Sunday, December 22, 2013

CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA - ANIA MALNA

Salam.



Siapa pernah dengar novel yang bertajuk Cintaku Tertinggal di Korea?? Pada mulanya aku saje-saje cari keywords Korea dekat dalam penulisan2u.my . Ada banyak gak cerita yang berkaitan dengan korea. Tetapi  CTDK ni agak kuat auranya sampaikan aku jatuh hati dengan jalan ceritanya. Walaupun pada waktu itu, aku baru sahaja membaca bab permulaan. Hihihi. Ye lah, aku ni kan kpoppers. Dalam penulisan2u.my tu ada sikit je bab. Lepas tu aku dapat tahu yang penulis mempunyai blog sendiri.




Dan dalam blog penulis tersebut, bukan satu sahaja cerita yang ditulis. Ada lagi satu atau dua cerita. Dalam blog best baca sebab ada gambar watak. Lagi best nak berangan dan berkhayal. Hahaha. Meh aku bagi tau wataknya. Jeng jeng jeng, wataknya ialah Lee Min Hyuk BTOB. Ni kalau BTOB fans baca ada yang sawan. hahaha. Tetapi nama dia diubah menjadi Son Min Hyuk. Heeee. Arghhh, aku kenal Min Hyuk ni pon melalui Let's Go Dream Team. Oke dah lah merepek. Jom baca sinopsis dia









CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA - Ania Malna

Saat kau lafazkan cinta, dirimu sudah terpahat dalam hati namun cintaku kepada Ilahi lebih agung daripada cintaku buatmu.
“Kenapa? Awak malu jalan dengan saya yang comot?” - SON MIN HYUK
“Bukan macam tu, lah. Saya tak pernah kisah pun awak tu macam mana, comot ke apa ke, saya terima aje.” - AIMIN HAZWANI
Opsss… Adakah itu bermakna Aimin telah menyerahkan hatinya kepada Son Min Hyuk, si mamat Korea mata sepet itu? Pertemuan yang tidak disengajakan itu, akhirnya membenihkan rasa yang indah berbunga-bunga pink. Bak kata orang, dalam hati ada taman.
Namun, Aimin terpaksa akur kerana perbezaan agama dan haluan hidup, mereka tetap tidak boleh bersama. Antara dia dan Son Min Hyuk bagaikan pipit dan geroda. Tambahan pula jodoh Min Hyuk setia menanti.
“Saya minta maaf. Kita tidak sehaluan. Cinta saya pada awak terlalu lemah jika dibandingkan dengan kasih sayang dan cinta saya pada Allah, Nabi Muhammad dan juga ibu dan ayah saya. Hubungan kita dah berakhir dan tak mungkin akan bersatu kembali. - AIMIN HAZWANI
“Tapi… saya sebenarnya dah…” - SON MIN HYUK
“Cukup, Min Hyuk. Kita memang tak boleh bersama. Sampai bila-bila pun.” - AIMIN HAZWANI
Kesengsaraan hidup Aimin makin parah apabila muncul Fariz yang membawa dendam kesumat akhirnya menyebabkan Aimin cedera parah dan koma.
Kehadiran Adam Yusuf yang setia menemani Aimin pada saat dia berperang dengan nyawanya mengubah segala-galanya. Adam Yusuf persis seseorang yang pernah membuatkan hatinya berbunga-bunga.
“Ayah harap adik dapat terima Adam Yusuf.” – AYAH AIMIN.
“Anggaplah Son Min Hyuk dah tiada dan pergi daripada hidup awak.” – ADAM YUSUF
Siapakah Adam Yusuf?

Tajuk: Cintaku Tertinggal Di Korea 
Penulis: Ania MalnaPenerbit: 
KaryaseniISBN: 978-967-0246-62-8 
Harga: RM26 (Semenanjung) // RM29 (Sabah & Sarawak) 



Ekceli aku sendiri tak sangka yang novel ni dah dijadikan buku. Aku pon belum ada kesempatan nak beli novel ni. Insyaallah, satu hari nanti.

Photobucket

No comments:

Post a Comment