Saturday, April 19, 2014

Review Novel : Awak Suka Saya Tak? Karya Melur Jelita

Assalamualaikum...



Lama betul menyepii. Laptop buat hal. Nk rosak lah pulakkk. huhuhu. Berebut dengan adik pon ye. haha. Novel ni rasanya dah lama wujud, tapi time tu belum dibukukan lagi pon. Aku baca dalam penulisan2u.com. Tapi hari tu mama suruh aku belikan novel untuk dia. Dia suruh je pilih novel apa pon. Asalnya nak beli Yes Boss. Tapi tak jumpa lakk. Bila tengok dekat rak novel, aku jadi rambang mata. Lepas tu aku bagaikan terpukau bila nampak tajuk novel ni(ayat nak skema je). Aku ambik dan terus g bayar. Taknak dah tunggu nanti aku capai novel lain. Haha. Jom baca sinopsis dan review novel ASST?




Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha




Novel ni kalau korang nak tahu tersangat-sangatlah tebal. Kesemua mukasuratnya ialah 1050m/s tak termasuk kulit buku. Tapi hanya 2hari yang aku perlukan untuk membaca novel ni. Hahaha. gila tak gila. Harga asal novel ni ialah RM39.00 tapi dekat kedai buku yang aku beli ni aku dapat murah RM31.50. Banyak wooo dia bagi less. Lepas ni kalau nak beli novel beli kat situ je. Murah pon murah Heee.




Yang paling aku suka bila baca novel ni ialah aku dapat membayangkan situasi setiap perjalanan cerita tu. Sebab lokasi cerita ini banyak menceritakan pasal Terengganu. Heeee. Terutamanya TER(Terengganu Equestrian Resort), Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk, Primula, Pasar Payang dan Lembah Bidong. Yang TER, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk tu kawasan aku pusing-pusing ronda2. Dan juga jalan untuk aku ke tempat kerja. Tiap kali lalu mesti aku teringat ASST.



Terima kasih kak Melur Jelita.



Photobucket

1 comment:

  1. hihihi dlu dh baca pinjam yg kawan punya.
    best gilaa cite dy even tebal snggup ja baca smpai habis

    ReplyDelete