Wednesday, December 31, 2014

Penutup Entry 2014









Setelah sekian lama mendiamkan diri, 
aku kini muncul pada saat 2014 bakal melabuhkan tirainya.
Pada mulanya, memang niat aku untuk terus berhenti menjadi seorang penulis blog. 
Tapi aku tak dapat nak menahan rindu singgah di blog kawan-kawan.
Sebenarnya aku dah delete terus akaun blogger ni, aku ingatkan tak boleh bukan terus.
Aku try bukak, dan boleh undeleted blog. Hahaaha gembiranya aku.
Aku tak akan delete blog ni, tapi aku akan delete entry-entry yang entah apa-apa. 



Tahun 2014,penuh dengan suka dan duka. 
Bukan aku sahaja yang melalui episod suka dan duka, malahan seluruh Malaysia melaluinya.
Terutamanya mengenai MH370. MH17 dan QZ8501. 
Bila teringat tentang MH370, aku tertanya-tanya. Apa khabar mereka?
Apa status mereka? Masih hidup lagi atau sudah tiada lagi. 


Aku berdoa semoga mereka yang diberi ujian dari Allah, 
dapat bersabar dan terima dengan redha. Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan.
Ujian dan dugaan tandanya Allah sayangkan seseorang itu. 




Photobucket

No comments:

Post a Comment