Friday, December 17, 2010

apa kata orang dan polis !

justkhai_polis-kata-2.jpg
Polis kata… Siapa yang on-call tak guna hand free masa memandu, kami pasti saman. Termasuklah kau Khai yang atas motor pun boleh guna handphone. Tapi selit celah helmet, kalau kantoi, siap lah..
Orang kata…
Ada ternampak polis sendiri yang tak guna hand free masa memandu. Siapa nak jawab tu? Boleh tak kami pula saman anda? :D
Polis kata…
Pegawai kami tetap kacak bergaya bila berpakaian seragam. Walaupun sedikit boroi. Mana tak boroi, gaji berapa tu.. orang kata, hati senang ye tak?
Orang kata…
“Ah, mana tak boroi.. banyak makan rasuah.. Ops!”, kata seorang makcik tua yang nyanyuk.. nasib kau nyanyuk, kalau tak mati kau polis saman. :love:
Polis kata…
Apa motor kau hilang Khai? tu la lalai sangat.. takpe kami ambil laporan anda.. Eh motor apa tadi? Ok ok, Yamaha 125zr..
Orang kata…
Kau dah report polis Khai? Kau ingat polis mengidam benar nak cari motor kau tu? Hahaha.. Tapi takpe, boleh claim insuran sebab ada laporan polis. Yay! :bloody:
Polis kata…
Mana-mana mat rempit yang lari dari road block, mesti ada buat salah la tu. Kalau kami dapat, pasti kena saman dan lokap sudah semestinya kalau sabit kesalahan. Termasuklah kau Khai yang lari dari road block walaupun alasan kau, kau tersilap jalan.
Orang kata…
Mat rempit yang ditahan masa lari dari road block, bila keluar lokap mesti handphone dan duit hilang. Yang ada pun mungkin wallet yang kosong. Agaknya handphone dengan duit-duit tu pun takut road block kot? Ini berasas kerana baru minggu lepas Khai berbual dengan kawan sekolah Khai yang kini seorang anggota polis. Dia kata, dah banyak sangat makan duit haram.. Tapi lantaklah, balasan sebab jadi mat rempit dan menyusahkan Polis.. jual handphone dia, bagi sorang seratus.. 
Polis kata…
Kami polis yang ensem dan tak makan rasuah. Kerana itu adanya tag “anti rasuah” di baju beruniform kitorang ni..
Orang kata..
Polis ni suka makan rasuah? Betul ke? Macam tak percaya je.. Jika korang yang membaca ni seorang mata-mata yang jujur, tahniah kerana tidak makan rasuah. Tapi sahabat korang, masih ada.. percayalah.. 
* Diambil dari website seseorang, dan katakan semua ini benar belaka !

No comments:

Post a Comment