Friday, March 29, 2013

I've got my external

Bertemu lagi kita.(macam ayat hape je).


Akhirnya, external aku yang rosak dah pulih seperti sedia kala. Lama dah aku hantar, tak silap bulan November tahun lepas. Bulan Mac tahun ni baru dapat. Aku tahu lah aku ni pakai warranty, agak-agak ah. Sampai je kat kedai, dapat yang cantik dalam kotak lagi. Huhhhh, apa salahnya kalau bagi terus pada hari yang sama. Bengong betul.



Photobucket

Ohh wait


Salam...





Tiap-tiap kali kalau bukak blogger.com, tempat pertama yg aku nk tgk ialah statistic. Haha, saje nak tengok viewer aku meningkat ke tak dari hari ke hari. haha, macam lah ade org bace blog kau myra oii. Kau je yg post, then kau bace sendiri. ahaha. Kalau sebelum-sebelum ni, aku lebih suka blogwalking first. heeee.. Bila dah hari-hari duk bukak stats tu, naik hairan plak aku.





Malaysia 3082

United States 230

Indonesia 81

Russia 59

Germany 45

United Kingdom 24

Israel 14

Brunei 6

South Korea 6

Poland 4


Statistic ini yg membuat aku hairan. Tang Malaysia, Indonesia, dan Brunei tu aku ak lah hairan sangat. Tapi bila United States, Russia, Germany, United Kingdom, Israel(pon hade), South Korea, dan Poland buat aku hairan. Apa yang diorg nak baca dalam blog aku. Sedangkan semua entry aku bahasa Melayu. Israel yang tak tahan tuh.



Photobucket

Tuesday, March 26, 2013

terbit perasaan itu

Salam..



Entah kenapa, tiba-tiba terbit perasaan ingin menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Ayat tak bleh blah langsung. haha. Memang nak, tapi tak tahu nak jual apa, dan modal pon takdak lagi nih. Sesiapa yang terbaca blog aku ni, aku nak minta pendapat lah sikit. Ataupun sesiapa yang ada pengalaman berniaga.


Produk apa yang boleh dijual? Harga macam mana? Kepada siapa? Dimana?




Photobucket

Tekanan di tempat kerja

Salam ...








Macam mana lah nak kumpul duit kalau aku kerja macam ni. Ahad pergi, Isnin tak pergi, Selasa tak pergi, Rabu pergi. Adoi lah. Salah satu sebab tekanan di tempat kerja banyak sangat. Pertama, aku ni kan kerja promoter je, tapi perlu ke nak pergi hadap org yg tengah makan. Faham-faham lah, kalau kita ni yg tengah makan, agak-agak lah kita marah tak bila orang ganggu kita yang sedang makan?


Bila bekerja, aku tak suka pentingkan diri aku. Biarlah orang tu menikmati makanan dia, dan biarkan dia habiskan makanan dia dulu. Takpe je kalau dia blah awal. Tak rugi pon. Kedua, tekanan daripada leader aku. Yea, aku tahu dia pergi seminar Dr. Azizan tu haaaa. Aku tahu dia belajar pasal keperibadian melalui tarikh hari jadi. Tapi aku pergi nak berkerja, bukan nak suruh korang(leader) judge aku. Oke, kerja sesuai untuk aku, macam ni. Bila hari lahir macam ni, ada banyak halangan nak buat kerja. Bila ada nombor ni, ada je majlis keluarga.


Aku paling pantang dan paling tak suka bila ada orang melebih-lebihkan kerja daripada keluarga. Bukan selalu pon keluarga adakan majlis besar-besaran. Berkumpul semua sanak saudara. Kan? Aku pernah dengar diorang buat ketupat pasal aku, dia cakap "marah lah dia macam mana sekalipun, dia buat muka bodo je". haha, do i care? memang muka aku macam ni bila kena leter.


Photobucket

Wednesday, March 20, 2013

Bermula lah kehidupan yang baru

Assalamualaikum...




Penatnya kerja !! Arghh, baru je 5hari kerja. Tapi seriously penat gila-gila. Now kepala aku sakit sangat. Berdenyut-denyut. Tak tahu sakit apa. Heeee, hari ni aku dapat customer seorang. Tapi seronoknya macam dapat 10orang customer. BTW sape-sape, JM ke sesiapa je lah yang baca blog I ni. Nak buat Kad Diskaun tu bagitau lah. Ape-ape nanty aku explain dekat FB. Heeeee. Insyaallah, kekal kot aku dekat situ. Mana taknya gaji dia fuhhh, Cantik je nombor-nombor. haha. Boleh cover tuk Korea aku tahun depan.


Sory lah kalau lepas ni blog aku penuh dengan cerita hal kerja. hahaha


Photobucket

Friday, March 15, 2013

A new life

Assalamualaikum..


Esok aku akan mulakan hidup yang baru. Esok juga lah aku akan masuk kerja. Heeee, nerves jugak neh. Tapi kan, now aku tak tido lagi. Esok masuk kerja pukul 9 Pagi. Harapnya aku kerja kat situ bertahan lah setahun or dua tahun.

Aku dah bosan kerja sekejap-sekejap. Malu kot. Bila orang tanya pengalaman bekerja.


JM, my tab dah hancur. Tak sempat nak buat review. huhu. Jatuh dalam longkang. Tak tahu apa rosak. Tapi touch dia tu tak oke. Screen cam pecah2.


p/s : aku nak cari member travel bulan 5 neh.


Photobucket

Thursday, March 14, 2013

Serabut

Assalamualaikum..



Yehaaa. Kemain eksited haa. Padahal, nak perginya akhir tahun depan. Now aku kena gigih kumpul 5k. haha. Mana nak cari org gigih cmni. Bengom betul aku nih. Nak update ape eyh.

Ohye, now aku serabut tengok buku, majalah, novel, dan lain-lain bersepah. Aku dah tak reti nak susun cemana. Rak khas untuk buku takdak. Kat luar tu ada, tapi dah penuh. Buku-buku aku, tak bleh duk kat luar. Kena duk dalam bilik. Heee.

Saje mengoogle sana sini tadi. Keyword DIY Rak Buku. Banyak je pilihan dan idea. Tapi money. Heee. Siapa yang nak tolong buatkan. Aku taknak yang jenis stand atas lantai. Nak yang jenis rak dinding tuh. Biar nampak kemas.


Photobucket

DIET ATKINS

Salam Subuh.


Tak tidur lagi ni haaa. Sengaja bersengkang mata taknak tido. Mulanya aku egt nak start diet Atkins pagi ni lah. Tapi perut cam lapar sangat-2. Karang ada yang pengsan. Hhaha. Mana taknya, diet Atkins ni xboleh makan makanan yang berkarbohidrat. Just amek protein. Aku sebenarnya takut gak nak try this diet. Tapi tak salah kan kalau mencuba. Kalau ia memudaratkan aku, aku berhenti. Aku nak suggest kat mama dan aunty yang bakal kahwin bulan 6. Kemain dia mengadu kat aku, Fellinna Inchloss tak berkesan katanya. Aku dan mama pon tak berkesan. haha. Mana nak berkesan kalau tak berpantang, takde senaman. hahhaa


credit : melayu.com


Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea �karbohidrat rendah dalam pemakanan� semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti �low-fat diet� atau diet rendah lemak.
Melalui �low-fat� diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai �low carbohydrate diet� dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) � 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.



Aku copy je. Takde maknanya aku nak salin. Asalkan aku paham. Kan?? 14 hari tanpa roti, nasi, milo, gula !! hahaha

Photobucket

Mungkinkah?

Salam..


Apakah impian ku akan tercapai. Sama-sama doakan. JM dah sampai Korea, tahun depan mungkin giliran aku. Kalau ada rezeki dan umur yang panjang. Aminn.. Sawan aku dengan geng2 hottest tadi. Suma duk pakat menggila. hahaha.

Bulan 5 nih, confirm pi Langkawi.

JM, oh mai gak, Tab ku hancur berkecai jatuh dalam longkang. sedih ohh. pakai tak xsampai lagi sebulan. Huhuhu. Ada warranty pon xleh guna. sebab kecuaian aku sendirik. Huhuhu. bak lah RM130 nak repair LCD. huhuhu. Mana mau cekak duit nih.

Sabtu ni baru start kerja baru. Staff pemasaran je kita. Pulak staff minyak pelincir. Pape lah, janji gaji halal.


Photobucket

Tuesday, March 12, 2013

Today is Tuesday

Salam.




Dah masuk hari selasa baru nak update. Heeee. Pape je lah. Tajuk yang tak bleh blah langsung. Takdak idea weyh. Isnin, 1.10 petang, aku telah kehilangan salah seorang sahabat di dunia yang fana ini. Pian, aku doakan roh dan jasad kau tenang disana. Al-Fatihah. Walaupun aku tak rapat sangat dengan arwah. Tapi aku turut terasa kehilangan dia.


Dalam masa yang sama, otak aku tak dapat berfikiran dengan waras. Pasaipa, aku terlalu risaukan dia. Takut pape jadi kat dia.


Ohye,  JM now ada kat HatYai eh? oh mak ai. Dengkinya aku. Bila nak sampai kat negeri/negara orang ni. Tadi pergi bookstore, nak cari buku asas belajar bahasa korea. Tapi tak jumpa. Hurm, aku rembat lah map satu. hahaha. Tak boleh blah langsung harga map tu. RM9.00 Sekeping. Tu je lah. Takde mood nak update.





Photobucket

Monday, March 11, 2013

Salam..

Now, chek nak pi kuar makan dulu sat. Hari ni tak sentuh nasi lagi. Hohoho. Nanty chek datang balik. Chek update nah.. Banyak cghita ni.


Photobucket

Tuesday, March 5, 2013

Rindu Yang Terpendam


Assalamualaikum

.
.
.
.
.


Alhamdulillah. Setelah berbulan-bulan aku menunggu untuk berjumpa dengan klom. Last aku jumpa klom, time tu perut klom kecik lagi. Sekarang nyawa dalam rahim klom, sudah membesar. 6bulan usia kandungan klom. Gile teruja aku tengok perut klom. Akhirnya aku beranikan diri bawak jugak motor ego aku tu ke Dungun pagi tadi. Aku bertolak pukul 8.30 dan sampai pukul 9.30. Dan memang aku tak sangka giler, selama aku berulang Marang ke Dungun dengan 135 LC abg aku, terpaksa berhenti tambah minyak.

Tapi dengan ego aku, lebihan minyak boleh bawak balik pulak separuh jalan. Heeee. Apa rahsia? LC kan pakai gear. Ego ni pulak terus je jalan. Non ado gear. Serius, sekarang baru aku tahu. Hahaha. Rindu aku pada klom belum terpadam. Time nak gerak balik tadi, cam nak nages pon ade. Huhuhu. Klom, ada jodoh, ada rezeki kita jumpa lagi. Nak tgk perut klom yang comel tu. Nak tengok baby tu bergerak.

Siyes, time aku bawak moto nak balik tu. Air mata aku dah meleleh. Aku rindu klom sangat-sangat. Klom aku dah anggap mcam kakak kandung aku. Emak dia aku dah anggap cam emak aku sendiri. Klom dan mak selalu nasihat aku. Aku suka dengar nasihat diorg. Bincang masalah dengan diorang. Diorang selalu bagi aku semangat. Tq klom dan mak. Aten sayang klom.



#belom sempat nak buat review sal tab tuh.


Photobucket