Muzzaffar lagi sambil mengusap pipinya.
Mata Fauziah bulat. Ah! Dia ni sedang menggoda aku. Konon romantic la? Tangan lelaki itu ditarik ke bawah. Dia menggelengkan kepalanya.
“Belum tiba masanya lagi, Muz. Lepas kita kahwin, bolehlah.”
“Ala! Masa tu belum tentu sampai….” Rungut Muzzaffar. Fauziah diam.

“Ah!” Matanya terbuka luas. Dia merenung siling biliknya lama. Dadanya berombak kencang. Kenangan ni….kenapa tak nak hilang lagi? Kenapa tak lenyap je dari otak aku? Fauziah menekup wajahnya lama.
“Jee….ah, dah bangun pun. Mama ingat baru nak kejut.”
“Mama.” Fauziah menoleh sambil tersenyum tawar. Pn. Kamariah dapat menangkap emosi yang sedang bergolak di jiwa anak gadisnya. Dia mendekati Fauziah lalu memegang tangan mulus itu.
“Jee, kuatkan semangat. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ni jika kita berusaha.”
Fauziah diam.
“Lupakanlah kenangan pahit itu. Buang ia jauh-jauh. Face it! Terimalah kenyataan. Jee sendiri yang boleh mengubahnya. Lupakan segalanya. Tak untung kalau terus diingat. Jee sendiri yang merana. Lelaki macam tu bersepah tepi jalan, Jee. Tak layak dengan Jee.” Pn. Kamariah tersenyum.
“Ma…” Fauziah bangun dan terus memeluk tubuh wanita cantik itu. “Terima kasih…. mama….memahami diri Jee….”
“Dan….hargailah apa yang Jee ada sekarang. Okay? Belajar sungguh-sungguh!” Wajah anak kesayangannya diusap lembut.
“Okay puan!! He.He.” Fauziah ketawa sambil menabik mamanya. Ya! Aku je yang boleh mengubahnya. Hanya aku yang dapat memberi yang terbaik buat diriku sendiri. Hanya aku yang dapat memilih jalan yang terbaik. Hanya aku…..

“Alhamdulillah….” Ucap Fauzan. “Semua geng dia pun kantoi.”
“Bagusnya dia dah kena tangkap polis!” Renea tersenyum. “At least, Nia rasa lega sikit. Hmm, Jee okay?”
“Ah! Sihat walafiat budak tu!” balas Fauzan sambil menukar siaran. Mereka berdua sedang menonton TV, entah apa yang ditontonnya.
“Hai!!!!!”
Fauziah masuk ke dalam rumah abangnya sambil tersenyum lebar. Dia kelihatan bersemangat sekali. Tubuhnya disaluti dengan jeans biru dan t shirt hitam. Rambutnya yang panjang mengurai dibuat pony tail. Selamba saja dia duduk di sebelah Renea sambil tersengih-sengih.
“Happy nampak?” tegur Renea.
“Mestilah!! Jee dah dapat semangat baru.”
“Jee ni sibuklah! Dah tak de tempat lain ke nak lepak? Habislah peluang abang kang….” Sampuk Fauzan sambil melirik ke arah Renea penuh makna. Renea tersenyum selamba.
“Ala, buat ajelah. Jee tak ganggu pun. Jee tengok je. He, he, he.”
“Hoi, tak sayang mulut!!” Pipi adiknya dicubit kuat oleh Fauzan. Gadis itu menjerit kecil. “Lain kali jangan cakap kosong!”
“Eleh….” Fauziah menjelirkan lidahnya. “Sebenarnya, Jee datang nak ajak kak Nia gi shopping. Boleh tak? Tak de geng la.”
“Tak boleh! Abang tak izinkan Nia keluar. Hari ni hari Ahad, so Nia abang punya!”
“Er….” Renea menjeling ke arah Fauziah sambil mengangkat bahu.
“Mentang-mentanglah…..okay!! Fine!” Fauziah segera bangun.
“Jee ajaklah Ariff. Mesti dia okay.” Cadang Fauzan, udang di sebalik mi.
“Hmm, betul gak! Lupa lak kat dia. Okay! Thanks! Jee pergi dulu. Bye kak!” Fauziah terus menghilang dari pandangan mereka. Fauzan tersenyum lebar.
“Okay….Nia….” Fauzan membaringkan tubuh isterinya di atas sofa dan terus memeluk gadis itu erat sambil memciumnya. Renea tersenyum senang hati. Tidak berapa lama kemudian….
“Masya Allah….Jan!!” Pn. Kamariah menutup mulutnya. Sensored betul anak-anak aku ni! Hee!! Dah tak de tempat lain ke nak buat?!!
“Mama….!!” Fauzan dan Renea tergesa-gesa mengenakan pakaian masing-masing. Malu bukan kepalang. Yang frustnya Fauzan la! Tak sempat nak lepas!!

“Dah sejam dok pusing aje? Kau tak nak beli apa-apa ke?”
Fauziah termenung.
“Heh, Jee. Aku tanya kau ni.” Bahu gadis itu ditepuk lembut.
“Ha? Ops, sorry. Mengelamun pulak aku. Apa kau tanya, Arep?” soal Fauziah balik sambil tersenyum. Nak cover la tu.
“Kau tak nak beli apa-apa ke?” ulang Ariff.
“Hmm….” Pandangan mata Fauziah kembali redup. Ariff telan liur. Agaknya apa yang bermain di fikiran dia sekarang ni?
“Apa kata kalau kita main boling je? Lepas tu tengok movie.” Cadang Ariff.
Diam.
“Aku belanja.” Tambah Ariff apabila melihat Fauziah membisu seribu bahasa.
“Okay!!! Jom!!!” ujar Fauziah sambil tersenyum lebar. Mak aihh! Terus happy?
Ariff mengetap bibirnya. Eiii!! Pompuan ni memang sengaja buat aku camni!! Huarghhhhh!! Gatal lagi mulut kau tu Ariff!! Fauziah tersengih nakal. He.He. Arep ni suka sangat terlepas cakap….semata-mata nak ambil hati aku. Lantaklah! Untungnya aku… kan Arep kan?? Diamm!! Kau memang sengaja nak buli akulah Jee!! Heee!!!
“Cepatlah! Slow la kau ni. Tortoise!” ejek Fauziah. “Turn kau.”
“Oh!” Ariff segera bangun dari tempat duduknya. Dia mengangkat bola boling seberat 12 kg. Dia memberi sepenuh perhatian kepada 10 pin di depannya. Ish. Aku memang tak boleh nak concentrate sekarang. Baling je!!
“Wow! Spare la! He.He. Tapi, masih tak boleh lawan Jee!” Gadis itu menjelirkan lidahnya sambil membuat tanda ‘PEACE’.
Ariff duduk bersandar di kerusi sambil mengeluh. Minah ni betul la. Sukanya tengok aku tension camni. Hmm, biarlah. At least, dia tengah happy sekarang ni.
“Jee.”
“Ya?” Bulat mata gadis itu memandang Ariff.
“Kalau ada lelaki suka kau sekarang, kau layan tak?” soal Ariff.
“Tak!” balas Fauziah.
“Serius ke? Kalau lelaki tu handsome, bijak, kaya….ada semua….”
“Tidak! Aku takkan layan jugak.” Tegas Fauziah. Dia tersenyum tiba-tiba. “Kau maksudkan diri kau ke? Emm, handsome ke kau ni? Bijak ke? Kaya ke?”
Ariff telan liur. Apsal aku rasa macam dia ni menghina aku je? Dahinya berkerut. Fauziah tersedar keterlanjurannya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Alamak! Mulut aku ni camne boleh terlepas kata lak. Dia memandang wajah Ariff. Hmm, boleh tahan la. Ariff ni tak handsome tapi dia macho. Body dia bolehlah nak kata tough tapi tak boleh lawan abang lagi. Tinggi….pandai….baik. Money pocket pun penuh. He.He. Apalah aku ni.
“Arep…er…sorrylah! Aku tak sengaja…bukan maksud aku. Sorry!!”
“Aku faham.” Ariff memandang ke arah lain.
Laa! Dah merajuk ke? Haa, tahan ajelah. Apsal sentimental sangat mangkuk ni hari ni? Tak pasal-pasal timbulkan soal ni? Bukan dia tak tahu aku dah menyampah dengan lelaki. Eh, tapi aku tak menyampah dengan member-member aku la…
“Arep! Kalau ada jodoh tu adalah. Kalau tak de, lupakan. Dahlah. Jangan layan sangat jiwang kau tu. Bosanlah. Jom layan movie lagi elok. Apa-apa hal pun, kau tetap yang the best bagi aku. Kawan yang boleh diharap untuk selamanya. Jom, blah!” Lengan baju lelaki itu ditariknya. Ariff tersenyum.
Jee….aku ni kawan kau untuk selama-lamanya aje ke? Hmm….Ariff merenung wajah gadis kesayangannya. Ceria dan bersih. Biarlah. Baik aku tutup bab ni dulu. Biar keadaan macam ni dulu. Macam abang Fauzan kata, Fauziah sekarang tak mungkin sama dengan Fauziah 10 tahun yang akan datang. Yep!! Aku mesti mantapkan diri aku dulu!
“Mangkuk, cepatlah!! Tortoise!” panggil Fauziah.
“Yelah! Jangan jerit….!” Bengang je muka Ariff. Gadis itu ketawa kecil. Ariff sekadar tersenyum. Yep!!

s i a l !! Entah sapa-sapa entah betina tu. Datang-datang je terus belasah aku cam nak mampus. Nasib je aku tak mampus! Maunya jadi hantu aku, cekik kau balik! Siapa pompuan tu? Muka dia familiar gila. Hee!! Kurang ajar betul. Tulang rusuk aku empat patah. Kaki kiri aku kena simen. Siot je! Dah belasah tu, leh pulak campak aku kat penjara. Nanti kau! Aku cari kau, betina!!
Ezi mendengus geram. Dia kini dihukum penjara selama 45 tahun di atas tuduhan merogol dan sindiket pelacuran. Walaupun hukuman itu tidak berapa setimpal dengan kesalahannya, namun hukuman dunia hanyalah di dunia. Balasan di akhirat sudah pasti berganda dahsyatnya. Hm, entah sehingga bila jenayah mental ini akan berakhir. Nampaknya, kian hari kian menjadi.
“Mampus kau pompuan!!! Aku bunuh kau nanti!!” jerit Ezi seraya menumbuk dinding penjara. Dia meraung sekuat hatinya……

Fauzan tercengang. Wow, sedapnya bau! Sehingga menusuk ke kalbu. Em. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Tubuhnya dihempas pada sofa di ruang tamu. Begnya diletak di sebelahnya. Dia melonggarkan tali lehernya dan membuka beberapa butang baju kemejanya. Penat!! Panas pulak tu! Nia ni mana? Apsal masak hidangan lain dari yang lain. Ada favourite food aku ….favourite food dia pun ada! Dah terlebih rajin la pulak minah ni. Tiba-tiba, dia tersengih sendirian apabila teringatkan insiden hari tu.
“Korang ni dah tak de tempat lain lagi ke nak buat? Dibuatnya orang lain yang masuk macam mana? Ish! Bebudak sekarang memang! Tak kira tempat mana, buat je!” bebel Pn. Kamariah.
“Sorrylah mama! Er….Jan….” Hah, kau!! Apa alasan? Desprate sangat la , mama…
Renea tersenyum selamba. He.He. Nasib baik dia sempat selak kain aku je. Kalau dah melekat lagi susah! Lagi malu. He.He.
“Abang!”
“Eh?” Bayangan mamanya hilang dari fikirannya. Dia menoleh ke arah isterinya yang memakai short putih dan kemeja lengan panjang berwarna merah kepunyaannya. Cun gila!!!! Warghh! She’s so hot!! Rambut panjang gadis itu disanggul ke atas dan beberapa helai rambut dibiarkan jatuh.
“Jom makan. Jangan pandang Nia camtu….” Ajak Renea, malu-malu. Tangan suaminya ditarik.
Gulp!! Is she trying to seduce me?!! Lelaki itu hanya mengekori Renea ke meja makan. Wargh!
“Makanlah. Kenapa abang blur semacam je?” tegur Renea. Dia meneguk jus oren perlahan-lahan. Matanya tidak lepas dari memandang wajah suaminya. Aik, cam tak pernah tengok aku pulak?
“Er…ye..ye! Makan!” Ceh, cool la sikit. Gelabah semacam ah kau. Ye ah! Dah bini aku pakai camni. Seksi nak mampus! Perut aku dah rasa kenyang dah. Rasa cam nak melepas sekarang aje ni….
Selesai makan, Fauzan menawarkan diri untuk mencuci pinggan. Seboleh-bolehnya dia tak mahu fikir pasal katil sekarang. Ish! Aku ni tak habis-habis nak….. waaa. Bosannya. Dia terus mencuci pinggan sehingga habis. Tiba-tiba, pinggangnya dipeluk erat dari belakang.
“Nia?”
“Abang….terima kasih…”ucap Renea.
“Er…apa hal?” Blur siot Fauzan. Yelah, tetiba je terima kasih kat aku.
Renea memegang tangan suaminya sambil tersenyum manis. Mata Fauzan direnung lama. Lelaki itu jadi tidak keruan. Tali leher Fauzan ditarik….tarik….dan…ditarik sehingga wajah Fauzan menghampiri wajahnya lalu bibir lelaki itu dicium lama. Tersekat nafas lelaki itu buat seketika. Mak aih!! Awek sorang ni!! Pipi Fauzan diusap lembut. Tali leher masih dipegang kemas.
“I love you very much. Terima kasih kerana menyintai Nia selama ini dengan setulus hati abang. Nia minta maaf kalau banyak buat silap selama ni dengan abang. Ampunkan Nia.” Pinta Renea sambil merenung mata suaminya.
“Er….abang dah lama maafkan. Kenapa sentimental sangat Nia hari ni?”
“Saja ….. lagi pun, hari ni birthday Nia. Dah masuk 21 tahun!”
What!!!! Aku tak pernah tahu pun? Haaaa!!! Tu la kau Jan! Tak pernah nak tanya dia. Asyik fikir katil, katil, katil! Oi mangkuk! Shut up la! Selama ni aku tak sempat fikir benda lain selain fikir cara nak tackle dia la! Alamak! Aku tak tahu birthday Nia hari ni. Alamak….
“Hmm, happy birthday sayang. Sorrylah, abang tak tahu….” Ucap Fauzan sambil mencium pipi Renea. Gadis itu ketawa kecil.
“Sebenarnya…..Nia pregnant. Dah dua bulan lebih!” beritahu Renea sambil mencubit pipi Fauzan. “Ayah….”
“Nia!!!! Biar betul?? Wahh! Tak sangka Nia jadi mak muda! Habis, dari tadi dok goda abang sebab ni la? Pandai bini abang sorang ni!” Tubuh Renea didukungnya. “Jomlah celebrate…”
“Tengok movie?”
“Buat apa! Bosanlah. Kita sendiri buat movie lagi best. Movie atas katil….he,he,he!”
“Abang ni memanglah! Tak de benda lain nak fikir!” Pipi Fauzan dicubit lagi. Leher lelaki itu dirangkul erat. “Terima kasih….abang dah ….beri kebahagian yang tidak terhingga untuk Nia. I really appreciate it. Terima kasih, my love….”
Fauzan telan liur. Dia teringat kembali sewaktu pertama kali bertemu dengan Nia. Jam loceng yang dibalingnya ke arah aku. Waktu itu, keadaan Nia daif sangat. Dirinya penuh dengan kekecewaan, kesedihan dan kehinaan. Sekarang, gadis itu benar-benar berubah menjadi seorang yang lain. Penuh bersemangat, ceria, dan cinta. Hanya Nia cinta hati aku… jiwa aku dan nyawa aku…. Aku janji…aku akan melindungi Nia selama-lamanya. Takkan ada manusia lain yang dapat menyentuh diri Nia, mengulangi peristiwa hitam itu. Nia, abang cintakan Nia…..sejak dulu lagi.
“Heh, termenung!! Abang, cancel je la niat abang tu. Mama datang tu….”
“Abang tak dengar pun bunyi bell?” Pada ketika itu dia sudah berada di atas katil bersama Renea. Mama!! Kenapa mama suka datang time camni? Dah dua kali terbantut niat Jan tau!! Waaaaaa!!!
Renea tersengih geli hati. Padan muka!!!!

THE END