Wednesday, October 24, 2012

Capital M.A.A

Assalamualaikummm....


Saje-2 je nim, bosan. Heee. Lagu ni ade maksud buat aku. Hee..

Pertama kali ku dengar suaramu,
sayunya hatiku merindui dirimu, 
walaupun belom kita bersua muka,
namun aku tetap jatuh cinta,

Rangkap pertama, yelah kan, aku mane pernah kenal wajah dan tubuh badan dia. Aku hanya kenal suara dia sahaje. Huhuhu. Memang sayu sangat bila dengar suara dia.Ye, tak semestinya kenal wajah atau tubuh badan je boleh jatuh cinta. Saya jatuh cinta dengan suara dia. Heee.

Pertama kali, ku bertemu denganmu,
sayunya hatiku melihat senyumanmu,
aku mengharap engkau menerimaku,
kerna aku bersedia menyintaimu,

Start rangkap kedua sampai rangkap ke 4, tak pernah berlaku. Tak dapat aku bayangkan kalau jumpa dia nanti. Bila agaknya?

Akan ku renang lautan yang berapi,
membuktikan kehebatannya cinta ini,
tetapi jikalau kau meninggalkan aku,
terhiris hati ini terguris jiwa ini,
menangis tak berlagu,

Sayangku pimpinkan tanganku,
menuju mahligai bahgia,
kita bersama nikmati kisah cinta,
hidup bagaikan di syurga, oh kasih.

Tu je lah, Salam.

Photobucket

Tak tahu nak letak tajuk ape

Assalamualaikumm..

Heee, rajin nak update arini. Macam banyak je nak bercerita nim. Malam Isnin kan, cakap kat dia nak call dia malam Selasa, sbb dia cakap dia balik kerja pkul 6.30. Then, dia suruh call dia petang. Aku malas ah call petang2 kan, sebab sibuk nak derakk. Heee. Dia cakap, sekali call terus angkat, gantung henpon kat leher, nak g tandas gantung, nak g makan gantung. Heee. Tak lawak lah yank. Pastu malam tadi aku call lah, sebab dah janji kan. Hee. Lewat aku call dia. Dia angkat terus, cakap kejap-2 dia ade kerja. Oke. Lepas 10 minit, aku mesej dia tnya dah siap ke? Dia cakap tengah kerja. Huuuuu. Sedih gile wookkk. Tunggu punya tunggu, takde pon sampai pagi ni. Takpelah, dia tidur da kot. Hurm kuciwa hati ku tak dapat sembang. Huhuhu.

Oke, topik seterusnyaaaa. Ni aku paling benci, paling tak suke, paling menyampah. Weyh, hang ingat aku ni hape haaa?? Hang nak clash ngn aku, hang clash suke-2 aty hang, now hang nak kawan pulak dengan aku? Wey bro-2 sekalian, luka lama masih berdarah oke. Aku takkan kawan dengan orang yang kecewakan aku. Blah ah weiii. Macam takde orang hang nak kawan. Bodo punye jantan. Ni bukan sorang, 2orang mai serentak. Seb baik aku tak de heart attack. Mau mati aku. Dah-2 lah ganggu aku, selepas hang buang aku, tapayah lah nak kutip balikkkk.

Oke, satu lagi. Heee, bajet orang bace blog hang pateng weii. Esok, besday adek aku. Sama ada aku nak beli kek or aku nak buat sendiri. Cam leceh lah buat sendiri. Huhu. Takk pun bagi hadiah je kan? Heee, dasar kakak pemalas. Oke, tu je. Papai.
Photobucket

Thursday, October 11, 2012

Jatuh motor??

Assalamualaikumm....

Kemain lagi hang nye tajuk yep. Saje-saje buat gimik sket. Haha. Padahal dah lame, tak engat tahun bile. Time tuh petang, mmg biasa lah petang-2 ni naik moto. Pulak moto banyak kan? Sekarang tambah banyak. Heee.

Pada suatu petang, sedang asyik menunggang skuter suzuki, warna biru, plat TJ3*, sesaje lah acah adik lelaki aku. Time tu jalan tak berturap just batu-2. Dia betul-2 berdiri tengah-2 jalan, acah lah mcm nak langgar dia. Sekali aku kacip brek sebelah kanan, ye lah kan moto skuter brek kat tangan, kat kaki mne nak ade. Dah aku kacip sebelah kanan, tayar depan pulak. Maka nya dengan itu terbalik lah aku dengan moto tersebut. Hihihi. Ade jiran aku tinguk. Digelaknye aku, bukan nak tolong. Tak guna punya jiran. Malu tahap ape pon aku tak tahu time tuh. Hahaha. So, sejak itu aku berhati-hati supaya tidak guna brek depan. Heee. Sekarang pon aku pakai skuter tapi Ego S. Takde lah pulak aku nak acah-2 lagi kan, bile aku dah kena dulu. Heeee. Bye.

Photobucket

Wednesday, October 10, 2012

Sah Ke Kahwin Lari

Assalamualaikum..

Kali ni nak sentuh bab perkahwinan. Ecece, hg da kawen ka? Duk sembang pasai kawen ni wt pa? Hee, mmg tak kawen lagi. Tapi nak kongsi dengan orang diluar.

Sah Ke Kahwin Lari?

Kahwin lari adalah kaedah berkahwin cara mudah. Jika pilihan tidak mendapat restu orang tua, kahwin saja di sempadan. Mudah bukan? Jika isteri tidak mengizinkan berkahwin satu lagi, bawa saja bakal isteri kahwin lari. Tidak perlu ikut prosedur mahkamah, tidak perlu ikuti syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan yang paling bagus tidak perlu susah-susah buat majlis besar-besaran dengan hantaran yang mahal-mahal. Ada juga yang bertindak untuk kahwin lari kerana calon isteri sudah 'termengandung'.

Kahwin lari sebenarnya adalah satu kesalahan dan undang-undang memperuntukkan hukuman denda atau penjara terhadap kesalahan ini. Walaupun ada hukuman terhadap kesalahan ini, tetapi fenomena ini tidak nampak kekurangan. Bahaya kahwin lari ini kerana status pernikahan  tidak jelas dan tidak didaftarkan. Akibatnya ia memberi implikasi yang buruk sama ada terhadap pasangan atau ibu bapa mereka. Pasangan yang kahwin lari ini selagi tidak didaftarkan pernikahan mereka di Malaysia, akan terus diselubungi rasa bimbang terhadap status ikatan mereka.

Secara luarannya perkahwinan mereka adalah sah mengikut syariat tetapi akan timbul persoalan; di mana pula sijil pernikahan yang diiktiraf kerajaan Malaysia? Yang ada hanyalah sijil bertulisan siam. Selagi tiada dokumen yang diakui oleh undang-undang negara, perkahwinan itu tidak akan diiktirah oleh undang-undang. Tapi, jika didaftarkan pastinya akan didenda beribu-ribu ringgit atau penjara. Apabila melahirkan anak, timbul masalah lain; tidak dapat daftar sekolah kerana tiada dokumen sah kelahiran. Sekali lagi kepala menjadi pusing memikirkan hal yang tiada sudahnya.

Kahwin lari biasanya disebabkan bapa si gadis tidak mahu menjadi wali pernikahan. Tetapi ada juga keadaan di mana ayah si gadis langsung tidak tahu tentang hasrat anaknya untuk berkahwin. Tahu-tahu saja sudah berkahwin di sempadan. Sebenarnya wali hakim hanya boleh memainkan peranan dalam keadaan bapa masih wujud dan sekiranya terdapat sebab-sebab yang dibenarkan, iaitu dalam keadaan yang memenuhi hukum syarak.

Sebaliknya, keengganan bapa menjadi wali kepada anaknya disebabkan alasan yang munasabah, maka tidak wujud ruang bagi mana-mana wali hakim untuk mengambil peranan. Contohnya, suatu kes yang pernah berlaku di Kelantan pada tahun 1997. Bapa gadis selaku wali mujbir membuat permohonan pembatalan pernikahan anaknya dengan seorang pesakit HIV dan juga seorang penagih dadah.

Permohonan ini dibuat atas alasan pernikahan tersebut dibuat tanpa pengetahuan dan keizinannya sebagai bapa merangkap wali, pasangan anaknya yang tidak sekufu keranan lelaki yang mengahwini anaknya ialah seorang pesakit HIV. Pernikahan kedua-duanya telah dibuat sebanyak dua kali, di mana yang pertama itu dilangsungkan di Pasir Puteh, Kelantan iaitu dalam negeri melalui wali hakim dan yang kedua ialah di Narathiwat, Thailand.

Permasalahan dalam pernikahan yang pertama timbul kerana dinikahkan dengan wali hakim sedangkan wali sebenar masih ada. Permasalah dalam pernikahan yang kedua pula timbul bukan disebabkan rukun nikah, tetapi disebabkan kedua-duanya dilihat sebagai tidak sekufu dari pihak calon suami yang berpenyakit HIV dan penagih dadah.

Dalam kes ini mahkamah telah memutuskan bahawa tindakan wali hakim menikahkan pasangan berkenaan, adalah bertentangan dengan kehendak hukum syarak kerana telah menyatukan dua pihak yang tidak sekufu(sepadan). Manakala perkahwinan yang dijalankan sama ada di Kelantan mahupun di Narathiwat adalah tidak sah menurut hukum syarak. Ini menunjukkan bahawa pernikahan yang dilaksanakan di luar lingkungan dua marhalah belum tentu sah walaupun menggunakan wali hakim(dalam keadaan wali asal masih hidup). Manakala wali asal perlu mempunyai alasan munasabah untuk menghalang pernikahan daripada berlaku. 

Jadi kepada pasangan yang berhasrat untuk berkahwin tetapi kehendak mereka tidak direstui oleh orang tua, sedangkan pada keseluruhannya mereka menanggap bahawa perhubungan tersebut tidak ada cacat celanya dari sudut hukum syarak dan adat serta undang-undang sebenarnya memberikan ruang yang selesa kepada mereka untuk meneruskan hasrat mulia tersebut tanpa berkahwin lari.

Tidak dapat dinafikan doa restu orang tua sangat penting dan menjadi batu asas sesebuah perkahwinan yang hendak didirikan. Akan tetapi garis panduan yang telah mengatasi segala-galanya. Seandainya hubungan tidak direstui disebabkan hal remeh-temeh yang dibangkitkan oleh ahli keluarga, kahwin lari bukanlah penyelesaian yang bijak kerana Mahkamah Syariah bersedia mendengar permohonan bagi kes umpama ini.

Menurut Seksyen 13(b) sebelum ini, sekiranya wali enggan memberi persetujuan tanpa alasan kukuh, mahkamah akan menentukan sama ada perkahwinan yang diniatkan itu perlu diteruskan melalui wali hakim ataupun tidak. Inilah jalan penyelesaian yang sebenar, iaitu membawa masalah ke muka pengadilan. Maka tidak timbul lagi soal menjadi anak derhaka atau membelakangi orang tua kerana undang-undang mengatasi semua orang dan setiap orang adalah tertakluk kepada undang-undang. Tanpa mengira siapa pun, seseorang itu perlu mematuhi undang-undang dan menerima keputusan yang telah diputuskan oleh mahkamah.


Photobucket

Double Novel


3 Kata 3 Hati - Norzailina Nordin



Rindu – Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat.

Kasih – Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.

Cinta – Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya?

Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?

*mula-2 tengok buku ni, xde pape berkenan dengan cover novel jep..haha..sekali bace cerita, ade sedikit mcm kisah hidup aku..tapi tidak lah semuanya sama..heee






Kejap Ada Kejap Tak Ada - Ebriza Aminnudin

Pemalas. Memperhabiskan beras emak bapak adalah kata-kata yang sering dilemparkan oleh Hawadah (Ibu) kepada Abzariq. Abzariq tidak suka bekerja di bawah orang lain, namun dia juga tidak berusaha mencari kerja dengan inisiatif sendiri sehingga kerap kali mengundang amarah Hawadah.

Pertemuannya dengan Adryssa si gadis impian telah merubah segala-galanya. Mahukah Abzariq menuruti segala kehendak Adryssa demi memperolehi cinta gadis itu? Berjayakah Adryssa menjadikan Abzariq dari seorang yang pemalas kepada seorang pemuda yang bertanggungjawab dan mempunyai kerjayanya sendiri?

“Ya. Kau betul. Kita wujud apabila mereka mahu dan kita akan lenyap sesudah mereka menemui apa yang mereka cari selama ini kerana itulah misi kita berada di samping mereka.– Adryssa

“Manalah si chipsmore ni pergi? Kata nak ke tandas saja, tapi kenapa masih tak muncul-muncul. Tak takut terlepas penerbangankah? Adryssa .... Adryssa ... janganlah buat aku tak keruan. Aku betul-betul akan jadi tengkorak hidup nanti.” - Abzariq

Sememangnya aku wanita lemah yang telah disumpah olehMu Ya Allah, akan berada di dalam jagaan keluargaku selagi sumpahan itu tidak berakhir dengan didatangi olehMu jodohku yang bakal melenyapkan segala sumpahan yang telah engkau palitkan pada diriku ini. Dengarkanlah permintaan hambamu ini Ya Allah ya tuhanku. Jagakanlah dia dari lena yang panjang hanya untukku. – Faradina


*novel ni pon berkenan sebab cover dia cantek..mula-2 bace cerita ni, bosan sangat..sebab Abzariq ni byk berilusi, tapi xtahu yang dia berilusi..taktahu siapa Adryssa..Paksa jugak bace, lastly baru tahu siapa Adryssa..kenapa Abzariq jadi mcm tu..
Photobucket

Review Double Novel

Assalamualaikumm..


Tak sampai 5minit entry sebelum ni, terus update lagi. Kasi muntah depan laptop dengan hapdet-hapdet entry nih. Haha. Oke, sekarang takde nak jiwe jiwang oke. Takde pasal kawen hokey. Review novel-2 yang haku beli. Banyak duit kan? Heee





Bukan Kerana Sayang - Amiza Anaz
Sinopsis

“Terimalah lelaki yang mencintai kita lebih dari–pada kita mencintai dia.” 

Bolehkah ungkapan ini digunakan oleh Qaireena Asyikin untuk menerima semula huluran kasih Johan?


Lelaki itu pernah dicintainya suatu waktu dahulu, namun dia terpaksa berkorban kasih apabila Johan memilih kakaknya, Qairun Annesa sebagai isteri tanpa sebab yang pasti.



Kini, Qairun Annesa telah kembali kepada-NYA. Kemelut membelenggu diri apabila Johan mula menagih kasihnya. Desakan daripada orang tuanya agar menerima Johan juga benar-benar membuatkan dia tersepit.



Bagi mengelakkan diri, Qaireena mengambil jalan mudah. Dia menggunakan nama ketuanya, Kamil Ihsan sebagai kekasih samaran tanpa pengetahuan empunya diri. Namun, masalah mula timbul apabila tembelangnya pecah.



Kamil Ihsan yang bersikap ‘bossy’ menambahkan lagi tekanan Qaireena. Kedua-dua lelaki itu benar-benar menghuru-harakan hidupnya yang selama ini tenang tidak berkocak. Siapa sangka, dalam kemelut rasa itu rahsia yang tersimpan bertahun-tahun lamanya, terungkai satu demi satu.

Mampukah Qaireena Asyikin memberi kata putus yang boleh menggembirakan semua pihak?






Tak Mungkin Dia - Rania Firdaus

Sinopsis

Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. 

Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya. 

Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. 

Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? 

Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya.




Photobucket

Langkah Bendul??

Assalamualaikumm..

Hambek, rajin bebeno update blog kan? Sehari dapat 3 entry. Mane nak dapat. Haha. Ye lah tengah rajin, update lah 10 entry sehari pon, tak heran. Kalau nak  suruh update hari-hari mau muntah hijau aku. Hahaha.

Ops, berbalik kepada tajuk kita yep. Eyh, jangan salah paham, aku belom langkah bendul. Mungkin bakal langkah bendul. Hahaha. Ye lah, tak nampak macam gatal nak kahwin pon. Tak cam adek dia ni, gatal bebeno. Pantang sebut pasal kahwin. Hee. Aku ade teringat pulak apa mama cakap hari tu. Yelah, aku ni pen******* lah katakan. Mama tanya lah tak nak ***** ke, kalau taknak, ******* lah lagi. Amek lah hape pon. Masalah bukan aku taknak, tapi aku dah tak ade perasaan. Semangat tu hilang. Aku cakap lah "tengah tunggu lah ni ma" , sekali mama cakap tunggu ape? Tunggu orang masuk minang ke? Jawab dalam hati, ye lah, tapi tak sampai-2 pulak rombongan. Heee. "tunggu lah apa-2 pon". Heeee.

Untung ade kakak sorang jep, kalau dia mintak persalinan tak lah susah. Lagipun bukan aku yang belikan, bakal laki aku beli. Hahaha. Kak, moga-2 jodoh ko cepatlah. Takperlu bakal laki aku belikan utk ko. Simpan duit tuk anak-2. Wahaha.

Adakah aku berpeluang untuk mendirikan rumah tangga diusia sebegini rupa?? Heeee

Photobucket
Assalamualaikumm..

Taklaratnya nak delete post2 yang lepas!!!! tak delete karang ade yang salah pahammm...xpasal2 aku yang kena nnty..fikir mase depan jep..kalau xfikir xde plak nak padamm..xpayah lah padammm..heeee

Photobucket
Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.
artikel dari iluvislam.com

draft

Gembira tak terkata.

Assalamualaikumm..

Hee, setelah sebulan menyepi, kini muncul kembali dengan senyuman yang sentiasa dipamerkan untuk kalian. Kalian? Siapa yang bace blog aku? Tak tahu nak tulis tajuk ape. Blur bebenor.

Ada dua berita gembira nak kongsi kepada semua. Semua? Siapa? Haha. Camni cerita dia, minggu lepas saje-2 call Azrul, tanya khabar, sihat ke tak. Sekali dia bagitahu dia sakit, dah 2minggu terbaring. Cuti kerja lah jawabnya kan. Penyakit dia yang dulu kembali, tapi tidak seteruk dulu. Aku pon tak ingat tahun bile, tapi tahun tu dia siap pergi operate, sbb penyakit dia mase tu mungkin tahap kritikal. Alhamdulillah, dia selamat sehingga 2minggu lepas. Dia cakap sakit-2 dekat dada. Saya tanye lah dah pergi klinik ke belom, dia cakap tak pergi, tak larat katanya. Ini yang saya risau. Risau sangat. Ye lah umi dan abah dia tak tahu dia sakit. Dia cakap tannak umi risau. Saya takut jadi apa-2 kat dia. Semalam, call dia, Alhamdulillah, suaranya ceria sangat menandakan dia dah sehat :) semoga awak terus sehat ye syg, saya takut bila awak sakit. Tapi sebaliknya, saya yang sakit. Heee. Sakit rindu nak jumpa :)

Ok, yang ini saya sangat gembira. Sangat-2 gembira walaupun saya bukan sebahagian daripada keluarganya. Selepas tengok cerita Julia kat TV3, habis cerita masuk bilik, check fon ade mesej. Bacelahkan, takkan nak biarkan jep. Ade mesej no saya tak save, sbb tukar fon. Bukak je msj tu senyum-2. "Salam fatin, klom pregnant, hee". Ya Allah, akhirnya setelah 9bulan penantian klom, engkau telah hidupkan seorang hambamu didalam rahim ibunya. Semoga kandungan klom sehat sampai dia melahirkan bayinya itu. Ibu mane tak sayang anak, setelah sekian lame penantian. Alhamdulillah.

Itu lah berita gembira aku. Semoga berita gembira terus membanjiri hidupku. Wassalam.

Photobucket