Sunday, February 12, 2012

Sayang Sepenuh Hati vs Serasi Sehati

Assalamulaikumm...

Malam ni saya nak kongsi apa yang saya baca..tpi malas nak bagi pendapat lah sangat kan..but, saya cuma nak gtaw yang saya nak jadi macam Aira dan Adin..best, kawen mase muda..sape xnak..saya nak sangat..wahh..lambat nya nakk  kawen..tak sabar nye..bila agaknya..mom, saya nak kawen..bila nak bagi greenlight ni..

Dibawah ni novel pertama yang bertajuk Sayang Sepenuh Hati penulis dia Eka Fahara..


Sinopsis


Kalaulah Aira tahu lidah Fauzien tidak bertulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tuang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yang diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci.

Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dengan Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya. Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat merpati makan di tangan. Jinak, tetapi lari bila ingin dipegang.

Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya, termeterailah hubungan suci yang didambakan. Namun kemunculan tiba-tiba Suri yang mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh hati.

Andai itu kenyataan yang tersurat, Aira tega membawa diri. Doa aku walaupun hidup ini sesekali berlakiu kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.

                  ---------------------------------------------------------

Ini second novel Serasi Sehati penulis dia Nuriz Aida..Not bad lah cite dia..Pasal BFF kawen..tu je..xreti sangat nak buat pendapat sendiri..


Sinopsis

DEMI insan yang melahir dan membesarkannya, Balqis cuba menunaikan impian mereka. Hubungan keluarga yang berantakan harus dipulihkan kembali walaupun jalannya berliku. Datuk, emak saudara dan adik kandung sendiri mengecamnya. Namun di sisinya sentiasa ada Aiman, insan yang sempurna dalam sebuah persahabatan.


Dia teguh kerana lelaki itu. Walaupun sedar Aiman tercipta untuk Tengku Alisya, persahabatan mereka tidak pernah tercalar. Ini kerana cinta
Balqis berbunga untuk Hafizul. Dalam perkenalan yang singkat, dia dan Hafizul merancang untuk mendirikan mahligai cinta.


Tetapi ada sesuatu terdetik di hati Tengku Alisya dan Hafizul. Balqis serasi bersama Aiman. Dan Aiman sehati dengan Balqis. Dalam menjaga hati insan yang disayangi, mereka semua terpaksa menipu diri sendiri. Sakit... itu sudah pasti.


“Hati pasti rasa sakit bila berbohong. Lebih-lebih lagi apa yang kita bohong itu bukan satu pembohongan.”


Photobucket

No comments:

Post a Comment