Wednesday, September 25, 2013

Apa nak jadi

Salam.

Hari-hari mengeluh memikirkan nasib aku neh. Belajar dah sampai 3tahun. Tapi aku berhenti. Memang menyesal. Tapi sesalan aku tiada guna. Aku pergi belajar di kolej berdekatan dengan rumah. Aku hanya kursus sijil tapi banyak tahap. Aku pun berhenti kerana masalah kewangan. Aku dimaklumkan akan dapat elaun RM300 setiap bulan. Setelah sebulan aku belajar. Pihak kolej maklumkan kami perlu buat pinjaman. What? Sedangkan aku pelajar sijil kenapa perlu ada pinjaman. Total pinjaman RM12000. Tak apa lah. Aku rela berhenti. Aku dah ada pinjaman lain RM25000. Takkan aku nak tambah lagi hutang aku.

Sebab kewangan lah aku dalam dilema nak belajar lagi. Aku memang nak belajar. Aku nak bahagiakan mama. Aku tahu mama sedih kerana aku. Dia nak tengok aku konvo. Dan sepatutnya hari sabtu ini aku akan konvo. Tapi apakan daya. Apa-apa pun tahniah buat kawan-kawan yang konvo hari sabtu ni. Dan tahniah juga buat kawan-kawan yg dapat sambung bachelor.

Ni pon dilema jugak buat aku. Tak tahu nak kerja apa. Hurm. Hari-hari mengeluh.

No comments:

Post a Comment