Wednesday, January 2, 2013

Entry pertama 2013

Assalamualaikum..

Asalnya aku nak update semalam 1.1.2013 sempena birthday aku. Tapi tak buat pun, nak cakap tak cukup masa memang tipu lah kan. Lebih dari cukup lagi masa aku ni. Semalam, aku teman adik aku yang bongsu dan manja pergi daftar Tadika Kemas Sungai Kerak selang 2 buah rumah je daripada rumah nenek aku. So dekat tadika tu 3beradik belajar disitu. Adik-adik selepas aku lah, Fathurahim, Fatimah, Fathunazmi. Kakak dan abang aku pun belajar di Tadika Kemas tapi dekat lain. Aku je yang belajar di tadika lain. Nama tadika aku ialah Tadika Yayasan Islam. Heee tu pun belajar 1 tahun je. Sebab aku ni lompat tahun. Satu je kenangan pahit yang aku ingat semasa aku di Tadika. Kedua-dua belah kaki aku retak. Panjang ceritanya kalau nak cerita kat sini. Huhu.

2.1.2013 hari ni birthday makcik dan sepupu aku. Aku dah wish dalam Facebook je. Heee. Tu je aku nak cerita untuk entry pertama 2013. Heee

Photobucket

No comments:

Post a Comment