Saturday, April 19, 2014

Review Novel : Awak Suka Saya Tak? Karya Melur Jelita

Assalamualaikum...



Lama betul menyepii. Laptop buat hal. Nk rosak lah pulakkk. huhuhu. Berebut dengan adik pon ye. haha. Novel ni rasanya dah lama wujud, tapi time tu belum dibukukan lagi pon. Aku baca dalam penulisan2u.com. Tapi hari tu mama suruh aku belikan novel untuk dia. Dia suruh je pilih novel apa pon. Asalnya nak beli Yes Boss. Tapi tak jumpa lakk. Bila tengok dekat rak novel, aku jadi rambang mata. Lepas tu aku bagaikan terpukau bila nampak tajuk novel ni(ayat nak skema je). Aku ambik dan terus g bayar. Taknak dah tunggu nanti aku capai novel lain. Haha. Jom baca sinopsis dan review novel ASST?




Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha




Novel ni kalau korang nak tahu tersangat-sangatlah tebal. Kesemua mukasuratnya ialah 1050m/s tak termasuk kulit buku. Tapi hanya 2hari yang aku perlukan untuk membaca novel ni. Hahaha. gila tak gila. Harga asal novel ni ialah RM39.00 tapi dekat kedai buku yang aku beli ni aku dapat murah RM31.50. Banyak wooo dia bagi less. Lepas ni kalau nak beli novel beli kat situ je. Murah pon murah Heee.




Yang paling aku suka bila baca novel ni ialah aku dapat membayangkan situasi setiap perjalanan cerita tu. Sebab lokasi cerita ini banyak menceritakan pasal Terengganu. Heeee. Terutamanya TER(Terengganu Equestrian Resort), Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk, Primula, Pasar Payang dan Lembah Bidong. Yang TER, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk tu kawasan aku pusing-pusing ronda2. Dan juga jalan untuk aku ke tempat kerja. Tiap kali lalu mesti aku teringat ASST.



Terima kasih kak Melur Jelita.



Photobucket

Mengantuk di Tempat Kerja

Salam.




Ya Allah, tersangat lah mengantuk pagi ni. Jap lagi ada gak yang tertido. Muahaha. Semalam takleh tido. Tido pon dah hampir pukul 3 pagi. Sebab tersangatlah serabut kepala. Kenapa serabut kepala?? Banyak sebab serabut kepala. Antara serabut kepalanya ialah blogger.com. huhuhu. (berapa banyak serabut kepala da)



Sebab pertama ialah blogger.com. Semalam terasa nk blogwalking pastu nak update sikit-2. Tapi bila bukak dashboard dia tak muncul2 jugak blog-2 yang aku follow sebelum ni. Dia bagitahu yang aku belum follow mana-2 blog. Aku da refresh banyak-2 kali, tak jadik jugak. Kalau sebelum ni, refresh lah banyak mana pon, oke je. Takde masalah pon.



Oke, sebab kedua pulak. Aku punya mobile internet line 3G buat perangai gila bab*. hahaha. bukan line 3G je, wifi kat rumah pon sama naik. Dah lah line asyik putus-2, ada pulak makhluk dalam rumah pergi off wifi tu. Lagi lah membara hati aku yang tengah panas.



Sebab ketiga pulak, disebabkan mobile internet line 3G tu buat hal, aku decide nak call hotline maxis. Tapi haram jadah sebab depa makan kredit. Lagi bertambah bara yang membara. Mmg semua aku nak marah. huhuhu. Bila call guna no maxis, kredit habis. Bila call guna no celcom oke lah. Tapi still tak solve problem. Aku pon tak tahu apa masalah. APN setting lah, itu lah ini lah. Last-2 aku reset terus phone aku tu.



Sebab keempat, aku pergi reset phone aku tu. Memang dah macam baru keluar kilang. Haha. Satu apa pon takde. Dah satu kerja pulak nk kena install balik apps yang aku perlukan. Line pon macam shiall. Geram sangat2. Bertambah lah lagi panas dalam hati aku. Sampaikan rasa nak nangis pon ada. huhu. Dah lah aku ada penyakit darah tinggi. Maunya darah aku naik tinggi semalam. Sampai tahap nak hantuk kepala dekat dinding dah. Memang tahap kritikal dah tu. Heeee.



Aikkk, dah lari topik pulak. hahaha




Photobucket