Friday, September 12, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 5 : 3 Perkara Yang Ingin Dikatakan Kepada Bekas Kekasih





Task ini agak mencabar bagi aku. Sebab aku tak tahu nak cerita apa pasal ex boyfriend aku. Seperti yang korang baca dalam image diatas, "kamu mempunyai hak untuk tinggalkan seseorang itu, tapi sekurang-kurangnya bagitahu mereka kenapa." Hubungan aku dengan si dia tergantung, tanpa ada kata putus. Tetiba si dia menghilangkan diri, senyap tanpa berita walaupun aku tahu perkembangannya melalui kakak si dia. Untuk pengetahuan, hubungan aku dengan kakak si dia or family si dia sangat akrab. Sudah aku anggap sebagai keluarga angkatku. Sambung balik, selepas si dia senyap tanpa berita, ramai kawan-kawan datang kepadaku melaporkan kegiatannya. Rupanya si dia sudah mempunyai buah hati lain. Ramai pulak kawan-kawan yang kesiankan aku. Datang report itu ini. Aku sangat tension. Masa tu aku dah Sem 4 or 5. 



Oke, cukuplah bercerita mengenainya. Aku taknak dah hal dia ada dalam blog aku ini. Tambahan pula si dia sudah bertunang. Dan bakal menikah bulan Oktober ini mungkin. Aku masih belum menerima sebarang kad jemputan. Aku sebenarnya rapat dengan tunang dia. Bukan lah rapat sangat, sekadar berkawan. Tunangnya ingin mengetahui serba sedikit mengenainya. Hurmmm. Dan sudah semestinya aku akan menerima kad jemputan dari tunang si dia. Sebab si dia langsung tak nak mendengar nama ku, apatah lagi berjumpa denganku. Aku terima yang jodoh aku bukan dengan kau. 



Pesanan yang ingin aku  katakan kepada EX ialah 


1 - Cukuplah mempermainkan hati wanita. Kau ada kakak, kau ada adik perempuan, cuba bayangkan kalau mereka mengalami situasi seperti aku ini. Cukuplah menjadi buaya. 

2 - Aku ingin mintak maaf, kalau selama kita kenal, aku buat kau menyampah. Aku ucapkan terima kasih kerana pernah menyakitiku. 

3 - Seems like aku masih lagi tidak mampu melupakannya kan?? Sama sekali tidak. Ekceli aku dah ada pengganti. Tapi disebabkan task ini, aku teringat balik kenangan hitam itu. 잘가 EX, Sayonara EX, Goodbye EX. Nyah kauuuu. 
Photobucket

No comments:

Post a Comment