Thursday, February 28, 2013

Gadget baru

Assalamualikum..

.
.
.
.
.
.

Hari ini (semalam) aku beli gadget baru. Bukan lah berjenama pon. Harga pon murah. Tapi so far setakat aku pakai dalam masa beberapa jam. Oke lah. Syok jugak. Sekarang pon tgh guna. Dapat yang baru terus tinggal laptop. Hahaha. Nanti aku buat review temtang gadget ni. Oh, nak say thanks for Jejari Manis aka JM sudi baca blog ku yg ntah pape. Heee. Selamat malam.

Wednesday, February 27, 2013

Shock !

.
.
.
.
.
.
.


hambekk. dua entry dalam satu masa. ni dah terlebih rajin ni. Hahaha. Aku bukan pe, saje je buka Stats kat dashboard tu. Terkejut nyah tengok overview. Tak pernah sampai macam tu sekali. Page viem today dalam masa satu jam. 46 viewer. hahaha. Sawan sekejap tengok cenggitu. Oke, teruskan eh. Hahaha bye. Good nite.


Photobucket

GILOO !

Assalamualaikum..
.
.
.
.
.


Belum apa-apa lagi dah start menggile ntah pape. Ni belom lagi pergi travel. Esok-esok aku tak tahu lah. Lagi teruk gila dia agaknya. Dia tu sape ?? Aku lah tu. Bengong betul. Siap follow semua traveller yang tegar. Takpe-takpe, nanty ada duit bebanyak. Kita pi travel nah !


Photobucket

Tuesday, February 26, 2013

Bengang

Assalamualaikum...

Bengang betul hari ni. Aku ni kemain redah hujan nk pi kemaskan homestay ada orang nak duduk tidur semalam. Bangun je dari tidur, kelam kabut. Mandi, pakai baju, makan pon hanya roti sekeping. Pergi pulak dengan motor. Di pertengahan jalan untuk sampai ke Alamanda Homestay, tengok meter minyak tinggal sikit lagi. Berdebar bukan main. Sampai sane, kemas ape yang patut. Pasang cadar dekat semua katil. Sapu lantai. Ohye, semalam satu hari hujan. Dah banjir dah pon.

Ayah aku call tanya dah siap ke semua-semua tu? aku cakaplah dah siap. Tapi time tu yang nak duduk tu cakap nak datang pukul 12. Mana tak kelam kabut aku. Bangun pukul 11. heeee. Bendera jepun kan. Lepas tu ayah call lagik, dia cakap orang tu tak jadi nak duduk. Hehh, bengang gile kot. Lain kali sesapa lah kan, yang nak menyewa ni, maklumkan awal-awal. Buat penat aku je. Last-last aku dengan kakak aku lepak je kat sane. Petang tu hujan lebat. Pukul 4 lebih aku boleh keluar. Tu je nak cerita.


Photobucket

Monday, February 25, 2013

Lama Menyepi.

Assalamalaikum..

Setelah beberapa hari menyepi tanpa khabar berita. Aku muncul. Haha. Sebenarnya aku ni malas nak update. Tu yang senyap je. Sedar tak sedar dah nak masuk bulan March. Tapi sampai sekarang aku belum lagi dapat apa yang aku nak. Apa yang aku nak sebenarnya! Aku nak kerja lah hoi. Dah bape bulan aku duk terperuk je kat rumah. Makan, minum, tidur, mengadap laptop, tengok tv, tidur. Aku pon dah naik bambam. Tapi takde lah ketara sangat.

7Februari(kalau tak silap aku lah), aku start kerja dekat Marang Waterfront Resort. Dekat je pon dengan rumah aku. Aku kerja dekat situ 6hari. Ni bukan aku yang nak berhenti sebenarnya. Memang cadangan asal nak berhenti dengan 3 org lagi. Tapi dah diberhentikan. Mana taknya, orang lain dah habis cuti. Guest pon takde yang duk kat resort tu. Kerja takde buat, so for what bos nak gaji aku. Lagipun aku ni part-time je pon. Takpe je aku. Sebab tekanan banyak sangat.

So sekarang aku tak tahu nak kerja kat mana. Aku ada plan ngan member aku. Yang aku nak pergi travel ngan dia. Mungkin dalam negara Malaysia ni dulu kot sebelum keluar dari Malaysia. Yelah, duit pon takde lagi. Aku pon dah banyak baca blog-blog yang suka travel ni. Sekarang ni sabar dulu, Saving money banyak-banyak. Heeee. Baru best nak travel satu dunia !!!

Photobucket

Tuesday, February 5, 2013

Takut

Assalamualaikumm..


Sejak aku jatuh motor semalam. Takuttakut je nak bawak motor. Takut jatuh lagi. Nak bawak laju pon, teringat hal semalam. Huhu.


By the way, esok atau lusa mungkin aku akan mula kerja. Alah, kerja biasabiasa je. Nak cari duit sikit. Tapi yang aku geram, time aku call Encik Shazlan, tak berangkat. Berkalikali call. Ke dah taknak pakai pekerja. Then aku try lah call receptionist, tanya pasal jawatan kosong tu. Dia cakap nak lelaki sahaja. Aku geram. Aku check balik iklan tu, sekali tengok ada tulis perempuan/lelaki. Aku call balik number Encik Shazlan yang satu lagi. Dapat. Perempuan yang jawab. Aku tanya lah kat dia, betul ke memang nak pakai orang lelaki je kat resort tu. Dia cakap, takde lah. Lelaki perempuan boleh apply. Geram gila.



Photobucket

Monday, February 4, 2013

Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pulak .

Assalamualaikum.


Kemain lagi tajuk tu haa, berkiaskias segala. Memang kena dengan aku lah kiasan tu. Pagi tadi oke je. Pergi baiki motor aku yang tertangguh semalam. Melayang RM150 aku. Huhu.

Petang tadi, aku saja bawak adik aku pergi jenjalan. Saja nak bawak dia pergi playground yang dia nak sangat pergi. Malang tak berbau, motor yang aku tunggang tu cuba memanjat laluan pejalan kaki. Entah macam mana boleh terbalik ke kanan. Sekelip mata je berlaku, sedarsedar ada 2orang lelaki tolong angkat motor aku yang terbalik tu. Huhu, sakitnya lutut aku. Dahlah yang jatuh hari tu belum sembuh. Tambah lagi dekat tempat yang sama. Huhu. Alhamdulillah, aku tak de yang berdarah. Tapi adik aku, kesian dia. Siku dia berdarah. Aku rasa bersalah sangat. Huhu.

Dek, kak mintak maaf. Aku tengok motor. Huwaaaa, calar sana sini. Motor aku !! Bukan main cermat lagi aku jaga taknak bagi calar. Lastlast dah jadi camtu. Huhu. Motor baru lagi. Takot nak bagitau ayah.


Photobucket

Sunday, February 3, 2013

Petua kempiskan dan langsingkan perut

Malam ni aku nak kongsi 6 petua untuk korang. Petua untuk kempiskan perut dan langsingkan perut. Like me. Hee aku ni boncet. Bukannya menggeleber. But this petua boleh digunapakai for ibu yang bersalin, yang masih dalam pantang. Petua ni saya kopimilo daripada web ni Mau Gemuk.


PETUA :



1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.
-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.
2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.
-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.
3.Lansing dengan daun cekur.
-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.
4.Khasiat asam jawa.
-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.
5.Lansing dengan biji manjakani.
-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.
6.Temu hitam.
-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml
-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.

Lepas korangkorang dapat hasil, kongsi lah dengan aku. So far aku cuba minum teh suam tanpa gula campur dengan limau nipis. eeee, masam gilo. Ok Taec, selamat mengempiskan perut ye.

Photobucket

Plan tak menjadi

Assalamualaikum ..

Plan lah sangat. Padahal nk pergi baiki My Baby White je pon. Ada masalah sikit. Baru 6Bulan tapi dah rosak itu ini. Banyak dah duit aku keluar. Dalam masa sebulan 4-5 kali tukar minyak gear. Ni yang parah kalau pakai Ego. Manja doe. Dalam masa sebulan ni jugak Baby aku wat hal. Dia punya enjin, fuhh bising gila. Nak bawak pon malumalu. Terpaksa bawak slowslow. Aku ni dah lah minah rempit. Tak suka bawak slowslow. Dia bunyik bising sebab air hujan masuk dalam kotak minyak gear, ade orang curik penutup dia tu. Pegi cari yang lain, RM10 satu bende yang kecik nak mampus. Huissh, sape lah yg sanggup curi. Sian baby aku. Aku plak yang kena kuar duit.

Pukul 11, macik aku msj ajak teman dia pergi Pustaka Negeri. Aku oke je. Follow jelah. Bosan gila, tak tahu nak bace buku apa. Jumpa novel, hamek mmg takleh pisah terus. Haha


Photobucket

DIA

Saiful Mujahid Suhaimi ...



Sebaris nama yang begitu sebati dalam diriku. Mana bisa aku melupakan dirimu. Setiap saat, setiap detik, wajahmu, nama bermain di fikiranku, bermain diwajahku. Aku rindu kamu. Airmata ku kering untuk menangisi dirimu. Ya Allah, kenapa harus aku mengingati kenangan aku dan dirinya. Dia sudah pun ada kehidupan sendiri bersama insan yang dia sayang. Dia bukan lagi untukku. Tapi aku takkan lupakan dia sepanjang hidupku. Kemana ku pergi, kenangan menerjah dalam kotak fikiranku. Satu persatu mengingatkan kau kepada ku. Aku takkan dapat lupakan kau dan keluarga kau. Klom, Kumu, Chik, Joe, Kngah, Mok, Ayah. Menangis airmata darah sekalipun. Ia tidak akan kembalikan kau kepadaku . Semoga berbahagia dengan pilihan hatimu.


Photobucket

The Bulats

Happy Sunday Guys. Dalam entry ni aku nak letak gambargambar aku. Semuanya gambar aku, takde gambar orang lain. Kalau tak suke boleh pergi. Aku rindukan setiap kenangan pada setiap gambar. Semuanya sangat bermakna buat aku.

Gambargambar di zaman kegemilangan !






tak dapat dinafikan lagi kebulatan aku ni.





Tapi kebulatan aku tu tak kekal lame .






Ni yang latest lah jugak , kebulatan tu jelas lagi .





Oke, kebulatan aku dah berkurang !






Lagi2 bulat , dia yang panggil saya bulat . 





See , pipi aku ! memang takleh nak sembunyi lah kalau senyum. 





Ni pon dah kurang haaa . sejak 2012 2013 nih 






Hehehe , ni bulat buatbuat , tapi memang bulat .





Oke , ni bulat ori , tak buatbuat . heee 2012






Sentiasa bulat !





Tak tahu dah nak buat caption ape . Bulat lah . 





2011 - pon bulat !





Kekeke , jangan terkejut . mmg nampak sangat bulat haaa .





Bulat lagi .





Bulat berkurangan ! kurang makan , tension , Kecewa !





Dok bulat gok ea !





Duadua bulat ! Heeee





Photobucket

E-day My Aunty

Heee terlebih rajin plak update entry banyakbanyak malam ni. Target aku tahun ni nak banyakkan entry aku. Heee. Sebenarnya engagement ni dah lame. Dah hampir 2bulan, baru nak update. Bukan ape, aku baru dapat gambargambar masa E-Day. Tarikh langsung tak tahu lagi, ini aunty aku yang ke 12. 8 Disember tarikh E-Day. Tinggal lagi sorang yang belum sedia nak menamatkan zaman bujangnya. Sebab dia masih ade 1tahun setengah pengajian. Selepas je majlis bertunang tu tamat, YHSA buat program penyampaian hadiah kecermelangan bagi yang berjaya UPSR, PMR, SPM, dan IPTA/IPTS. Aku dapat jugak, tapi bahagian SPM je. Sebab yang PMR dan UPSR dah dapat duludulu. Lemak plak nak lagi kan. Heee Jum layan gambar.


Bride to Be dengan pakcik aku yang ke 11



Ini lah kije kaum lelaki



Aku, Wan dan Aunty Jiha



Sofea, Aunty Alya dan Adda



Tiga Beradik dgn aunty Jiha



Wan a.k.a Nenek dan Aunty aku



Farisha dan Shahira (Bakal adik dan kakak ipar) heee


Sofea, Adda and Me again (ada org ckp aku pakai tudung tutup mata) 


Aku, Wan, Aunty Jiha, Aunty Alya



Majlis Penyampaian 



Sempena ke KUIM



Mom . Wakil untuk abang dan adik 



Muiz kontrol Macho :p



Shahira aka Mekya



Faizuddin


4 orang bawah ni sume UPSR


4A 1B (adek aku)



3A 2B (Adda)



1A (wakil dari Rawang, Amir)



3A 2B (Sofea)



Degree TATI (Kak Aina)



Wakil untuk Abg3 nya. (Umairah)



SPM 2A heeee ( ME lah tu )



Degree UPM (Aunty Jiha)



Sebahagian ( Aku Takde )
Photobucket