Saturday, May 31, 2014

Wedding Aiza & Ayen

Assalamualaikummm



Punyalah lama majlis kahwin tu, sekarang baru nak update? suka sangat tangguh-tangguh, nanti terus lupa. Dah ramai dah kawan-kawan yang kawen, aku je belom. Heeee. Calon pon takde nak kawen macam mana kan? Lain lah calon dah ada, bila-bila masa je boleh langsung. Muahahaha, gatal gila cadbury betul.


Majlis ni berlangsung 16Mei2014, sebenarnya kawan aku ni suruh aku jadi photographer diorang. Aku bukanlah pandai sangat main-main dengan kamera SLR ni. Kalau takat2 nak ambik gambar tu boleh lah, nak simpan kenangan. Nak bagi ada je gambar di hari bahagia. Hahaha. Ambil je lah kut mane-mane pon, asal jadii gambar je kan? heee, dah dia nak sangat aku ambik gambar. Aku sampai di majlis pon dah lewat, ngam-ngam pengantin baru berarak pergi surau nak akad nikah. Nak parking tu dah satu hal. Punya lah jauh aku pergi parking, padahal boleh je aku parking dalam kawasan rumah dia tu. 



Ni sebelum akad nikah, boleh lah nak sengih2. 


Yang ni pon, sebelum pegang tangan kadi, tersengih2. Hahaha

Sekali dah pegang tangan kadi, mau sejuk tangan tuh.


Alhamdulillah, dah sah jadi pasangan.

Ni ummi dan adik pengantin perempuan.










Hahaha, time ni serius sangat lawak, Ye lah aku kan photographer, mesti lah nak ngade2 kan?
Aku cakap kat diorang ni, cium dahi.

Ayen ni boleh pulak tanya aku, nak cium macam mana eh? 
Hahaha, riuh sekejap surau tu. 

Eh, malu-malu pulak. Hahha, Lepas tu kena lagi. Photographer sorang lagi suruh cium semula.
hahahahaha


Time ni lah, semua gambar yang aku ambik tak jadi. Jadi putih je semua. Aku tak pandai setting.




Aku sangat-sangat terkejut bila jumpa dak2 ni, tak sangka lah diorang datang. Hahahha



Bila yang seterusnya datang, tak lah terkejut sangat. Sebenarnya diiorang ni Ex-Course aku. 
Aku kan belajar tak sempat habis. Huhuhu. Segan lah jugak jumpa dengan diorang ni.






Photobucket

Sunday, May 11, 2014

Finally!

Assalamualaikum..




Finally apa? Finally dapat lesen kereta. Actually dah lama dapatnya. Kalau tak silap akhir bulan dua. Haha, punya lah lama baru nak update ke? Baik tak payah update kan? Terpaksa gak update, sebab blog dah lama terabai. Kang merajuk dia nanti. Dibuatnya tak boleh bukak? Kang masin mulut. Harga aku buat lesen kereta aritu RM788, harga promosi. So alang-alang dah promosi kan, buat lah sekali dengan kakak. Cadangnya nak ambik cikgu sama untuk mengajar, tapi institusi memandu tu yang tetapkan cikgu kami. So dapatlah cikgu lain-lain. Tapi saya yang mulakan dulu kelas, kakak punya cikgu tu buat lambat-lambat. Tapinya kakak yang lulus. Haha.



Mula-mula belajar tu, kemain cikgu puji sebab macam dah pandai. Cikgu cakap, macam dah pernah bawak kereta je. Sebenarnya memang lah pernah bawak kereta. Tapi hanya sekali. Kereta kawan. Masa tu kat kolej, dia suruh pinjam kereta dia.  Yakin je dia, aku boleh bawak. Padahal memang tak pernah bawak kereta, yelah kereta auto kan. Senang je. Tak susah pon. Oke, kereta dah gerak ni, nak pergi kelas. Dah sampai dekat kelas tu, macam mana aku nak parking eh? Hahaha, pusing2 stereng, reverse, kedepan balik. Sudahnya ekzos patah sebab langgar divider. Hahaha. Memang menggelabah gila masa tu. Habis je kelas bawak perlahan-lahan. Takut ekzos tu tercabut terus. Terkejut kawan aku tengok kereta dia. Nseb lah tak kena bumper ke apa2. Melayang duit RM30 haritu. haha







Photobucket

Pening nak belajar Sistem Perakaunan UBS. HELP MEE !!!

Assalamualaikum...




Penat lah kerja jaga kedai orang. Gaji pon sikit je. Now rasa mcam nak tukar kerja je. Kebanyakkan sekarang mencari untuk kerani akaun. Dulu boleh lah, ingat lagi pasal penghutang, pemiutang, ledger, closing, opening, sekarang aku dah tak ingat macam mana nak gunakan sistem UBS tu. Peninggg. Nak kahwin ni, kena lah cari kerja yang boleh tampung masa depan. Sampai bila aku nak kerja dekat kedai pakcik aku ni. Dahlah duduk sahaja, tunggu customer datang. Makan, menghadap laptop, termenung. huhu



Bila dah kena belajar sendiri ni, aku memang tak paham. Nak kena masukkan kod2 segala. Ada tak siapa-siapa yang pandai UBS ni? boleh tolong ajarkan tak?









Photobucket