Wednesday, September 3, 2014

Family Day LRT 2014 di Bukit Gambang Resort City

Hari yang ditunggu-tunggu oleh aku dan adik-adik. Hahaha. As always, hari keluarga ini berlangsung selama 2H1M. Dan bertempat di Bukit Gambang Resort City. Tahun lepas pon disini, tahun ni kesini lagi kita. Bajet syarikat dah kurang. Makin lama, makin dekat. Makin lama, makin kurang aktiviti. Kami pergi dua buah kereta, macam tahun lepas jugak. Hahaha, sebab satu family, lengkap 8orang, mana muatkan naik sebuah kereta. Lagipun mana ada MPV. 

Tetiba aku baru perasan, ejaan Trengganu tu. Hahaha



Bertolak dari Marang, singgah rumah ayah di Cheneh. Baru bertolak ke Gambang.




Tahun ni pon kami dapat bilik di Arabian. Tapi yang bezanya bangunan je. Kalau sebelum ni, bilik menghadap ke arah hutan. Sunyi sepi, gelap gelita. Kali ini menghadap kolam renang. Agak meriah. Dengan bunyi air. Ceria, terang.  


Gambar atas tu tengah tunggu ayah buat pendaftaran untuk check in. 
Gambar bawah: Pemandangan dari dalam bilik. Bangunan depan tu yang kami dpt tahun lepas. Tapi bangunan satu lagi dibelakang.



Sukaneka tahun ni tak banyak nak dibandingkan dengan tahun lepas.

-lelaki dewasa satu game
-wanita dewasa satu game
-kanak-kanak lelaki satu game
-kanak-kanak perempuan satu game

Tu je lah game yang ada. Sikit gila kan? Dalam family, aku je yang join sukaneka tu. Game yang aku main tu nama dia Turtle Egg-less. Kena bawak bekas kat belakang, letak bola pingpong kat dalam. Ops, tapi dekat tapak bekas tu ada lubang, ngam-ngam untuk bola tu keluar. Bila dah sampai dekat garisan, kena goncang-goncang bekas. Sebenarnya diorang suruh gelek punggung. Hahaha tak kuasalah aku nak menggelek. Dapat jugak no 2. Dapat botol air tupperware. Boleh lah.



OTW ke Ballroom untuk dinner.




Masa ni tengah tunggu cabutan bertuah. Tapi satu family aku pakat geram sakit hati. Bukan sebab tak bertuah, tapi masalahnya. Daripada dulu sampai sekarang, orang yang sama je bertuah. Bertuah sangat dia tu sampai tiap-tiap tahun dapat hadiah cabutan. Macam dah planning je. Sangat tak adil. Antara hadiah yang diberi tab lenovo, henfon lenovo, jam tangan, voucher Parkson, Rantai emas dan gelang emas. 

Ayah pon sakit hati gila. Berangan lah nak dapat henfon, boleh berwassap2. Hampeh ade lah. Nak ubat sakit hati, esoknya blik dari Gambang singgah Kuantan, beli henfon lenovo kat situ. hahaha. Tahun lepas pon macam tu jugak, nk pinggan Corelle, tak dpat, last2 pergi Kota Bharu. Beli kat sana. 



Hari kedua ke Gambang Waterpark. Punya lah ramai manusia kat dalam tu. Yelah, time cuti kan. Cuti merdeka pulak. Ramai lah jugak riders datang. Parking penuhhh. Konvoi lagi. 



Aku ada beli Waterproof Bag untuk kamera. Saje lah nak memain kamera dalam air. Biar puas hati sikit. Biar ada kenangan dalam air. Muahahhaa. Malas nak buat banyak part. Sebab gambar tak banyak. Heeeee.  

Annyeong!!!




Photobucket

3 comments: